Thursday, December 16, 2010

Hantu i-city

sekarang aku sedang melayan 'ghost lab'. kebelakangan ni aku agak gemar melihat dokumentari begini. dulu2 suka jugak aku layan 'seekers' kat ntv7. tapi lepas seekers dibuat oleh ntv7 sendiri bukan uncle seekers, rasa cam drama pulak cerita tu. lagi menyampah bila pengacara perempuan dia berpakaian cam hantu.

bercerita pasal paranormal ni, menda ni wujud. sama ada ia jin, syaitan atau apa sahaja, ia wujud dalam alam mereka yang tersendiri. Syukurlah Allah tak buka hijab antara manusia dan alam mereka, kalau tak, aku yakin ramai yang tak boleh berjalan atau beraktiviti. ye lah, kita berkongsi dunia yang sama.

aku pernah cerita pasal "i-city berhantu?". gambar masa aku pergi masa deepavali tu takle seram sebab tak nampak lembaga. nampak 'bubble' atau entiti sahaja. kawan seopis aku si khairul azman macam tak percaya masa aku cakap mengenai i-city berhantu. ye lah, gambar aku ambik tak cukup seram dan teori estet midland yang menjadi tapak i-city tak cukup menyeramkan. heh!

minggu lepas, dia ke i-city bersama keluarganya. pergi sana biasalah waktu malam. sebab dia bawa kamera digital, dia cuma ambik gambar guna henset isteri dia. henset dia jenis henset cam ayam, kamera pun takde (ha.ha.ha..... bestnya kutuk ko khairul). nak tau kisah dia tu. begini ......

"aku pegi i-city malam semalam. gile mahal tiket dia. tapi dah anak aku nak pegi, aku bawak je la. aku pergi semua tempat, tapi aku ambik gambar guna henpon".

suara menyampuk 'henpon ko mana ada kamera'.

"aku guna henpon bini aku la...".

ok sambung cerita ko tu.

"balik i-city tu, anak bongsu aku menangis tak henti2. bukan nangis biasa, ni meraung2. dia tunjuk2 dinding. aku yakin macam ada 'sesuatu' ikut anak aku balik. teringat cd rogyah al shariyah, tapi dalam kereta (nota kaki : jenis takut nak keluar rumah la ni). kalau aku ambik pun, kat bilik aku takde vcd player (nota kaki : penipu. aku pernah pegi rumah dia, memang ada vcd player kat ruang tamu. pasang ruang tamu, satu rumah buleh dengar la.).

"aku mainkan surah yassin dari henpon bini aku. tiba2 anak aku kata 'sakit, sakit'. sah ada menda ikut balik. aku terus dengarkan bacaan yassin tu. akhirnya anak akupun ok dan tertidur. dah anak aku tidur, aku ngan bini apa lagi...... (woi... ini blog bukan 18sx, cerita yg penting je). ..... aku dan bini buka henpon tengok2 gambar yang diambil kat i-city. tiba2 aku perasan ada satu gambar tu ada 'makhluk' lain tumpang bergambar.

mana gambar tu?

"dalam henset bini aku la.

penipu la ko ni.

"betul, nanti aku bawak."

woi mangkuk, suruh je la bini ko mms gambar tu kat blackberry aku (riak la tu).

"bateri dah kong la".

penipu la ko ni. dah la pergi main jauh2.

khairul masih tak puas hati bercerita pasal cerita hantu i-citynya. masa aku cerita kisah 'i-city berhantu' versi aku dulu, 2 minggu aku jadi tumpuan. bila dia cerita, semua pakat tak percaya. ye lah, takde bukti. marah dengan dakwaan dia penipu dan mereka cerita untuk mendapat publisiti, khairul kemudiannya aku tangkap menunjukkan gambar hantu i-city dengan nora, kerani syarikat aku tu. malaun punya khairul, dengan pompuan ada pulak gambar dia nak tunjuk. dengan geng jantan kata tak de gambar. inilah gambar yang ditunjukkan oleh khairul kepada nora... (opss... tolong jangan terkencing dalam seluar ye).



kuang.kuang.kuang.......


itu sebenarnya gambar yang dilukis oleh khairul untuk menggambarkan hantu tersebut. aku saje ambik gambar lukisan dia tu dan tunjukkan pada kawan2 lain. merah padam muka khairul bila aku tunjukkan gambar tu kat kawan2. gila baban dia kena gelak. semua orang ketawakan khairul dan gambarnya. itu gambar bukan menyebabkan yang melihatnya terkencing kerana takut, tapi terkencing kerana kelakar.

kelakar?

tak tahan diketawakan, tengahari itu jugak khairul keluar masa makan tengahari dan ambik henpon dengan bininya. heh... ada pulak bateri. masa khairul kata nak tunjukkan gambar, aku dah pegang seluar nak elak terkencing ketawakan dia. tapi......

gambar tu memang buat aku rasa nak terkencing, ketakutan. even ditunjukkan dari henpon bininya, gambar lembaga yang tumpang bergambar di belakang anak khairul itu jelas kelihatan. sebab aku percaya ia gambar original ialah sebab ia gambar asal dari henpon khairul. muka budak dalam gambar itu juga adalah muka anak dia. dia lama berjiran dengan aku, dan aku memang kenal seluruh keluarga dia.

inilah gambar sebenarnya :



tak menakutkan?

pergi semula kat gambar diatas, klik besarkan gambar tersebut. perhatikan susuk lembaga yang tidak jelas itu. perhatikan yang orang yang berjalan dibelakang gambar itu nampak telus digambar lembaga itu. heh... manusiakah jika kita boleh melihat objek lain menerusi badannya? kaki orang yang berjalan dibelakang lembaga itu jelas kelihatan, telus badannya.

sekarang pergi ke bahagian wajah lembaga itu pula. perhatikan matanya, senyumannya. heh.... mata dan mulutnya jelas kelihatan, tapi hidung dan lain2 tiada. sekarang, perhatikan pula kakinya. ia tersimpuh sopan.

ha.ha.ha..... selamat tak tidur malam.

nota kaki :
ini adalah kisah dan gambar yang real dan benar kepunyaan kawan sepejabat aku, khairul azman. sesiapa yang meragui kesahihannya dan berhajat untuk melihat gambar asal, hubungi aku. aku sudi membawa kalian kepada pemilik asalnya. kalau tolong tu tak reti2 ke nak bagi publisiti atau ole-ole, ia ekslusif tau (sambil ketawa dengan muka tamak sebab ada peluang nak jadi broker untuk gambar ni).

IZZI ADVERTISING--------------------------------


Hanya RM70.00 satu set mengandungi 4 cd dan termasuk bayaran pos. hubungi izman di 012-2713260 atau damak_76@hotmail.com.

5 comments:

rayz said...

Hantu ko Mey! maner x nampak pun?

muse5897 said...

Mcm hantu cun....

izman said...

rayz : ko ni mata tak tajam la. paling senang ko save gambar tu kat mana2 fail dan ko besarkan. tumpukan pada bahagian badan dan muka objek tu je.

izman said...

muse : cun? eee..... takut!!!

marinahunny said...

dh zoom dh tp gelap semacam je..