Friday, March 13, 2009

Khasiat peluk isteri .....

Cuti-cuti begini, disamping bersantai bersama keluarga dan isteri (yg dah kahwin ler), aku rasa elok jugak korang baca petikan yg dikatakan oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang dikirimkan oleh sahabat aku, Shah (Perak). buat yang belum bernikah kahwin tu cepat2 ler.. Buat isteri2, kalau boleh print satu tampat kat meja solek, atau tampal je kat skrin tivi. buat si jantan bohjangan, jangan pulak kerana nak khasiatnya, korang peluk isteri orang lain. khasiatnya tak dapat; maksiat dan bonjolan lah korang dapat.


KHASIAT PELUK ISTERI - Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini..

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... :-))

Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala. kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.


izzi note :
dah baca artikel ni, apa barang kalau tak amalkan. Jom tengok anak2 buat ape? nak peluk isteri pun kena tengok anak2 dulu. masa tak penting, siang malam memang digalakkan. He.3x.......



IZZI ADVERTIZING--------------------------------------------



BeRmInAt?? Klik & Layari WEBSITE INI

14 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

wahh.. mmg baguih info yg hang papar-kan kat sini. Semangat plak aku baca!

awat isteri lak yg kena print? org laki yg malaz biase-nyer babX2 membaca & pengetahuan cenggini.
Sat noo... aku suh laki aku bc jap!

nurizan said...

wahh aku dah kawin bleh la praktis camni.. haha

Unknown said...

ikhss... dah lewat malam ni.... baik aku stop dulu... nak peluk bini... hehehe

NURAZZAH8 said...

nak tambah lagi, Datuk Dr Fadhilah Kamsah juga dalam salah satu ceramahnya ada mengatakan, dari kajian yang dijalankan di USA, Suami isteri hendaklah mencium dan mengucapkan "I Love You" atau "Sayang Abang/isteri" SEKURANG-KURANGNYA 4 KALI SEHARI!

Akak dah amalkan (kalau hubby ada kat rumahlah...kalau dia pergi out-station...hantar sms pengganti diri)...memang berkesan...InsyaAllah...

KTS said...

aku tau nape ko beria2 sgt duk peluk isteri...

sbb ko nak kuruskan badan kan... hikhikhik...


``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.


selamat menurunkan berat... nanti klu dah berjaya, kabor kat aku... :D

izman said...

nur aka admansyah,
sebab lelaki malas bacalah kaum isteri kena print. lagi elok baca kuat semasa berehat santai dirumah. kalau anak dah pandai membaca suruh anak baca kuat2.

izman said...

eiman@nurizan,
peluk jangan tak peluk. untung khalisa dapat adik. ha.3x

izman said...

shifu67,
he.3x. abang dah kawin takpe, dipersilakan.

izman said...

nurazzah8,
baguslah. kurangnya saya tau ada testimonial yg dah berjaya.

thanks akak.

izman said...

ku tak sempurna,
jgnlah cakap kuat2 aku nak kuruskan badan, nampak sgt aku gemuk.

baru aku tau kenapa wife aku kurus, sebab selalu kena puluk lah tu. kuang.3x

Kapten Luffy said...

patutlah org tak kahwin selalu pendek umur

izman said...

monkey d luffy,
ha... tau pon ko. bila nak kawin??

Nek Cun said...

Izman, pelok memelok dengan orang yg dikasihi (yg halah sajer tau!..)memang banyak kebaikkannya... memang itulah yg nekcun & atok amalkan...untuk iratkan lagi kasih sayang... terutamanya setiap pagi sebelum keluar pi kerja... InsyaAllah rezeki kita pun akan mendapat keberkatan kalo kita suami isteri ikhlas dan jujur semasa melangkah untuk mencari rezeki... hati kita akan jadi lebih tenang bila suami pelok kita dan sebaliknya... betul tak?... Anak2 pun camtu gak... kalo kita rajin pelok mereka, mereka akan jadi lebih 'self-confident' especially bila mereka mahu menghadapi peperiksaan atau temuduga.... amat elok diamalkan... So, Izman pelok-peloklah isteri dan anak2 selalu yek!...

izman said...

nekcun,
memang selalu peluk. ibadah tu.