Wednesday, March 18, 2009

Aku & 'Matching' Pakaian

Datang kerja hari ni ramai bertanya kemanakah gerangan agaknya aku hari ni, pasal tak pakai uniform kerja. kalau aku pakai formal, biasanya aku ada urusan kerja diluar atau training. setakat di kilang, aku lebih selesa pakai baju kerja. senang tak payah matching2.

cerita bab matchingkan pakaian ni, aku tak pernah cerewet. aku akan pakai apa yg aku rasa selesa. yg biasanya mencerewetkan keadaan adalah kaum yg bukan kaum aku. kecerewetan ini biasanya dapat dilihat bila wujudnya golongan imej consultant yg tidak rasmi didalam hidup aku. ia bermula masa bercinta.

ok... kita guna time machine untuk menjelajah ke memori otak aku belah kanan.

kadang2 pengaruh terlampau si aweks membuatkan wujud rasa rimas. iyelah! tak boleh pakai baju belang melintang, nanti nampak gemuk pendek, tak boleh pakai baju dan seluar sama2 color gelap, nanti nampak tak menarik. arghh! sokmo2 aku pakai camtu ok je, pakai camtulah yg buatkan ko gile bayang kat aku dulu. dah aku tunjukkan sayang, nak ubah2 keterampilan aku pulak. ada 2 orang yg aku ingat sangat, suka ubah2 penampilan aku dulu2 (sebelum nikah daa..., dan bukan wife aku sekarang). sorang model sambilan, yang selalu minta aku temankan dia kesana kemari, terutama bila jumpa jurugambar, atau client. dia selalu marahkan aku yg suka pakai jeans dan baju2 kartun. macam budak2 katanya. laa... memang la aku suka kartun dan suka budak2. pernah sekali, dia ajak aku keluar, dan kami jumpa dia dengan baju kartun. tengok je aku, muka dia yg comel tu dah jadi cam muka singa laut. molot dia tak henti mengomel. manelah aku tau dia nak ajak aku teman pegi photo shoot. lagipun apa salahnya, aku cuma teman bukannya nak jadi model. kalau aku jadi model, confirm model makanan kanak2 ding dang. model ubat kempes perot sori yer, masa tu aku slim river lagi tau! aku saje buat2 kecik ati dan merajuk dan nak balik aje. si dia cepat tarik tangan aku. he.3x.... dia belikan aku baju dan seluar baru kat giordano. terbang dekat rm300. duit dia la....

lagi best masa aweks satu lagi cuma tinggal dibelakang rumah sewaan aku. dia promoter pakaian jenama terkemuka. sebab mulut dia becok sangat bab2 matching, aku serahkan semua pakaian aku iaitu baju kemeja, tie, seluar dan stoking pada dia. setiap hari ahad, aku cuma perlu ambik pakaian yg telah dimatchingkan untuk seminggu. siap bergosok yer!. aku cuma perlu pikir nak pakai kasut dan spender warna apa untuk matchingkan dengan pakaian2 tadi. seronokkan! ada lagi seronok.....! bila ada baju atau seluar, atau tie yg tiada dapat dimatchingkan, dia tolong belikan.

Eeeee.... jangan kata aku suka permainkan perasaan perempuan. aku memang sayangkan mereka semua. aku memang ada hajat menjadikan mereka sebagai suri hidup aku, tapi mereka keberatan bermadu (macam la larat!). itu semua kenangan lalu, aku terpaksa lepaskan kedua2nya. dua2 bukan jodoh aku. mereka gagal dalam ujian; sorang gagal ujian personaliti dan sorang lagi ujian memasak. cis.. dasar orang HR, suka2 hati je nak bagi ujian ke hape.

