Friday, September 4, 2009

Hatimu Masih Serapuh Dulu

cerita hari ni mungkin agak jiwang dan menghibakan. tapi aku cerita je lah.....

masa aku ke shah alam tempoh hari, nak tak nak aku sebenarnya saje menempah peluang terjumpa dengan bekas kekasih lama aku yg kami break off seminggu sebelum aku menikah (seminggu ke 2 hari, akupun lupa). apa nak buat bukan jodoh kami, lama aku asuh dia tapi takdir penentu segala.

aku masih ingat masa pegi shopping dengan keluarga aku tu, anak aku si pika tiba2 sakit perut. anak perempuan, asyik2 nak dengan ayah je. so aku bawa pika ke tandas, sementara wife dan luqman menunggu di depan sebuah kedai. siap urusan pika, aku call wife tanya lokasi, dan aku bergegas ke situ. sekonyang2, dalam jalan yang lurus, lengang, aku terpandang seraut wajah yang pernah aku sayang. engkaukah itu??

masa seakan terhenti, dengan anak dipimpinan, aku teruskan langkah walaupun masa seakan terhenti, kaki terasa berat. sebagai bekas pelakon terbaik peringkat sekolah masa aku darjah enam mengalahkan murid2 tahun satu dan dua, aku gagahkan langkah. aku setkan mukaku ke espresi tiada perasaan. untuk menahan debar, aku mengangkat pika ke dukungan. aku terus berjalan bak iklan petronas hari merdeka yang dah 387 kali diulang tayang itu "ingat, berjalan mesti kedepan, bukan ke belakang".

aku lihat sidia juga cuba menahan diri. saje buat natural. eleh.... macam aku tak kenal! walaupun engkau orang yang ke 432 yang aku sayang dulu, raut wajahmu, lengguk jalanmu masih ada didalam memori sebelah kanan otakku dalam sudut fail2 lama yang tercatat "untuk catatan rekod sahaja. fail ini telah lupus tarikh". si dia aku lihat terus berjalan menghala tepat kearahku dalam langkah yang semakin tak teratur, tiada segaris senyum diwajahnya. dilirikan matanya, aku lihat di cuba menjeling ke arah anakku, barangkali hati kecilnya mendesir "alangkah baiknya anak kecil itu anak aku dan abang izz" (perasannya!)

aku teruskan langkah dengan teratur dan sopan, seperti kebiasaannya (cisss!!). titik pertemuan semakin dekat, aku sengaja memandang kedepan dan secara tidak langsung tepat kearah si dia. bukan niat untuk menggatal, sekadar mencari sisa2 kenangan indah dimata bundar itu. dan, bila mata saling memandang, aku lihat sidia mula menunduk, barangkali hatinya tak mampu menahan hiba. dalam mata yang berkaca, air mata mula terlerai dan jatuh melalui lereng hidungnya yang mancung itu. argh... anak kacukan siam ini masih serapuh dulu hatinya.

walaupun aku keraskan hati, tapi hatiku bukanlah sekeras batu. terselit juga perasaan sedih. tapi aku percaya jodoh itu adalah ditentukan di Loh Mahfuz. aku juga percaya Allah telah mencipta suatu rencana lain buat dirinya. aku yakinkan hatiku bahawa air mata yang mengalir itu hanyalah sisa2 kenangan, bukannya cinta. pada aku secara peribadi, cintaku padanya sudah tiada. semuanya sudah terkubur sewaktu terlafaznya ikatan akad nikahku dulu. bukan hanya untuk sidia, untuk yang lainpun. saat untuk mencari cinta sudah berlalu. cinta sejati telah aku temui, dan sekarang adalah saat aku menyemai dan membajai cinta. malah, cinta aku itu makin hari makin bertambah sebagaimana bertambahnya anak2.

30 comments:

Jard The Great said...

tersentuh baca entri neh...
bagus la hang......... cinta pada isteri yg satu.. jgn pasang bnyk2 udah le ye.. ehehe

Hanisham Ab Halim said...

