Wednesday, March 25, 2009

Tag : Sedikit Perihal Diri Aku

Ok, hari ni aku selesaikan utang tag maksu (http://ceritakosong.blogspot.com).


1) Apa nama penuh anda?
Nama penuh aku ialah izman. nama tak penuh ialah i, iz, izm, dan izma. err... ada tanya nama ayah aku sekali ke? aku tak clear la soalan tu.

2) Nama apa yang anda harap itu nama anda?
Nama tu dah boleh diharap. Tak perlu tukar lagi. Dalam duniapun berapa kerat je ada nama cam aku, so aku puas hati.

3) Post 4 pictures latest korang yang esklusif yang xde sape tengok lagi..

Ini gambar anak perempuan yang paling aku sayang, pika. dialah yang selalu menceriakan hari2 aku dirumah dengan keletahnya yang manja. rajuknya adalah panjang dan perlu dipujuk. alahai anak pompuan.




ini anak lelaki yang paling aku sayang, luqman. perangainya selalu memaningkan kepala kerana suka mengarah umminya itu dan ini. namun mengikut datuknya (papa aku) itulah perangai aku masa aku kecik2 dulu. gelagat luqman yang spontan dirumah sangat menghiburkan.





saje nak tunjuk gambar makanan. ini masa aku handle food testing pada 23/03/09 untuk pemilihan pengusaha cafeteria syarikat. ini antara juadah makanan berat yg dihidangkan. ada ikan siakap, sotong, sayur cendawan dan bunga kobis, ayam masak sweet & sour, sayur kailan, dan buah tembikai. semua tu ikut selera aku lah. 6 orang panel rasa termasuk aku. panel lain ialah exec director, gm, purchasing manager, qa manager dan marketing manager.



ini juga gambar masa food testing sama macam diatas. caterer tu sediakan 2 jenis hidangan. yang ini hidangan mee hailam. mee kat atas tu belum diletakkan kuah dia. sedap jugak diorang buat. orang kelantan. so, kami decided pilih dia.




4) Apakah kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda?
kenangan paling permakna dalam jiwa raga? kenangan mengusik jiwa tu ada banyak, tapi kenangan dalam raga tak pernah pulak ada. adakah kenangan memanjat pokok dokong dan memasukkan buah dokong dalam raga boleh diambil kira? kalau tak boleh, cukuplah aku katakan bahawa kenangan paling berharga ialah pengalaman dilahirkan kedunia, pengalaman menjadi budak kampung (ni nak promote blog baru aku : budak damak http://budakdamak.blogspot.com)dan sebagainya.

5) Apa prinsip hidup anda?
Aku dulu pernah ambik prinsip akaun, jadi memanglah aku ada prinsip hidup. prinsip hidup aku ialah "Hidup mestilah Berprinsip".

6) Apa perangai anda yang paling buruk?
Perangai buruk aku? mana ada! Wife aku cuma kata aku kalau tengok tivi/movie atau baca buku, memang aku lupa dunia sekeliling.

7) Tulis ucapan kepada orang yang bagi tag.
"Maksu, bila nak tunjuk wajah sebenar? asyik2 wajah keluarga shin chan je?"





IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------

Laporan PERCUMA Membongkar
Rahsia Kekayaan Yang Disimpan
Rapi Oleh Orang Kaya... Dan
Mereka Tidak Mahu Anda Tahu!"

http://www.duitsegerasetiaphari.com








http://www.duitsegerasetiaphari.com

16 comments:

ILA said...

wahhh..serba sedikit tau 'SAPE DIKAU'..hehe

KV said...

izma tu yg tak tahan. Wakakak

izman said...

ila,
sikit2 dah la... nanti tau banyak, banyak pulak ko kutuk aku.

izman said...

kv,
err... itu nama tak penuh. tak terfikir nak pakai nama tu, tak rela you. aww... (astaga!)

Jard The Great said...

hehehe.. yola.. maksu tak pernah tunjuk muka...

izman said...

jard the great,
betul tu, tapi kena hormat privacy dia kan???

Nek Cun said...

Tapi nama Izman memang agak unique juga sbb selalunya Azman bukan Izman... ni kes polis salah tulis ke apa ke?...hehehe...

izman said...

nekcun,
ha.3x... tu nanti kena call papa saya tanya dia. rasanya memang letak nama izman kot...

Abang Long said...

Prinsip hidup - hahahahaha ...
Habis tu mana datang nama WAK JEMAN ? Konpius ni !

Mak Su said...

terimakasih izman, sudi jwb tag. haku dah lawat budakdamak :)

amboiii, sambil tu sempat gaks ya, tanya rupa sebenar. kih kih kih. nanti-nantilah, bila blog aku jadi blook, mungkin aku akan tunjukkan.

tapi ko ada idea tak ek?

izman said...

abang long,
wak jeman tu sempena persaudaraan banjar dengan si ila tu.

izman said...

mak su,
he.3x, tu sambil2 menyelam tertelan air lah tu suruh tunjukkan muka.

trima kasih sudi lawat budak damak.

julietchun said...

sempat lagi ko promote blog baru, nak gi jenguk lah.

izman said...

julietchun,
masih tercari2 konsep blog baru tu. sekadar kisah suka duka aku dari kecil.

Nur a.k.a admansyah said...

Mmg cute anak dara ko. Padan kot ngan anak bujang aku nie! he..he..

Pic mknn pun fav? ko mmg kaki makan ler Bro!

Jgn lupa yea... lps nie wat TAG dr aku plak! jgn ngelat taw..

izman said...

nur aka admansyah,
ishh... tag ko aku dah jawab le. atau ada tag baru??

err... nak jodohkan anak2 kita ke? macam filem tamil pulak ko ni. kuang.3x