Saturday, September 5, 2009

Warkah Untuk Isteri Tersayang Sempena Ulangtahun Perkahwinan


Sayang,
Hari ini (05/09/2009), genaplah 6 tahun usia ikatan pernikahan kita. Syukurlah! walaupun nilaian tempoh itu sebenarnya adalah masih terlalu baru, tapi abang bangga bahawa kita telah berusaha mempertahankan ikatan suci itu selama 6 tahun. Alhamdulillah, dalam tempoh itu kita telah dikurniakan dengan 2 orang cahayamata yang comel; luqman hakim (5 tahun)dan norsyafiqah izzati (3 tahun). dan Insyallah dalam masa terdekat ini, seorang lagi cahayamata akan lahir. itulah tanda kasih ikatan suci kita selama ini.

Sayang,
Abang bersyukur dikurnaian seorang isteri yang sangat2 memahami abang. maklumlah, abang dulu agak nakal dan banyak kisah lampau. tapi abang masih mempertahankan janji abang dulu bahawa abang tidak akan curang. sejak terlafaznya janji perkahwinan kita dulu, bermakna 6 tahun jugaklah abang masih setia dan tidak pernah sekalipun curang dalam perhubungan kita. tapi, takat jeling2 perempuan cantik dan seksi tu adalah, abang tak nafikan. ayangkan tau abang ni kan lelaki normal, ada nafsu pada perempuan cantik dan seksi. tapi abang juga nak ayang sedar bahawa tempat abang adalah dirumah kita, bersama ayang.


Ayang,
Dalam tempoh perkenalan kita sebelum kahwin dulu adalah terlalu singkat. apa taknya, dari saat abang mula memandang ayang masa di masjid selepas akad nikah abang cik dulu, tak sampai seminggu kemudiannya, kita dah ditunangkan. gelihati juga dengan kegelojohan itu. bukan abang yg gelojoh nak beristeri, tapi ketidak sabaran makdik, ma poksik dan mek cik limah yang terus melamar tanpa sempat abang berfikirpun. malah papa dan ma abang juga terpempan dengan kecepatan mereka itu. abang tak salahkan mereka sebab mereka mak saudara yang baik, mereka tau apa yang terbaik untuk abang. malah mereka cepat bertindak melamar ayang sebab mereka rasa bertanggungjawab mencari jodoh yang baik buat abang. mereka mengambil tanggungjawab sebagai emak abang sebab mami abang dah lama meninggal dunia. alah... sebab lain ialah mereka dah bosan tengok dan dengar abang berpeleseran sebenarnya tu.

Ayang,
Di awal perkahwinan kita, abang percaya ayang banyak memendam rasa. bukan senang nak jaga abang sebenarnya. kalau tak, tak kan dah bayak pilihan kena reject. mujurlah sikap ayang yang pendiam, tidak melawan, mendengar kata merendahkan ego abang dan makin membibitkan kasih tak berbelah bahagi kepada ayang. kepandaian ayang memasak sebenarnya banyak membantu abang lekat dirumah, dan membuatkan perut abang semakin bulat.

Ayang,
Kasih abang masih utuh seutuh hari pertama pernikahan kita dulu. tidak luntur sedikitpun. malah kasih ini bertambah setiap hari. abang sedar, kadang2 ayang rasakan abang lebih sayangkan anak2. sayangnya abang pada anak2 bermakna bertambah kasihlah abang kepada ayang kerana mereka adalah hasil cantuman cinta kita.

Sayang,
Abang berdoa agar perhubungan kita ini makin intim, dan berterusan hingga akhir hayat kita. tiada hadiah lebih lebih bernilai dalam perhubungan ini kecuali kita saling mencintai, saling memahami, saling bertoleransi dan saling mempercayai.

Yang ikhlas mencintaimu,

Abang.

11 comments:

bungacahaya said...

Selamat ulangtahun pada tuan dan puan....heheheh. Jaga bini bebaik bang. Saya pun dh 6 tahun nikah. Sesungguhnya jaga bini lagi senang dari jaga laki. Betul bang tak tipu. Tanya laki saya.

PEACE

ONE ZABA said...

wah, syahdu nyaaaa!!!

hepi aniveseli la...moga bahagia berpanjangan.

ezzati said...

so sweet..hehe..semoga p'kahwinan b'kekalan hingga akhir hayat...

p/s: anak nama lebih kurang laaa..hehe
p/s2:bila bc..rasa ingin sgt nk kawen..haha

Ms.Lilies said...

epi anniversary!!!
jangan nakal2 ye ehehehe
moga bahagia selalu

sonata anak kancil said...

selamat menyambut ulang tahun
ke 6...semoga terus kekal kebahgiaan sehingga akhir hayat....

bila tengok2 / baca2 - ramai kalangan member bloggers ni semenya tarikh hampir2 sama / ada yang sama tarikh - sah lah.....buat kenduri kawen dulu masa cuti sekolah!!! betol tak?

Kapten Luffy said...

mesti bini terharu giler ni

eeeda said...

Selamat ulang tahun perkahwinan izman dan faiza...semoga berkekalan hingga ke anak cucu...

Qistina Qaisara said...

Selamat ulangtahun sayang.oppss..selamat ulangtahun perkahwinan ke 6 bro.aku doakan moga kekal hingga ke akhir hayat.kim slm kt akak ye..bagi la hadiah kondo ke bmw ke kt dia bro.hehe..

endiem said...

selamat hari ulang tahun.. jangan nakal nakal.

scorpions said...

Qistina Qaisara tu aku punya komen bro..pesal lak kluaq nama anak aku daa..lam tu ade gmbr wife..sory bro hehe.

nurizan said...

man: ko tulis suh wife ko baca ke ko baca depan dia baru ko tulis nih.. respek2.. HARI BAPA la malam ni man.. siang tak bleh... haha..