Tuesday, December 21, 2010

Selamat Hari Jadi Anakandaku Luqman Hakim (21/12/2010)

hari ni (21/12/2010) genaplah usia anak sulungku Luqman Hakim 6 tahun. cam biasa, balik kerja lepas makan malam, kami ke kedai kek, beli kek birthday luqman. macam biasa, sambutan hari jadi seluruh keluarga aku, kami buat dirumah saje. buat kecil2an, dan untuk ahli keluarga sahaja. budget kecik, dan pada aku sekadar ingatan.

sebenarnya dari pagi lagi luqman dah tak sabar nak sambut harijadinya. beberapa kali jugak dia menelefon aku beritahu supaya balik awal. yang lagi best siap bagitau jangan beli kek i love you. aku pun tak faham apa dia kek i love you sampai dia tak nak aku beli. bila aku call wife tanya, barulah tau yang luqman tak nak aku beli kek yang ada bentuk 'love' atau hati. heh.... dah anak lelaki.

lepas makan malam, kami ke kedai kek, macam biasa konsep aku mudah, ada duit beli je. aku biarkan luqman beli kek pilihan dia. dan dia pilih kek blueberry. kek kecik je, cukup sekadar sekali makan kami sekeluarga. sambil2 tu belilah sedikit ayam goreng, nugget, makanan ringan, belon dan air jus.

heh.... diam tak diam, dah 6 tahun rupanya anak sulung kami. biarpun persepsi aku dan isteri mengenai usia anak dan perkahwinan kami tidak sama, pada aku ia tidak mengubah kasihsayang aku pada isteri dan pada anak2 kami.

persepsi apa? ala... korang ni bizi bodi betullah. takpe, aku cerita.

melihat dan memerhati anak yang masuk usia 6 tahun, bermakna usia perkahwinan kami juga lebih tua dari itu. ye lah, kalau anak sulung dah umur 6 tahun, mestlah usia perkahwinan adalah lebih 6 tahun. kecualilah kalau kahwin dengan janda anak 5. baru sehari kahwin, dah ada anak 5.

bercakap pasal anak dah 6 tahun, isteri aku berkata " luqmanpun 6 tahun. dah besarpun dia. terasa sekejab je masa berlalu". aku spontan berkata "yelah, rasa lama dah ye kita kawin". isteri mencuka dan berkata " 6-7 tahun kawin dah rasa lamake?". aku hanya mampu berkata "la.... abang cuma kata, 6-7 tahun tu dah lama masanya kita hidup bersama dan mempertahankan rumahtangga kita. abang buka kata bosan sebab dah lama kahwin".

apa2pun, kepada anakandaku Luqman Hakim Bin Izman, ayah doakan agar luqman diberi kesihatan yang baik, pertumbuhan fizikal dan mental yang sempurna, mampu mempelajadi ilmu dunia dan akhirat dengan sempurna agar menjadi manusia yang patuh kepada Allah dan Rasul, ibubapa dan menjadi abang yang baik untuk adik2.

No comments: