Monday, March 30, 2009

Sejuk Sikit Bumi

Sempena Earth Hour hari sabtu lepas, aku benar2 bergelap bermula jam 830pm hingga 930pm. aku cuma pasang lilin dan semua barangan elektrik dimatikan. wife tak kata apa2, dia tahu sebagai isteri dia mesti akur kepada kehendak suami.

he.3x, memanglah agak panas sebab kipas tidak dipasang (rumah aku takde aircond). aku suruh wife bersabar, nasib baiklah rumah kami tak jauh dari laut (muara berselut) jadi cuaca sejuk laut dapat dirasa dengan cuma dengan membuka sliding door. ramai jugak dalam area perumahan aku yg sokong dengan menutup lampu, dan ada jugak yg langsung tak tau apa2 dan tak buat apa2. lantaklah, bukan menda wajib. dalam kegelapan dan kepanasan, ada jugak wife mengadu panas. aku cuma berkata "aik! biasa tengok bersamamu tv3 sampai nangis2 sedih tengok kedaifan orang, cuba la rasa sikit kesusahan tu". wife diam je.



anak2 mula2 bising tanya kenapa tak pasang lampu, aku terangkan dan macam2 soalan ditanya mengalahkah pegawai polis menyiasat tahanan isa je. lama2 diorang seronok je sebab aku layan buat bentuk haiwan daripada bayangan api lilin. yang tak tahan ialah anak2 yg keboringan suruh aku nyanyi. dengan suara serak2 kering aku nyanyilah untuk anak2. lagu2 cinta zaman aku dulu2lah. lagi tak tahan, pika yang minat milla AF suruh nyanyi lagu milla. hancus! walaupun tak sedap suara aku, tapi tak hujan jugak. makna dia tak le teruk sangat suara aku...

Hari ni (30/03/09)nampak semua berjalan lancar. hari ni adalah pembukaan rasmi cafeteria (kantin) dengan kontraktor makanan yang baru. aku belum rasa lagi, cuma pegi tunjuk muka je pagi tadi. cantik jugak pelayan baru tu, kulit putih. muka bulat. he.3x. comel2 orang kelate ni. makan kat opis je lah aku hari2. jimat! kat tempat aku ni, semua pegawai diberi makan percuma, tapi ramai gak yg tak mau. pekerja2 cuma diberi subsidi makanan.

'stock take' untuk hari ni pun berjalan dengan lancar. 2 hari buat, termasuk esok. HR cuma jaga refreshment. sebab kantin baru mula hari ni, kontrak menguruskan makanan/minuman orang stock take seramai 50 orang aku bagi pada pekerja yang aku percaya. kantin masih kelam kabut, malas aku nak kelam kelibutkan mereka lagi. dengan bagi pada pekerja yg dipercayai, kurang2 aku bantu mereka mendapat sedikit duit poket hasil penyediakan makanan/minuman. aku? cukuplah jadi mandur. kalau tiada sanggup, aku pulak kena jadi pak sanggup. tak rela you! remeh la nak sediakan makanan/minuman ni walaupun berbungkus. anak2 ramai lah katakan (dasar pemalas!).





IZZI ADVERTIZING---------------------------------------------

Jadi ahli PERCUMA, promote link dan banner dan anda DIBAYAR USD1.25 setiap orang yang menjadi ahli melalui link anda.

26 comments:

Iliana said...

wahh...
uum antara 2 universiti di Malaysia yang support earth hour..tp, tak la tutup semua..sebab tengah pesta konvo skrg ni..cuma, tutup area kolej je..gelap gelita~

sem lepas, 1 changlun xde letrik..perkhh..mmg xnmpk pape..seramm~

izman said...

Iliana,
itu yg bangga jadi x-uum tu. hidup uum!

rindunya pusing2 gerai masa konvo.

