Thursday, September 3, 2009

Shopping Raya & Head Hunter

semalam (2/9/09) aku cuti sehari. tiada keuzuran apa2, cuma saje nak shopping sekali harung untuk keluarga aku. awal2 pagi kami dah terjengul kat the store kompleks alam sentral shah alam, the store baru nak bukak. terkenang sekejab saat aku kerja pasaraya dulu2. dulu akulah orangnya yang bekerja bukak pintu depan, tolak troli. aku cerita kat anak2 betapa perit jerihnya aku dulu cari rejeki, tapi anak2 terkebil2 je. tak faham lagi. mereka cuma tau kalau nak sesuatu, ayah akan beli. budak2 sekarang.

Alhamdulillah sebab kami antara pelanggan terawal masuk, pakaian melambak. dari yang longgok hingga new arrival, semua kami belek (wife aku belek, aku pegang anak2 je). untuk raya kali ni kami pilih kiki lala. untuk anak2 la, pakaian orang2 dewasa mana ada kiki lala, ada akai ka tanya soalan camtu?

abis beli pakaian di the store, kami ligan cari baju melayu luqman dan baju kurung pika. area plaza alam sentral amal mahal, dan kat kompleks pkns secara keseluruhannya agak mahal juge berbanding tahun lepas. baju melayu budak umuq 5 tahun berharga antara rm45 hingga rm75. nak tak nak lepas pusing2 dan tawar menawar dapatlah baju kurung untuk pika, dan set baju melayu bererta samping dan kopiah untuk luqman. aku cuma beli butang baju melayu baru je, cukuplah.

kami ke plaza masalam kemudiannya, wife suka beli pakaian disitu, murah katanya. murah amenda kalau sepasang lebuh rm100. bagi aku murah maksud dia bawah harga rm19.90. tahun ni wife dan anak2 sedondon pakaian raya merah. aku je tak. malas nak sedondon, tak nak jadi boria. ha.3x.... merajuk wife, aku tak layan dia mintak sedondong.

balik rumah dah jam 630pm, tu keluar jam 9am tu. syukurlah di malaysia ni semua shopping compleks ada surau, dan surau pun banyak dimana2. balik beli juadah berbuka diluar je. nak masakpun dah lewat dan dah kecapekan.

malam tadi wife dan luqman lelap awal. penat berangkali. hanya aku dan pika berjaya. pika seronok sakan, pika mana penat sebab aku dokong dia. kami layan csi:miami, then numbers. pastu layan pulak eli stone. minat aku pada dunia lawyer ni dah lama, dan ia adalah cita-cita aku masa sekolah dulu (termasuk nak jadi pilot, askar, polis, doktor, arkitek, guru, dan pernah jugak nak jadi perdana menteri).

masa tengok crita eli stone terawang juga pada perbualan telefon siang tadi, ada head hunter call aku masa aku kat plaza masalam. head hunter kat sini bukan bermaksud di pemenggal kepala seperti jaman dulu kat pedalaman sabah dan sarawak, tapi oleh profesional executives search oleh agensi. head hunter ni biasanya diupah oleh international firm atau syarikat2 besar untuk cari pekerja yang specialist dalam sesuatu bidang. mereka tak suka advertise sebab kalau advertise je macam2 candidate ada. dari orang yang paling layak hingga yang tak patut apply pun.

dalam kes aku, aku memang dah lama tak apply kerja lain. kerja sekarangpun aku tak apply, mereka panggil. sebab owner yang sama dengan company dulu, aku terima. akupun tak pernah on searchable resume atau daftar mana2 agensi mencari jodoh, err... maksud aku ajensi pekerjaan. head hunter ni cari berdasarkan recomendation dan reputation seseorang candidate. siapa recomend aku, malas nak tanya. trima kasihlah pada yang berkenaan sebab ingat aku. offer menarik dengan gaji yang lumayan, gelap mata sekejab dengar tawaran gaji jika terpilih. yang bagus head hunter ni tak kan pilih ramai macam interview biasa, jadi chances lebih tinggi. mereka pun dah siap hantar email ttg company profile, job scope, benefits, dan lain2 kepada aku pada hari yang sama.

