Tuesday, March 31, 2009

Dulu Tokey, Sekarang Kuli

Sekarang disana sini kita dengar banyak syarikat dah gulung tikar (bangkrap)dan ramai sahabat2 kita yang dah mula back to the street mencari kerja. Alhamdulillah may be ramai yg baca entry aku sekarang masih mampu senyum kerana ada kerja atau memang kerja terjamin sebab kerja gomen. tapi yang dah diberhentikan bagaimana? mesti sedih hati memikirkan mana nak kerja. yg saving banyak atau berduit kerana pampasan diberhentikan tu janagn senyum manis sangat, duit banyak2 pun akan habis jugak kalau tak diguna secara berhemah bak kata orang gunung yang tinggi kalau tarah setiap hari, pasti akan rata jua.

nasib aku juga may be sama, selagi diperlukan aku akan tetap diberi kerja dan bergaji. tapi kalau orang dah tak suka, terpaksa kembali ke pasaran kerja juga. itu aku kena beringat juga, dengan hanya seorang dalam family aku bekerja, pendapatan adalah terhad. dan setiap bulan gaji belum masuk, semua along halal dah tunggu; kereta, rumah, kad kredit, loan, bil2, astro, telefon dan segala bagai bil lagi.

aku tak percaya ekonomi akan pulih dalam masa terdekat. aku yakin ia masih merudum dan may be akan recover sikit menjelang 2010 atau lebih. so, untuk family aku, aku dah mulakan belanjawan berhemah. dah sebulan aku tak hantar cuci kereta setiap minggu di car wash. aku cuci sendiri. aku dah stop berbelanja pakai kad kredit, tengah fikir nak potong semua card (amex, visa, master). aku pakai cash dan senang control cash. kurangkan makan diluar. tenet ingat nak pakai prepaid jer (nak usha celcom prepaid broadband), makanan fast food cuma sekali sebulan, beli novel had 2 buah sebulan, dan sebagainya. astro ingat nak potong, tapi tak larat nanti anak2 banyak soal. apa2pun itu hanya potongan kecil yg mampu aku usahakan sekarang bagi survive dalam kegawatan ekonomi.

perenggan atas ni aku cakap kami cuma makan fast food cuma sekali sebulan je kan? sebab bulan mac 2009 ni belum makan lagi, malam tadi (30/03/09)kami sekeluarga ke tesco klang. kfc itulah pilihan anak2. disebabkan belum gaji, aku koreklah duit2 syiling untuk belanja keluarga kfc (bukan tabung anak ok!). bukan mahal mana, kami setakat makan set nasi ayam, set dinner plate, tambah bun, tambah fries, tambah milo ais, tambah cheezy wagdes, tambah ayam ori. itu je! makan 4 orang. aku diet, aku cuma makan ayam dua ketul, fries, wagdes, bun. itu je. ais krim yg tak pernah lepas dari menu kfc akupun, aku ketepikan. save kos.





sebelum aku lupa. aku nak luahkan keterukan masa di kfc tesco bukit tinggi. mula2 kami nak makan bahagian dalam, tapi terlalu panas. langsung tak rasa aircond. tak kan masih nak kempen earth hour lagi kot. kami beralih ke meja di luar premis yg agak sejuk. dalam suasana yg terkurung tu, tak logik la tak de aircond. cilampret betul la pengurusan kfc tesco bukit tinggi.

dah kenyang, kami singgah di cosway beli sedikit barangan penjagaan rumah, coklat dan vitamin anak2. beli sikit je sebab belum gaji, pasal kutip syiling2 je. pastu kami ke tesco beli sedikit barangan dapur, makanan anak2, susu anak, makanan ibu mengandung. itu je. sikit je. tak penuh pun troli. pakai duit syiling yg lebih2 makan kfc dan beli sikit barang kat cosway je. gawat, kenalah berjimat.

tamat bab keluarga aku. ini tajuk yg lebih serius.

ada org bertanya adakah ekonomi seteruk yg dilaporkan. kisah2 jutawan di barat yg akhirnya merempat jadi pizza boy dan sebagainya. aku percaya! aku ada seorang kawan yang menjalankan perniagaan besi buruk dan beberapa perniagaan lain sejak bertahun dulu. dia kawan baik bekas boss lama aku. mempunyai beberapa biji kereta dan lori, dan beberapa belas orang kakitangan. begini kisahnya sekarang....

