Friday, December 31, 2010

Orientasi Darjah Satu bagi Luqman

hari ini (31/12/2010) adalah hari orientasi bagi anak aku, luqman hakim yang menjejak kaki ke darjah satu bagi sesi 2011 nanti. so, pagi2 lagi aku dan luqman dah ke sekolah untuk sesi mendengar taklimat, masuk kelas dan mengambil buku teks. urusan yuran dan buku tulis dah aku buat 2 minggu lepas.

sesi taklimat dari guru besar banyak memberi maklumat kepada aku selaku ibubapa yang anak pertama masuk sekolah. ye lah, anak pertama masuk sekolah, agak janggung sedikit. bak kata orang kampung aku 'seperti rusa masuk kampung'. even macam rusa masuk kampung, tak le nampak cam dungu, sebab aku berlagak steady je. kalau jenis 'seperti babi masuk kampung' memang sah2 kena gelak ngan orang. even species haram, ramai yg akan ambik kesempatan keatasnya, silap2 memang jadi lauk atau bahan dagangan untuk ah hock, tokey babi kat kampung aku dulu.

lepas sesi taklimat, murid2 dibahagikan ke kelas2 sementara. kelas sebenar ialah pada minggu kedua persekolahan sebab semua murid akan menjalani ujian untuk menentukan kelas mana. secara jujur aku tak kisah luqman kelas mana. aku tau setakat mana kemampuan anak aku. biar dia belajar, even agak perlahan. dari pengalaman aku, aku dulupun bukan cerdik manapun masa sekolah rendah. lama-kelamaan bila dah dapat awek, err... maksud aku dapat rentak belajar, tidak pernah dalam satu tahun bila penyampaian hadiah aku tak dapat hadiah. kurang2 3 hadiah aku dapat. tak percaya? percayalah! (rujuk sekolah2 lama aku jika rasa bizibodi sangat).

syukur, luqman tak nampak takut dalam kelas even aku dah menyorok dari pandangannya untuk melihat gelagatnya. may be sebab dah 2 tahun pengalaman di tadika. dan dia pulak duduk sebelah kawan setadikanya didalam kelas. happy je. so, aku larilah sekejab ke bilik buku teks ambik buku2 teks dan kekedai buku cari buku yang dulunya dah abis stok. luqman tetap steady. cayalah anak ayah!

sebab dah bayar yuran awal, dah beli buku latihan awal, dah ambik buku teks; kami dibenarkan balik awal. aku ambik masa bawa luqman jalan2 keliling sekolah, tunjuk tandas, tunjuk mana nak tunggu aku atau transport bila balik sekolah nanti. aku juga sempat ajar luqman cara membeli di kantin. heh... masih tak reti guna duit. belajarlah perlahan2 luqman.

ini sedikit gambar masa sesi orientasi tersebut.






luqman nampak steady sepanjang sesi, aku harap hari pertama persekolahan sebenar nantipun luqman akan steady. yang penting tak menangis macam hari pertama di tadika 2 tahun dulu. masa tadika tu mau 2 minggu jugak aku menunggu. biasalah, anak22 aku tak pernah ditinggalkan pada pengasuh, tak betah jauh dari famili. apa2pun, kita tengoklah hari pertama persekolahan pada 03/01/2011 nanti.

8 comments:

Lovely Kitchen said...

biasanya bdk2 yg dah g pre school should be no prob...dah pandai bergaul dgn kwn dan sesuaikan diri cuma risaukn masa nk beli mknn kt kantin je...as a parent mmg kita risaukn anak2 tambah2 1st day skul...luqman boleh survive tu...anak ayah kan...

Insan Marhaen said...

1. ayahnya pun masuk darjah satu sama..

2. url anda telah dimasukkan ke bloglist 2011 IM. teruslah berkarya!

nurayunni said...

teringat zaman budk2 dulu...

AZANI said...

salam man
lama dah tak bawa anak ke sekolah untuk kari petama....

izman said...

lovely kitchen aka e-na :
aku harap begitulah, anyhow aku dah apply cuti untuk perhatikan luqman.

izman said...

insan marhaen :

begitulah bang, anak sulung masuk sekolah. anak masuk sekolah, ayahpun kena masuk sekolah.

dah link saya? terima kasih banyak. saya pun suka baca blog abang, kisah ibu suri dan anak2 membuat saya lebih matang dalam mengurus keluarga.

izman said...

nurayunni:

ha.ha.ha... dulu zaman kita, sekarang zaman mereka.

thanks singgah sini. jom link.

izman said...

azani :
abang dah keluarga besar, saya baru nak mula. tentulah lain. he.he.he...