Friday, March 6, 2009

Cuba mengarang Ebook tentang Afiliate

Sekarang di port klang hari hujan. ok lah, duduk memerap je. sambil2 tu bolehlah buat kerja apa yang patut. sambil2 tu aku cuba mengarang ebook mengenai 'program affiliate' berdasarkan pengalaman mentah aku ni. aku tidak bercadang untuk menjualnya, ia setakat nak uji diri aku boleh atau tak buat ebook. masa studi dulu buat assignment puluh2 muka surat boleh, takkan ebook 5-10 muka surat tak leh kot. dalam bahasa melayu je lah kot. apapun itu just planning, bila nak siap, bila nak mula edarkan, akupun tak pasti.

apa2pun tujuan aku dengan ebook tu just nak share info, itupun kalau ada orang nak lah! kalau tak de orang nak, aku baca sorang2 je lah. dalam market di malaysia sekarang aku perhatikan ramai orang kaya pasal affiliate programme, tapi bila nak ajar atau nak share link, mereka kenakan harga yang mahal2 dan kebanyakan dari kita agak keberatan. afiiliate ni kebanyakkannya percuma, cuma nak dapat lubang yg sesuai je. dalam ketidakbizian aku sejak beberapa bulan lepas, banyak aku search di internet cari, dan berpuluh2 aku masuk. ada yg ada hasil, dan ada yang tiada hasil. pada aku itu hal rejeki. aku tak bayar apa2, so apa aku nak kalut kalau tak dapat lagi hasil. bersabar je lah.

yang aku dah nampak hasil, dan alhamdulillah aku jangka beberapa hari lagi akan dapat pulangan kedua ialah aw survey. ala si katak hijau yang menempel di sidebar sebelah kanan blog ni. itu dah ada hasil, dah masuk dalam paypal aku dah. cuma aku belum nak masukkan dalam akaun bank je. aku ada plan nak beli sedikit barang kat ebay sebenarnya.

dalam bab menulis ni kekadang ada idea dan kekadang idea buntu. so, bukan senang ye nak jadi penulis. yang senang ialah jadi pembaca buku/novel, dan kekadang aku suka jugak buat ulasan. biasalah ulasan aku kakadang agar keras dan kasar, aku yg bekerja keras cari duit. kalau beli buku/novel yang kureng menarik, aku tegurlah. kalau bagus, aku pujilah. itu atas selera bacaan aku, may be orang lain tak sependapat. nanti aku ada 3 buku nak aku ulas, tunggulah yer... sesiapa penulis yang diulas tu, tahan telinga je lah. blog aku, aku suka hatilah nak tulis apa.


cukup bab ebook dan buku. ni sikit kisah ngan anak2. aku rasa hidup aku selalu dipengaruhi anak2. wife cakap aku boleh boo layan, tapi bab dengar rengekan anak2, memang jiwa kacau dibuatnya. betullah cakap2 dalam majalah orang2 pompuan "lelaki masa bercinta dan baru kawin akan dengar cakap pompuan. dah ada anak, ikut cakap anak je". oklah tu, kalau ikut cakap pompuan lain amacam??

tengah doq lepak2 kat rumah malam tadi, luqman merengek nak kereta ferrari shell yang terbaru. si adiknya pika pun mulalah mintak sama. aku jadi hiba dan keluar membelinya. dapatlah sorang sebijik ferrari. ferrari keluaran dulu pun luqman ada, koleksi bond pun ada, ini koleksi baru. ok lah, masih mampu beli. ni rupanya kereta ferrari shell tu :-



doq layan tengok tivi, wife kata gas habis. so, aku keluarlah pegi beli gas. nasib baik baru jam 1030pm, kedai masih belum tutup. nampak gayanya kena beli spare tong gas ni. pika yang tengok aku tukar seluar mula bertanya :-

pika : ayah, ayah nak pegi mane?
ayah : ayah nak gi kedai. gas habis.
pika : pika nak ikut...
ayah : tak boleh! ayah keluar kejab je. nak beli gas je, gas abis.
pika : (berlari ke dapur)ayah! ayah! gas ada lagi. tak payah gi kedai la.
ayah : dah abis. ummi nak masak tak boleh nanti.
pika : (menarik tangan aku ke dapur dan membuka kabinet dapur gas) tu ayah ada lagi gas. ayah jangan pegi kedai ya.
ayah : gas dia habis (sambil mengangkat tong) tengok, dah ringan. abislah ni. pika nak susu tak malam nanti?
pika : nak!
ayah : kalau nak, jangan ikut. pegi main kereta ferrari dengan abang luqman.
pika : (berlari tanpa kata)

balik beli gas, aku belikan anak2 coki-coki dan jeli. then, aku mintak wife masakkan aku megi kari dngan telur, dapat pulak air teh panas. memang piau lah! jahanam lagi diet aku.

6 comments:

arsaili said...

salam...bro tgh nazak nih..sibuk teramat..tak cukup nafas je rasa...wowwww meggi kari campur telur..lapar lak dgr...ahahhaa

cendawanintim said...

ko tak belikan coki2 tuk aku skali keR????

sian aku yang tengah ngidam nih...!!

Abang Long said...

Ebook ? Sudah banyak didengari, tapi masih belum faham, masuk duit lagi ?

izman said...

arsaili,
ha.3x, that's life.

izman said...

cendawanintim,
ko ngidam coki2 ke? nak aku poskan??

izman said...

abang long,
ebook tu sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yg mmg sedikit.