Perghhhh.. boleh wat telefilem sehhhhh....

Abam Kie said...

what a small world! pi mai pi mai tang tu. BTW, bila u clash dgn dia? Rasa2nya dia dah bahagia dgn suami n anak2 dia kot?

Anonymous said...

syahdu pulak aku membacanya..

secangkir madu merah said...

cerita sedih...huhuhu...
tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat cinta berputik..
alhamdulillah kau setia pada yg satu..

Afrezal Karim said...

touching.. tapi heran kan.. kalau jumpa terserempak ex slalu kita berdebar2 jer .. :). Salam ramadan

hang nadim said...

salam bro...dulu hang player la kiranyer..pastu ko tak cakap ape ape ke?.. ishh mungkin excited sangat gaknyer

Tijah said...

fuyoooo. mak terkesima membacanya...

endiem said...

Nasib baik ko dukung si pika.. kalau tidak?

nurizan said...

nasib baik dukung pika, kalau tak mau di dukung awek tuh.. koh koh koh

Mak Su said...

oooo makkkaaiii

ooo makk aiiii

tak terkata.....

Relevan said...

kiranye jiwang + sedihlah ini kisah..

Rayz said...

Mey ...lu memang nak carik pasal ler...ada ke pergi ke situ...nasib baik bini lu tak kenal dia... kalau tak...ada yang kurus pahala posa nanti...

'tempat jatuh lagikan dikenang...

scorpions said...

bro mmg jiwang abis laa..aku yg brutal ni pun shahdu..sian kt awek tu ye dicerai x bertalak haha..meh kt abg megat ni..boleh kew abg mang..hak3

Anonymous said...

BErdebar aku...benci dgn kenangan lama itewww...sob..sobb~ ~

weiiiiiiii...kau ni mesti baru baca novel..tu yg bait2 ayat kau smacam jerrkkkk..cehhhh!!


ila

izman said...

jard the great,
he.3x. isteri memang masih satu.

izman said...

webmaster@echam,
masuk slot drama kliwon sesuai tak?

izman said...

juk,
dah lama clash. dah 5-6 tahun dah.

itulah masalahnya, dia masih solo.

izman said...

jejakalkindi,
he.3x. camni bulehlah aku buat novel cinta.

izman said...

secangkir madu merah,
nostalgia tu kak.

saya maintain pada yang satu.

izman said...

riezal,
trima kasih singgah.

berdebar2 tu sebab si dia masih dalam memori kita barangkali, atau masih ada secebis sayang???

izman said...

hang nadim,
player? yup, aku dulu mmg player ping pong peringkat darjah 3 anggur. ha.3x.

tak bercakap masa tu? mesti la aku ada cakap. aku cakap kat anak aku "biar ayah dukong pika ye? kita cari ummi". kuang.3x.

izman said...

tijah,
jangan terkesima ko tijah. itu baru sikit penangan hero tamil ni. ha.3x.

izman said...

endiem,
he.3x... akupun tak tau nak buat ape, tu dukung anak.

izman said...

eiman,
dukung si dia? tak baik ko? ibi bulan puasa. kalau bulan lain maybe (opsss!!!)

izman said...

mak su,
tolong jangan kata apa2 mak su. saya pun tak terkata apa2 pun masa tu.

izman said...

relevan,
he.3x... terjiwang sekejab la bang.

izman said...

rayz,
ko pun tau kisah aku ngan budak tu, tak de jodoh.

bukan aku nak pegi, wife aku beria2. wife pernah gak nak tengok lawa ke tak, tapi aku takut dia tercabar pulak macam yg dua orang lagi tu (jangan sebut nama!!)

izman said...

megatz,
banyak la nak pass kat ko. ada berani ke??

akupun brutal reggae, tapi bab jiwang ni tak buleh elak.

izman said...

ila,
itu ayat aku cari makan dulu.

ciplak ayat2 novel? tak mainlah. aku patut buat novelkot.