Wednesday, December 22, 2010

Kenapa Tepuk Bahu saya Ustaz?

semasa di tempat kerja, ibadat juga wajib dilaksanakan. ye lah, macam aku yang kerja 8.00am sampai 545pm, memang dah sah solat zohor dan asar mesti dibuat di tempat kerja. kadang2 bila meeting terlalu panjang atau kena kejar deathline, ken la solat maghrib di opis.

aku tak mau komen pasal sembahyang on time atau dah ujung2 waktu. aku cuma nak berkongsi cerita pasal solat berjemaah.

ye, berjemaah. macam di opis aku, even kilang cina, surau disediakan dan selesa. ada surau lelaki dan ada surau perempuan. tak perlu bercampur atau berebut. agak luas dan mampu memuatkan dalam 10 orang dalam satu2 masa. tapi, so far aku tak pernah la aku terserempak ada lebih 4 orang dalam surau disatu2 masa. kerja kilang ni selalu kejar masa, so siapa yang ada kelapangan akan solat dulu.

pun begitu, kadang2 ada juga orang yang datang solat agak lewat akan menurut orang yang lebih awal sebagai makmum. tak salah, lagi digalakkan. cuma, ada jugak kes orang yang diikuti itu tak perasan bahawa rakan mereka nak tumpang berimam.

berita bab nak berimam dengan cara masuk jemaah agak lewat, aku yakin masa kita sekolah dulu2 ada ustaz atau ustazah ajar. dan salah satu caranya ialah dengan menepuk bahu orang yang hendak kita ikuti sebagai imam.

bercerita pasal tepuk bahu nak berimam ni, aku ada kisah masa aku sekolah dulu. heh... kisah lucu dan sadis.

begini kisahnya.

kisah ni berlaku masa aku tingkatan 5 di sekolah menengah padang saujana. mas tu aku tinggal di asrama putera. ye la, tak kan aku nak duduk asrama puteri pulak, tak rela i nyah! aku sekolah sesi pagi. balik sekolah belah tengahari, campak beg kat bilik bacaan, dan terus ke dewan makan. makan tengahari la. lepas makan, terus singgah dewan solat, solat zohor berjemaah dengan ustaz. kemudian, rehat sekejab sementara nak tunggu masa studi. abis studi, solat asar berjemaah lagi dengan ustaz. kemudian pergi minum petang. lepas tu free leisure. siapa nak sambung tidurke, nak bersukanke, nak berdating ke, lantak koranglah.

even kami kena solat berjemaah dengan ustaz di surau (dewan solat), kadang2 terbabas jugak tidur. opss... maksud aku studi tekun sangat sampai lupa makan dan sebagainya. pun begitu, ibadat tidak dilupakan. tersedar je dari tido, maksud aku lepas tersedar dari keseronokan studi tu, cepat2 kena solat.

solat tak boleh dibuat dalam bilik asrama (dorm). siapa pernah duduk hostel taulah, memang bersepah, dan kotor. mau tak kotor, kasut bawak masuk dorm sampai tepi katil. jadi, bersolatlah di surau.

dah terlepas solat berjemaah dengan ustaz, kenalah solat bersendirian. even ada juga kawan2 lain yang bersolat, rata2 suka buat solat sendirian.

ok, ini sebenarnya cerita yang aku nak kongsi tu. ceh... panjang gile introductionnya.

suatu hari; aku, amir dan beberapa kawan dah kelewatan. kami solat berasingan. aku solat dulu sementara amir baru mengambil wudhu'. masa amir masuk rakaat ke3, aku dah selesai solat dan berdoa. tiba-tiba ustaz meluru masuk ......


...... dan menepuk bahu amir. amir yang aku yakin perasan ustaz yang masuk ke surau tergesa2 dan kemudian menepuk bahunya segera berpaling dan bertanya

amir : ye, ustaz. ada apa?
ustaz : astaga amir, kenapa kamu bercakap? batallah solat kamu.
amir : dah ustaz tepuk bahu saya. saya ingat ustaz nak cakap sesuatu.
ustaz : memang la saya tepuk bahu kamu. saya nak berimam dengan kamu. saya tepuk sebagai isyarat saya dah masuk sebagai makmum kamu.
amir : la, masa saya tau ustaz.
ustaz : kan saya pernah ajar dulu, kamu tak ingat?
amir : lupa la ustaz.
ustaz : astaga. dahlah, kamu iqamah, saya jadi imam.
amir : baik ustaz. Allah hu akbar Allah hu Akbar ....................

aku? aku tak terlibat, aku tukang tengok je. sambil menahan ketawa. nak ketawa kuat tak berani, takut kena rotan dengan ustaz. aku masuk bilik, tunggu amir masuk bilik dan ketawakan amir kuat2.

4 comments:

marinahunny said...

hehehehehe

x biasa buat tak tau la kan..hahaha

umi ameer said...

tu semua jadi kenangan.. jadi tambahkan ilmu jugak, kan?

SUZIE APAI said...

hikss....tepuk bahu tuk jadi makmum sgt jarang di lakukan...

nasib kwn ko tu tak buka silat bila terkejut ken atepuk...hehe

My Special Mall said...

wakakakaak, seb bek tak kasik penampar kat ustaz