masa aku ke HQ aku di damansara. aku terpandang satu manusia yg aku kenal. takut salah orang aku hanya senyum tapi berjalan ke arahnya dengan niat untuk bertegur sapa. aku salah seorang pegawai dalam syarikat itu, jadi aku adalah sedikit power rangers untuk bersoal jawab walaupun bukan dalam jajahan takluk aku. belum sempat aku tegur, dia dah mula menyapa aku "izman, sudah lama tara jumpa, ada sihat ka?"
mendengar sapaan itu, aku tau itu betul kawan aku, murugan (bukan nama sebenar). ini antara perbualan lanjut kami :-

izman : baik. muru awak ka, ada sihat?
muru : saya sihat izman. awak sekarang sudah gumuk la izman. anak sudah berapa?
izman : anak sudah dua la muru.
muru : eh.. izman, awak kawin siapa? itu n**** ka?
izman : bukan n****. saya punya ayah cari. kampung punya orang.
muru : bagus la izman. itu budak n**** ta ade sesuai sama awak. awak baik punya orang.
izman : (mengalih tajuk) awak apa bikin sini muru?
muru : saya malu mau cerita la izman. tapi awak kawan lama, saya cerita. saya sekarang datuk punya driver.
izman : (terkejut beruk)aaa..! driver datuk! datuk mana??
muru : itu datuk H** P**.
izman : betul ke muru? mana awak punya bisness?
muru : sudah bangkerap la izman. semua habis. rugi saya. besi sudah jatuh harga. kontrak sudah tada. semua kereta sudah jual. saya motor juga pakai skarang. ekonomi sudah teruk la izman.
izman : (menelan air liur)
muru : awak kerja sini ke izman? sudah berapa lama.
izman : iya muru. saya based dekat port klang.
muru : awak kerja baik2 la izman. kalau awak kerja gomen lagi baik. awak pandai punya orang. tengok saya, dulu kaya, sekarang sudah miskin. hari2 orang kejar mau minta hutang. tapi ini boss pun baik juga. awak jangan cakap awak kenal saya la izman. saya malu. ini saya punya nombor henpon baru. ada senang nanti kita minum teh tarik. saya rumah itu taman sri muda lagi.
izman : ok muru.

aku kemudian ke opis korporat untuk urusan rasmi dan mengambil sedikit masa bertanya group HR manager berkaitan sahabat aku tu. walaupun HR manager tu ada soal aku ada kenal ke tidak, aku buat2 tak dengar je. confirm, dia masih baru kerja dengan organisasi kami sebagai driver peribadi salah satu datuk.


"kalau si kaya jadi papa sekelip mata, macam mana dengan kita? beringatlah dan berbelanjalah dengan berhemah". Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh izman anak beranak.



32 comments:

ILA said...

Aku baca..sambil geleng2 kepala..
sukar utk aku serlahkan ayat apa yg sesuaiiiiii..huhukk

Jard The Great said...

erkkk.... aku dulu kuli.. smpi skang pon kuli... hehe

izman said...

ila,
kenapa geleng? sebab tadi aku tak ajak pekena roti canai telur area opis ko??

izman said...

jard the great,
nanti suatu hari jadi ler boss. Insyaallah.

Ms.Lilies said...

Jangan x tau..tgh gawat2 ni skrg pun masih ada lagik org yg memilih gaji...salam singgah

izman said...

ms. lilies,
trima kasih singgah. dtg le selalu.

memilih tak salah, cuma mesti kena tempat dan ukur lah diri sendiri.

Rayz said...

wei!! part time ngan JPA ke ?

Pasal ekonomi tu aku setuju gak lar.. sekarang memang susah.

Baru ni, Bank Negara meramalkan KDNK negara mungkin akan berkembang pada kadar -1% hingga 1%. Itu pun bergantung pada sebarang perubahan setakat separuh tahun kedua 09. Bayangkan dulu kalau KDNK kita dalam 5%-8%, tapi sekarang dan menjunam sebegitu, pasti amat terasa.

Untuk pengetahuan, kalau ada kawan-kawan yang kena buang kerja, bank ada bagi sedikit kelonggaran pada mereka dalam soal pembayaran hutang rumah sehingga 1 tahun. Kalau kereta aku tak berapa pasti.

Since sekarang interest rate rendah, kalau boleh transfer kredit kad ke atau loan umah tu buat ler... Yang terendah dipasaran Affin 9.99%.. (dengan syarat payment bulan2 cantik )

Bank pun sekarang tengah kerja keras nak kejar sale ni...

EPF pun sekarang boleh keluar bulan2 untuk cover bayaran bulanan loan rumah.. Tapi dengan syarat, duit bulan2 yang masuk kat akaun 2 tu cukup ler.

Apa-apa pun , aku percaya dalam kesempitan pasti ada kesempatan ... aku melihat kegawatan yang berlaku sekarang ni banyak peluangnya... Cuma nak kenal pasti & rebut tu menuntut sedikit perubahan dalam rutin kehidupan seharian... Tu yg buat KIV memanjang tu...

izman said...

nadya aka razman,
tq for info. mentang2 kerja affin, sempat lagi promote affin. tapi aku setuju yg kebanyakkan info2 begini ramai org masih tak tau.

Rayz said...

itu sudah pasti.... kang takut xde bonus lak utk tahun ni...

Anyway...aku dgr Naza, sejak diterajui oleh anak kedua Tan Sri, customer service dah semakin mantap ...

Aku ingat nak usha Spectra... kasik komen skt.. Skrg depa tgh bagi offer 0% interest ... 12 tahun lak tu...

izman said...

nadya aka razman,
servis bagus tu ada betulnya, org muda buat bisness. ada kelainan dia.

spectra? pada aku berbaloi memakai, cuma harga jatuh terlalu cepat, no 2nd hand value. spare part sgt mahal. jimat minyak.

berbanding wira atau waja, spectra jauh lebih baguss.

