Thursday, March 19, 2009

Aku & Meeting

Hari ni agak capek. kerja menimbun, pelbagai kertas kerja, dan meeting harus dihadiri. apatah lagi sibuk untuk persiapan stock take akhir bulan ini, gaji bulan march, pertukaran pengusaha cafeteria yg dah peringkat akhir dan pelbagai lagi.

dah jam hampir2 5.45pm iaitu time nak balik, phone berdering. receptionist memberitahu bahawa ada meeting tergembar jam 6pm sharp. argh! bos2 ni tak tau ke hari ni HARI BAPA. mestilah balik siapkan badan.

sebab nak ada meeting, cepat2 segerakan solat asar, dalam meeting nanti takut terlupa. ye lah majoriti orang dia, orang kita cuma 3 orang je.

meeting sangat serius. dah aku yg banyak kena berfikir, merancang dan bertindak kalau nak selamatkan pekerja dari 'back to the street'. aku kalau boleh tak mau ada pekerja yg diberhentikan walaupun aku tau ekonomi kian parah. so far kami masih bertahan, dan harap2nya berterusan. dalam semua industri nakkan yang termurah, pemain industri terpaksa mencari idea untuk menawarkan barangan lebih inovatif, dan dengan harga yg sangat kompetitif. so, kena reduce cost! HR cam biasalah; kena lebih tumpu pada productiviti dan kos buruh. alhamdulillah, since order terhadap produk kami sangat baik sekarang, aku kenalah jek management supaya ada sedikit 'gula2' buat pekerja. bagaimanapun itu permintaan... as long as management kekalkan pekerja, aku dah cukup puas hati.

meeting tadi abis dalam jam 8pm. walaupun boss ada ura2 nak belanja makan, tapi semua tak nak. makan kat rumah berlauk budu dan telur goreng lebih sedap berbanding makan diluar. there is no place like home. "home..... sweet...home...".

balik rumah, aku suka melayan kereneh pika. biasalah anak perempuan lebih manja dengan ayah. itu universal. masa kat UUM dulu masa kelas psikology ada diceritakan menda2 tu. sebab aku bujang, aku tak nampak kebenarannya. tapi kini aku yakin ia benar. meskipun aku rasa teori omputeh yang dinamakan 'penis envy' itu digambarkan sebagai teori yg anak perempuan cenderung memilih si ayah. aku tak berana gemar, tapi aku tau anak perempuan aku cepat terasa kalau aku kurang memberi layanan kepadanya.


Gambar hiasan : Luqman dan Pika.

kalau aku tinggikan suara kerana dia melakukan kesilapan, nangis dan rajuknya adalah panjang. kekadang aku cuba buat garang dan enggan memandang, tapi bila mendengar tangisan dan rengekan dia, aku gagal. yang bagus anak perempuan ialah disaat aku rasa sedih atau marah kerana sesuatu perkara, dia akan datang seperti malaikat, menyinggahkan beberapa ciuman dipipi aku secara spontan. siapakah yang tak runtun hati melihat kasih sayang seorang anak, apatah anak perempuan aku yg comel itu.

oklah, otak dah merawang ke benda lain. aku stop disini dulu. sebab dah lama aku tak selitkan entry makan yg sebenarnya dah serupa identiti aku, aku publishkan gambar set makanan tengahari aku tadi kat taman kem port klang. aku dalam diet, so aku cuma pilih satu lauk iaitu ikan kembung bakar bersama air asam, beserta nasi dengan sayur lemak pucuk paku. jangan tak caya, dah kurus sikit tau. bukan nak pasang badan tapi nak elak penyakit. yg penting, peroot tu nak kasi kurang roi sikit.







IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

Berikan pendapat anda & di BAYAR. daftar PERCUMA.

10 comments:

kirana said...

Comey nye anak. Abg ni sama cam abg kirana. Dia lebih suka balik umah mkn masakan isteri dari mkn mkanan kt luar. Kalo nak jgak mkan kt luar msti bawak anak2 n isteri...baru sedap, katanya.

Kirana sokong.....

nurizan said...

ikan bakar tu cam kenal je, tgh air asam pun dah tau kat mana.. kat warung mek su eh?

izman said...

kirana,
trima kasih atas pujian. puji la selalu yer... maksud saya dtglah jenguk selalu kat sini.

izman said...

eiman@nurizan,
ha.3x, itulah tempatnya. tidak syak lagi. dulu2 itulah tempat makan geng2 sykt lama kita yg tersedap dan paling dekat.

ILA said...

Salam,
Inilah waktunya pihak customer inginkan harga yg murah & service 'mahal' dari kita.
Dgrnya kegawatan akan smkin berlarutan..harap2 ada alternatif yg lebih bijak utk mempertahankan sesebuah syarikat tu.

hmmm..setuju gak bab pika lebih manja dgn kau.If my side, tak kiralah Hasya @ Syamil.Mudah utk mdapat apa yg mereka hajati dari ayah mereka.Kalau dgn Ibunya..hmm..kena harung interview dulu...:p

Ikan bakar Tmn Kem??
yg dekat dgn flat tu kerrr??
dah lama tak ke sna...
Amboiiiii....ke situ tak habaq yeakkk!!huh!


ermm..minggu ni kerja cuma 2 hari jerr..malasnyaaaa..ngeh..ngehhh...

Kapten Luffy said...

cthnya... kalau aku ada anak... harap sulung perempuan :)

izman said...

ila,
biasalah anak2, diorang tau ayahlah tempat mereka meminta walaupun luarannya agak garang. tapi aku yakin, berbanding laki ko, ko lagi garang. kuang.3x

iye...taman kem. memang ada niat nak ajak, tapi ingat ko cuma makan makanan barat jer.. (hah.3x.)

izman said...

monkey d luffy,
ko ni berangan lagi da... nak anak kena la nikahkawin dulu. ko dah dapat calon belum??

Rayz said...

mey..lupakan jer hasrat terendam ko utk kurus tu... roi tu indah... anak-anak boleh jadikan tempat gelunsur... senang digunakan waktu hujan & bila poket kering nak bawak gi jalan2.

izman said...

nadya,
nat fit sikit je. bab gelongsor tu bukan ke aku yg ajar ko dulu. kuang.3x