Unknown said...

patutnya TNB la kena sokong program ni kan... buat2 blackout macam selalu tu kann... gerenti gelap semua

izman said...

shifu67,
depa fikir dia akan rugi kalau sokong menda2 cam ni. sejam bergelap seluruh negara, berapa byk dia rugi.

julietchun said...

untung ye dpt mkn free. aku tem raya je ada mkn free,huhuhu.

cendawanintim said...

ari2 la ko makan kat kantin nanti yer....

izman said...

julietchun,
kami hari2 makan free, nak dan tak nak je. makan free ni hari2 jemu.

izman said...

cendawanintim,
jangan la cakap hari2. hari jumaat aku confirm makan kat rumah. hari lain tu tengok keadaan la... budget!

KTS said...

dedulu aku plg suka time blackout...

masa tu la dapat main lilin... memang jakun tul :D


sejam sekejap sgt kan... klu wat sehari lagi best...

kihkihkih :D

izman said...

ku tak sempurna,
sama la aku dulu, asal black out je main bayang2 buat rerama, kambing, dan sebagainya.

suka hati ko je nak sehari, bosan la...

ckLah @xiiinam said...

tak ada kempen pu...lampu rumah aku memang tutup cepat....kerana kami sentiasa menunggu hari gelap...muehehe...

izman said...

xiiinam,
ish.3x..... kena ikut contoh teladan ni. jimat letrik.

Anonymous said...

Earth Hour,
Sejak bile kau jadik activist Man?

Kapten Luffy said...

sejam jer bergelap apa salah :)

wah ada awek UUM situ... serbuuuuuuuu

Mak Su said...

moga ada perubahan ek kat bumi yg sejahtera ini, kita sebagai manusia ni, sekadar mencuba saja.

izman said...

Anonymous,
sebab tutup lampu, aku jadi activist la... jimat sikit. nak saje2 tutup lampu dan segala bagai brgn letrik masa prime nak kena hempuk. tak bergosok baju aku nanti.

tak rock le komen takde nama.

Jard The Great said...

hehe.. kami cerita pasal resipi mase tutup lampu ari tu.. sekejap je rasa sejam tuu..

izman said...

monkey d luffy,
kalau dipanjangkanpun, aku sokong.

ish.3x.... pantang ada perempuan cantek! apa nak buat, nasib baik aku dah nikah. kuang.3x

izman said...

mak su,
harap2 ade le sikit perubahan suhu bumi. kesian cucu cicit kita nanti kalau terpaksa duduk dalam kiub psl panas.

izman said...

jard the great,
resepi, ok la tu. bila dah lampu dah 'on', ada tak cuba resepi2 tu??

pompuan kena pandai masak, tawan hati suami melalui masakan. ko tengok aku, dari agak keding kepada sehat cam gini. gerenti tak cari lain.

kirana said...

Kirana rasa bersalah je sbb tak join earth hour. Bukan tak nak tapi kat kampung mmg dah earth hour - 8 jam dari pukul 6.30 petang. Nyampahhhh....

Tiang letrik tumbang kene langgor dek lori sampah. Chissss....

ILA said...

Kat kantin ada tukang masak baru right??
tak sediakan bekfes kerr??
.
.
.
.
.
.
.
NApa aku tanya???
Errr..tak de pe2 lerr.hehe
rasa kecian pula ada orang bekfes kat luar:p

Rayz said...

mey... waktu earth hour ..apa pasai x kasik anak2 tidor cepat...
leh mak bapak spend an hour...

izman said...

kirana,
itu lagi bagus. standard dunia 1 jam je tutup. ko tutup (putus bekalan) 8 jam, itu sudah standard cakerawala bima sakti. he.3x.

izman said...

ila,
breakfast ada disediakan. sebab free tu yg yg tak makan.

kebetulan ada kawan datang, aku ajak minum kat luar. lupa nak ajak ko. tiba2 je ko muncul.... he.3x

izman said...

nadya,
banyak la ko.

ko duduk berdua memang seronok la, hari2 830pm dah earth quake hour. kuang.3x.