Monday, December 20, 2010

Umi, Ayah Nak Susu

dalam hidup berkeluarga, melayan anak2 paling best. apatah lagi melayan anak2 yang berbagai karekter dan kerenah. yang best layan anak2 ni ialah kita rasa seronok dengan tindakan selamba dan spontan mereka. mereka masih naif, tidak tau apa maksud dendam dan perkara2 'kotor'. pemikiran mereka bersih.

hari sabtu dan ahad, aku suka melayan anak2. kadang2 bawa jalan2, kadang2 sekadar melayan dirumah. main video games, melukis dan mewarna, tengok kartun, belajar, bergurau atau sekadar borak2 kosong.

malam tadi (sekarang dah pagi), lepas layan movie siam, pika masih takde tanda2 mengantuk. aku dah rasa mengantuk jugak sebab esok nak kerja. pika dah banyak tido petang tadi, itu mungkin satu sebab kenapa matanya masih terang dan bertenaga.

sementara umminya masih didapur, aku mengumpan pika agar tido.

ayah : pika
pika : ye.
ayah : ummi kat dapur ke?
pika : ummi kat dapur ayah. ummi basuh pinggan ayah.
ayah : pika cakap kat ummi nak susu. Pika nak tido.
pika : (ke dapur). Ummi, ayah nak susu, ayah suruh pika tido.
ayah : err.... (sape nak susu ni?)

3 comments:

rayz said...

hahaha... amik ko.... boleh kasi kedu kejap...

PnConfused said...

hahahaha... sgt inesen

Daddy Zuki said...

susu utk anak, bukannya utk bapa..huhuhuhu