Thursday, June 4, 2009

Ragam Dalam 'Train'

semalam (03/06/09)seharian aku di KL atas urusan rasmi syarikat dan urusan menghadiri workshop payroll di sebuah hotel di bukit bintang. cam biasa aku pergi balik naik komuter dan monorel. dah biasa, lagi selesa berbanding aku terperangkap dalam jalan yg jammed. aku lama duduk port klang, kalau ada kereta bersusun lebih 7 buah dah kira jammed la tu. so, aku tak mampu nak menghadapi jammed on the balik dari Kl sebab training aku abis jam 430petang.



untuk makan tengahari aku just makan kat mc D KL sentral, workshop start jam 2pm. then ambik monorel ke BB. training ni disediakan oleh penyedia software payroll, tapi yuran workshop still kena bayar la sebab buat kat hotel. dulu diorang suka buat kat training room syarikat diorang, sekalipun aku tak nak pegi. dah buat kat hotel, dah 2 kali aku pegi. hotel baru ada class dan semangat gi kursus ke hape.

abis workshop jam 430pm, makk aii... punya la ramai manusia kat area bkt bintang. dengan org balik keje, kerja org bercuti sekolah, dengan orang yg hidup disitu, org berkursus macam aku, dan orang2 yg berpeleseran. tapi mata aku tertancap pada group anak2 gadis melayu yg kebetulan berjalan didepan aku. rupa cantik, tapi pakaian.... ya ampun! aku tak tau apa nama fesyen baju tu tapi ia baju longgar dan senteng, longgar dan luas leher bajunya sehingga salah satu bahagian bajunya longgar ke siku. tapi coli yg transparent dan pandangan sisi cukup membuat aku terpempan. nafsu dunia! aku cuba melawan dengan sifat2 mala'ikah yg bersisa dalam diri, tapi nafsu haiwaniah dan nafsu syaitoniah lebih kuat, dalam buat2 selamba, mata aku melirik juga. apa nak buat, rejeki depan mata. astaga! semua nampak, cuma tampok manggis je belum kelihatan sepenuhnya. nampaknya terpaksa aku percepatkan sambutan hari bapa ke malam ini.

sesungguhnya Allah itu maha kaya. segala amalan baik dan buruk walaupun sebesar zarah akan diadili. ada kejahatan dibalas di akhirat dengan balasan neraka jahanam, dan ada diadili di dunia. untuk kes aku, aku terus dihukum didunia. zina mata yg aku buat dihukum terus. aku masa tu naik monorel nak balik ke KL sentral, kes zina mata tu berlaku masa aku dalam perjalanan dari hotel ke stesen monorel yg jaraknya kurang 100 meter. may be hati aku masih keseronokan tengok nafsu dunia, aku terhayal seketika. tambahan pula aku terpaksa berdiri dlm tren kerana ramai manusia. akhirnya bila dah kosong, aku dapat duduk dan tiba-tiba.....

aku terdengar pengumuman stesen berikutnya ialah chow kit. astaga! aku mana ada lalu choket! aku tengok route map, dan aku dah di stesen kedua akhir menuju ke jalan yg salah. aku beristirafar dalam hati sambil2 meninsafi bahawa inilah balasan serta merta dari Allah atas kejahilan aku tadi. aku yg ingin cepan ke KL sentral kerana nak kejar tren komuter yg tiket aku dah beli pergi balik dari port klang. dari aku nak segera balik elak kesesakan dalam tren berebut2 dengan org balik kerja jam 5pm, Allah susahkan lagi hidup aku dengan melambatkan urusan perjalanan balik aku.

bila dah sampai Kl sentral, aku dah tak nak pandang lagi perempuan2 seksi kecuali seorang perempuan melayu yg berbaris disebelahku (ish.3x, tak insaf2 lagi rupanya). bukan tak insaf, dia tak berpakaian seksi. yg seksi cuma wajah dan bibirnya yg iras2 angelina jolie.

cukuplah pasal tu. tajuk aku hari ni ialah ragam manusia dalam tren sama ada dalam komuter atau monorel. macam2 gelagat aku perhatikan.....

ada yg asyik membaca,
ada yg asyik mendengar muzik,
ada yg asyik bercengkerama bersama pasangan,
ada yg asyik bergayut ditelefon tanpa henti,
ada yg hanya tidur,
ada yg bersembang2 dengan kawan baru disebelah,
ada buat muka berlagak,
ada yg berkumpulan,
ada yg mati kutu keseorangan,
ada yg sunyi sepi,
ada yg buat tren macam rumah makbapak dia, bercakap berdua tapi satu tren dengar,

lebih tragis dlm tren kita boleh tengok gelagat manusia:-
1)ada anak muda duduk dan buat2 tak nampak org tua berdiri.
2)ada anak muda tidur dikerusi sedangkan ada ibu mengendung anak kecil bergayut dipalang.
3)ada anak muda menceriakan diri dengan menyanyi dengan kuat sedangkan kami disekitarnya rasa nak humpan je dia keluar dari tren.
4)ada perempuan muda melayu asyik bergayut ditelefon berbahasa inggeris sedangkan aku rasa nak muntah sebab aku tak pernah dengar slang sebegitu, bercinta dengan orang negrito barangkali.
5) ada ibubapa yg lebih tua dari ayah aku disuruh anak naik tren sedangkan situa itu aku tengok cukup uzur. si anak hanya akan menunggu di hentian berhampiran rumah. sedihnya aku bila berborak dengan pasangan tua ini. rindukan cucu memaksa mereka bersusah begini.