dah tamat flash gordon tu. sekarang wife aku tak cerewet. dia tahu walaupun dia akan matchingkan sesuatu pakaian untuk aku, aku suka2 je pakai apa aku suka. dia hormatinya sebab dia tahu laki dia cerewet. cuma wife akan sediakan beberapa set pakaian, pilihan? aku suka2 hati pilih sendiri. aku selesa dah ler. untuk ke pertemuan syarikat2 yg mendapat lesen pengilang bersama SSIC (selangor state investment centre) hari ini, aku selesa memilih baju kotak2 kecil dan tie warna maroon 5.

ke perjumpaan tu, aku tak plan. aku dipaksa oleh MD & GM aku. sepatutnya mereka yg pergi. tapi boss besar terbang gi obersee, boss kedua wakilkan aku. bukan kali pertama aku wakil syarikat dalam taklimat atau apa2 majlis formal begini, tapi kalau boleh, aku cuba elakkan. rimas la pakai2 tie ni (sape suruh pakai??). masa bos suruh aku pegi, aku cuba tepis dengan jurus silat pulut inti kelapa cicah nisan yg datuk aku perturunkan. tapi tak berjaya. dia maklumkan bahawa pihak ssic dah beberapa kali telefon dia suruh datang atau sekurang2nya hantar wakil. yg tak syioknya, sedang rehat2 kat opis, wakil ssic call aku, dia maklumkan bahawa kena hantar wakil dan boss aku suruh berurusan dengan aku. bancau! aku suka2 hati pegi bagitau boss bahawa pihak ssic minta boss atau wakil yg berkelayakan pergi. boss aku cakap "ya.. you go!". aku cuba menepis lagi dengan berkata " in the meeting, there were representative from tnb, syabas, telekom, mpk and so on. they would like to know our problem in managing our factory". "ok, ask saiful to go". merdeka! padan muka saiful (err... saiful ni pegawai plant engineering merangkap safety officer). aku tersengih kelegaan. belum sempat 4 saat gembira, boss aku cakap lagi "you bring saiful with you. if they ask you about technical, you can ask saiful". waaa...! aku kena pergi jugak la..
dah takde pilihan, so aku pegilah ke ssic tadi. kat bangunan mbsa shah alam. sebab aku lead person, saiful kena jadi driver lah. kami sampai ngam2 orang start meeting. aku duduk betul2 bertentangan dengan ceo ssic, dato' mhd. jabar. Pada umumnya aku suka adanya pertemuan begini. selangor amat peka dengan masalah pelabur (pengilang). setiap wakil syarikat yg datang diberi peluang bercakap dan meluahkan masalah mereka. jika masalah diutarakan berkait dengan jabatan kerajaan atau badan2 tertentu, dato' pengerusi terus suruh wakil berkaitan jawab. since ini kali pertama aku datang, aku cuma crita yg baik2 sahaja. cara dato' ceo bermuzakarah dengan perwakilan sangat santai dan sesekali humorius. cuma bila ada soalan yg terkena sesuatu jabatan kerajaan, wakil kerajaan tersebut terus ditempelak jika ambil masa terlalu lama untuk bertindak. kami wakil2 syarikat masih boleh bergelak tawa, tapi wakil jabatan gomen yg ditegur kelihatan terkulat2 seolah-olah kucing disuakan penyapu.

abis taklimat, acara paling penting bermula. acara makan da... aku ambil peluang tu untuk merasai kesedapan nescafe panas dan donat dan sandwitch (betul ke ejaan aku ni??). memang sedap! so, next time aku boleh datang lagi. lain kali kalau datang, aku nak dera si saiful becakap pulak. siaplah kau saiful!






22 comments:

Kapten Luffy said...

banyaknya awekssssss... kakaka...

p/s: nasib baik ko tak kawen dengan yg cerewet camtu... poning kepala

izman said...

monkey d luffy,
yup. nasib baik.

ala itu cerita rekaan je. aku mana ada aweks, bini sekarangpun mak aku carikan.