Rayz said...

Izman aka meymey ...opss terlebih lak..tolak yg belakang tu eh...

wei brp punye mahal spare part. bagi contoh skt.

julietchun said...

tadi aku baca news CIMB soh staff ambik unpaid leave pun aku dah seriau.

Rayz said...

Juliet... CIMB tu lain skt..
depa Universal bank...ada 25k staff in 11 countries. Ramai yg involve kat equity mkt & money market skrg susah nak buat apa2 sebab direction mkt x leh nak baca. Loan mkt pun dah slow. Process loan pun payah nak approve.

So macam mana nak buat duit especially pada yg harapkan komisen.

so cuti lor... balik kampung tanam jagung. It better that than being fired. Hopefully, in 6 months time, market corrected than they can come back & make money again.

Lagipun dia optional. Sapa yg boleh amik, maka amik... Kalau setakat harapkan gaji tu jer untuk sara hidup mesti diorang x pandang pun offer tu.

Saya jangkakan ia lebih pada mereka yang berkhidmat di investment bank dimana gaji mereka lebih besar hingga mencecah 5 angka.

Diorang ni, biasanya ada kadar sustainability yg tinggi sbb ada kadar simpanan yg banyak.

Bayangkan kalau personnel cost as at Dec 08 pun dah mencecah RM1.969 billion . (Avg about Rm78K & above per staff) Xde hal ler...

ILA said...

EHHHH..APA PULAK KO NI!!
aku tak geleng kpala pasai bab roti telur tu ler..(lebih baik aku mkn quaker oat dari roti telur tu tauuu..)
aku geleng tang situasi ekonomi skrang..lerrrr

Kau rasa dlm keadaan skrang, sesuai tak seseorang tu sambung belajarnya??
ehem2!!!
(aisey..dah jadi kaunter pertanyaan lah pulak...)

Rozita said...

akak pun belum makan KFC lg bulan ni..sape nak blanje eh?

Kapten Luffy said...

huhu.. cuak jugak...

kasihan sama kamu punya kawan

izman said...

nadya aka razman,
cilanat panggil aku camtu. cam nama sotong atau puppy je.

cth spare part yg mahal.
1) lampu besar dia sebiji dlm rm2800. wira/satria/local car rm180 (kwn aku kena)

2) power window motor tanpa upah rm180. wira/local car rm45 (ni aku dah kena).

so far aku puas hati. untuk kereta class 3 anggur, ia berbaloi berbanding wira/waja.

izman said...

julietchun,
kawan aku yg kerja bank dah jawab. senang kerja aku. he.3x

izman said...

ila,
ye ke.... sokonglah makanan malaysia.

nak sambung belajar? bagus tu. master ke? buat jarak jauh la. aku yakin belajar tiaida time frame dan tiada had umur.

izman said...

kak rozita,
ups!..... er...er...er... kalau kena belanja saya nak la.

trima kasih singgah.

izman said...

monkey d luffy,
hari tak selalu cerah, jadi kena beringat. lagi terbaru berita aku selidik baru hari ni, dia dah berhenti. tukar nombor henset lagi....

Rayz said...

mak aii.. RM2800!!!

ni kalau cium vontot ni maka akan ilang lar Rm5600

patut lar ko bwk slow jer... mahal rupe nyer

izman said...

nadya aka razman,
aku slow bukan pasal tu, pasal mem ada sebelah. sayang nyawa keluarga (lebih 120 dah bising)he.3x...

betul spare part dia mahal2, mana ada local, semua korea. part dia boleh guna untuk kia dan hyundai je.

NFA said...

haiihh..
susahnyer jdi owang dewasa..
kene manyak pk..
tkotnyer..
hehehe..
:D

Unknown said...

sekarang masanya untuk kita berbelanja dengan berhemah... bukan berbelanja penuh satu khemah... tapi kita masih bernasib baik... dlm duk melesetpun masih boleh pegi kfc... jgn nak salahkan pak lah letak jawatan PM dah laa... hehehe

Nur a.k.a admansyah said...

teringat aku kat advise ko psl tukar keje nie. errr... aku bkn x bersyukur, cuma cari yg `lebih stabil' dr co. aku. Mmg aku ada skodeng gov or semi pun jadi-lah... but mmg susah nak dpt!

sian kan? kes cenggitu...

Insaflah said...

Apapun, kena kuatkan semangat. Ingat, Allah ada bersama kita.

izman said...

fafaz,
jadi dewasa bukan pilihan. dan kena juga hadapi cubaan dan godaan.

izman said...

shifu67,
betul tu bro. kena berhemah dalam berbelanja. berkhemah lagi baik untuk kurangkan kos beli atau sewa rumah. he.3x.

izman said...

nur aka admansyah,
kerja mmg perlu yg stabil. kalau rasa2 asyik nak tutup atau menyusahkan kita, job security takde, nak kerja pun tak senang. terpaksa la...

izman said...

insaflah,
betul. Allah bersama kita.

KereK said...

Salam, agak berat juga baca ape yg en izman bgtau.. huhuh.. perit...peritt..
haduih..

tumpang lalu...
-newbie-