oh ya... mereka offer di bidang Employee Relation / Industrial Relations (ER/IR). bidang yang agak kacang dhal buat aku, menda command. apatah lagi aku memang berpengalaman sedikit sebanyak dalam hal ni. apa ER/IR? he..3x. lupa lak bukannya ramai orang HR bukak blog aku ni. ER?IR ni secara ringkasnya ialah perhubungan majikan dan pekerja dan antara pekerja. ia meliputi aspek seperti disiplin, exit interview, benefits & welfare, sport & recreation, kesatuan sekerja, liason with govt departments, dan menghadiri kes buruh dan industri, dan lain2. semua tu aku dah lalui, dan dah banyak kali dah masuk court. biasalah, orang lain buang, HR kena defend.

keputusan aku? secara jujur, aku masih sayangkan company sekarang. gaji ciputpun masih boleh survive. aku secara pasti tidak yakin company yang offer tu sanggup bagi apa yang aku dapat sekarang seperti datang ikut suka hati aku, lunch dirumah (bukan bulan pose la...), hantar dan jemput anak ditadika, keluar ke bank atau hantar ahli keluarga ke klinik tanpa sekatan, pendapat aku diambil kira dalam sesuatu keputusan, malah membuat beberapa keputusan penting, belajar selok belok perniagaan, dan lain2 lagi. jika aku setuju dan terpilih juga, aku dah jadi specialist dalam ER/IR sahaja. sekarang aku generalist. aku bermula dengan generalist mas mula kerja, kemudian specialist dalam recruitment dan IR/ER, training, payroll. tak kan aku nak jadi ER/IR semula. may be tidak buat masa sekarang.

12 comments:

hai said...

gitu la kita, anak2 masa kecik kita layan baju2 branded...sorang dua ok lagi...tapi bila diorang dah besar2..dan anak2 pun dah berderet..tambah ngan citarasa diorang yang tinggi gak...adoi..semput!!bila ayah dia merungut,amboi..diorang ni high taste betul...saya jawabkan..sapa yang ajar???

Mak Su said...

wow! headhunter... pernah gaks dengar pasai ni, sampai member saya tu berenti kerja and join another company, hebatlah uols!

julietchun said...

cuti utk shopping,anda memang suami dan bapa yg hebat :D

eeeda said...

Biar gaji ciput jaji seronok bekerja....barulah tak liat nak bangun pagi....

scorpions said...

lama dh x pegi plaza alam sentrel.dulu tu la tmpt dating sblm kawen hehe..lepas kawen pindah area subang tu yg lama x pi.apa td head hunter?oo kira mcm bos aku skrg la..sbb dia yg kidnap aku masa kt tmpt lama dulu keje ngan dia skrg ni..tu pun rejeki kn abg mang..

Maiyah said...

salam.. keje mesti ada seronok biar gaji ciput janji mood okay :D

izman said...

hai,
betul gak tu, salah makayah ajar anak2 beli baju branded.

dah terbeli camne yer??

apapun beli takut mampu je, mereka patut dapat yg terbaik dari ibubapa, dgn kemampuan yg ada.

izman said...

mak su,
hebat ke?? (sambil kembang hidung)

utk saya, kebetulan je tu....

izman said...

julietchun,
bercuti utk bershopping kire hebat ke? ingat nak cuti lagi la.... (hidung kembang lagi kena puji)

izman said...

eeeda,
tapi aku masih liat sebab kerja tak wajib pergi awal pagi.

izman said...

megatz,
oo.... dulu situ dating yee... entah2 kita pernah terjumpa masa sama2 dating kot? kuang.3x..

boss lama sambar masuk tempat baru dulu? mesti gaji naik mencanakkan?

izman said...

maiyah,
setuju tu kak. yg penting kerja hati mau gumbire.