argh... banyak lagi sebenarnya. aku tiada kudrat utk menulisnya. dan aku sebak dengan tingkah manusia yg semakin hilang sifat kemanusiannya. aku juga begitu barangkali... entahlah!

17 comments:

ibu amoi & raid said...

kalau naik tren memang macam tu...ada yg tido(buat2 tido x nak bg org duduk)..ada yg borak macam borak ngan sume org(sora kuat nak mampus)..tapi memang org skang suka dengar lagu kuat2 la...mungkin x sampai 10 taun lg tinga da pekak..x sayang kat nikmat Allah ni...

satu lagi jaman coti skolah ni, time org balik kije sibuk la nak balik sama...emm alahai sesak lagi le nampaknya...

izman said...

nur alisya,
yup, ramai falimy bawa anak jalan2 KL cuti sekolah.

tapi amat sedih ramai anak2 muda buat2 tak nampak bila tengok org tua, mengandung dan beranak kecil berdiri.

ima shhs said...

itu sbb aku memilih utk tidak bekerja di sanun... walaupun disinin mngejar perkembangan disanun agak pantas...huhuhu...

izman said...

ima shhs,
betul la... aku lebih sesuai kat port klang rasanya. tak de jammed, tak ramai perempuan seksi2. tapi aku akan selalu jalan seorang diri ke KL, nikmati pemandangan alam. ha.3x.

- j o h a r i - said...

bro..
satu je la..mgkn aku silap juga..
cuma phase..

"Allah susahkan lagi hidup aku dengan melambatkan urusan perjalanan balik aku."

x bape kena la bg aku bro..Allah x pernah susahkan hidup sesape pon..salah sape?

cik selamah kundang said...

sy penah kena sexual harass dlm train.punyala rasa nk menangis.nasib ada mintk tlg ngn budak sblh.dah la yg gatal tuh pkcik dah.samdol tul

izman said...

-johari-
ko betul. Salah aku dan Allah menghukum aku serta merta sebab masih sayangkan aku.

cuma aku yg tidak cukup tabah menghadapi hukuman atas ketelanjuran aku.

trima kasih atas teguran. macam ni aku suka. ingat mengingatkan.

izman said...

mo0ney,
aku dapat perhatikan kes mcm ko tu pun ada, jenis saje himpit2 pompuan muda sedangkan ruang lain lebih luas. lain kali ko tampar je jantan mcm tu dan jerit kuat. aku yakin dia akan kena belasah.

Jard The Great said...

tak suka naik tren.. enuf said

Abang Long said...

Ada juga ya gadis cantik yang bercinta dengan Negrito ? Sudah lama tidak mendengar kaum Negrito

izman said...

jard the great,
ko patut cuba naik tren selalu, may cepat lagi jodoh ko. ha.3x... (over ke lawak aku?)

izman said...

abanglong,
entahlah, saya yakin pompuan tu cakap inggeris, tapi dialek dia saya tak faham.

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Bro,

Nice and interesting blog..
How are you lately??
Lama x dgr cerita dari U..
Planning to go KL next fri...
Ada interview kat Wangsa Maju..
Still thinking whether to go o not.
Rasa mmg ada peluang for me to move on..:)

Apa-2 I will update U..
Take care..

Kapten Luffy said...

wah

dah sebulan lebih aku x guna tren

MOLY said...

saya dah lama giler tak naik train, mmg lebih prefer drive sendiri. tapi kalau saya duduk kat klang drive ke kl, balik tu mmg hazab la kan. dengan jammed dan macam-macam lagi ...

semua tu dugaan dan ujian buat kita ye bang. cuci2 mata, bila naik train tersilap cuci pulak. tu yg sesat barat sampai ke chokit.

Nek Cun said...

Izman,
Sebenarnya naik tren ni memang seronok tengok gelagat orang yang macam-macam ragam. Nekcun selalu gak naik tren LRT dari office ke KL Sentral kalau dah jemu makan kat cafetaria... tukar selera makan kat KL Sentral... tapi selalu makan belu kenyang tapi mata dah kenyang tengok gelagat macam-macam ragam manusia!...

Anonymous said...

ragam manusia macam2 ada..