ILA said...

sALAM
Bukankah pasangan yg di pilih oleh ibu bapa lebih di redhai..
walau hakikat sebenarnya si anak punyai backround sebagai 'Mat Romeo'keh..kehhh~~
ermmm..kau duk kat sebelah dato' kan??time ambik gambar kueh tu..dia tak perasan kerrr..

ermmm..bukan ke..pakai tie tu sedap mata memandang.Nmpak sgat kau jenis sempoiiii~~

izman said...

ila,
masa meeting aku berhadapan dato' sebab meja bujur telo. chairman duduk hujung bujur sana, aku duduk hujung bujur sinun.

masa makan aku makan jauh sikit sebab aku makan banyak. makan ngan orang besor2 tak best, diorang mkn sikit.

romeo? itu cerita rekaan je.

cendawanintim said...

kekadang sibuk mecing2 pakaian ni adakalanyer nampak over jer...

papepon, kena bersederhana lam sumer segi, aku rasa itu better...

Rayz said...

mey ..tu lar ko benci sgt matching matching ni ..alik alik kawin kena matching... so it wasn't so bad ...

p/s : ape nak tukar name... dah cantik pe..

Mak Su said...

kalau kau dating ngan aku tentu happening, aku mmg lembam dan lembap pasal pakaian dan jenama, aku selalu belasah jer pakaian bundle or pasar malam.

oops! nak deting katanya

izman said...

cendawanintim,
aku setuju, bersederhana lebih baik.

izman said...

nadya,
Oo... cakap aku kena matching yer. ko pun tau details psl aku. tu pasal bini orang tu asyik kacau aku. parent aku tak bagi aku menikah ngan dia, aku balik kampungpun nak ikut. apa kejadahnya. laki dia nak letak mane?? yg kelate tu pulak asyik ajak kawin lari. yg pahang tu pulak asyik nak suruh aku setia ngan nasi kangkang dia. yg baik sikit cuma yg ehem tu. syarat dia cuma nak jadi bini pertama.

tapi syukurlah pilihan makbapak selalunya tepat.

izman said...

maksu,
sama la kita, pakai asal suka dan selesa je. pasar malam mmg tak suka, tapi bundle ok.

julietchun said...

untung ler wife ko takyah sesusah nak pikir hal ni.

Rayz said...

budak inspektor ari tu nak .. ko jual mahal...kalau tak dah jadi tokeh balak dah ko... boleh kawan2 tumpang sekaki wei...

izman said...

julietchun,
ye la senang, dia dah bosan sebab aku tak mau ikut.

izman said...

nadya,
cis.. jangan la sebut wei! aku tak ada cinta kat dia. nafsu ada la... kuang.3x. Astaga!

tapi dia still contact aku tanya khabar. just friends. ko cuba la sebut nama budak tu depan bini aku, mampos aku kena makan nasi bungkus nanti. itu antara dua orang 'kawan' aku pantang disebut nama.

Rayz said...

hehehe..roger..roger..
aku pun tau camner rasanyer... boleh migrain satu hari dibuatnyer...
setiap kali berlaku ..aku pikir balik ..apasal ler aku x maintain solo jer..
bila malam menjelang dah dapat jawapan balik... lu pikir lar sendiri..

izman said...

nadya,
ha.3x.

tau dah. nanti sabtu ke ahad ni ki ta jumpa. nanti aku call ko.

- G O R O - said...

Salam bro;

You r very the player la, setiap entri mesti ada citer aweks punya.

Siapa bilang lelaki melayu x hensem kan? hahahha

izman said...

-goro-
ala... jangan ambik serius. semua tu cerita rekaan semata. sekadar menghiburkan hati sendiri dan mengeksenkan diri.

tapi, memang betul tu.. siapa kata lelaki melayu tak menawan hati.

Rayz said...

sabtu maybe xleh...aku kena hantar anak2 aku balik kelantan. Ahad mungkin boleh ... call dulu.

Anonymous said...

ye ke cerita rekaan tu? Macam dah agak dah... atau ni mesti kes nak cover takut bini mengamuk dan kena tido kat luar, he he he ......

izman said...

nadya,
roger. apa2 calling

izman said...

secangkir madu merah,
he.3x.....