Thursday, June 11, 2009

Kacang Sempalit (Raub, Pahang)

aku baru je balik dari menjamu selera di pak mat cafe, ala yg aku ada promote chicken chop murah tu. tah la kenapa, dalam seminggu ni, asyik lapar je. tengahari tadi dah pekena ikan bakar kat taman kem. petang dah makan bubur jadung dengan sagu. lantaklah, asal bahagia!

banyak tajuk, tapi sebab aku asyik2 teringat makanan, aku nak cerita pasal kilang kacang sempalit dulu. kalau selalu2 sangat cerita peribadi aku ramai bosan pulak. dah la cerita panjang, wife akupun selalu tengur, asal entry aku mesti taraf cerpen punya.

dalam entry lepas, eh.3x seronoknya si nur aka admansyah dan si kapten monkey d luffy kenen2kan aku dengan rancangan makan2. tak sayang mulut! mentang2lah aku agak sihat dan kuat makan, nak samakan aku dengan kemontelah pengacara makan2 tu yer. apa2pun, aku memang suka tengok jalan2 cari makan, dan aku suka jugak layan rancangan ho chak! cuma rancangan cina tu banyak cerita pasal makan ba alif ba ya. kalau dah tak de menda nak tengok kat tivi aku suka gak layan marta steward dan rancangan asian food channel.

ah.. lupakan semua tu. sekarang kita kembali ke cerita kacang sempalit. aku selalu singgah kat sini apabila balik kampung. actually ada dua syarikat kacang terkenal di sempalit, raub. kacang2 mereka aku rasa tak sempat masuk area KL sebab pasaran local pun tak cukup. kalau dekat raye cine, bersusun bas2 rombongan tah dari tongsan datang kot.

takleh cerita panjang2 sangat hari bapa ni, kena simpan energy. kuang.3x. korang layanlah gambar2 ni.







ni pulak 3 pilihan kacang terlaris disini. ada lemak manis, ada lemak masin dan ada dipanggang biasa. ulas-ulas kacang dia besar aku cakap ko. besar lagi dari kacang shandong. kalau dengan cap tangan, heh! tak terlawanlah dengan kacang sempalit ni.







jangan korang espek kilang ni besor bagak, ala tempat kecik je. selain kacang ada la jual buah2 dan lain2 jajan. business keluarga. biasalah orang cina, bisnes depan rumah kecik2, nampak cikai, tapi kaya raya. orang melayu kita, kalau nak bisness mesti nak yg hebat2, buat loan 2-3 juta, perabot mesti hebat, sexsateri mesti muda, seksi dan bergetah sebab senang nak scandal, buat 2-3 bulan pastu bangkerap.

ala kacang2 yg dijualpun murah2 je. rm2.70 sepaket. beli banyak bulehlah mintak diskaun. yg jual tu harta keluarga depa, kena gaya memang murah la belinya.

kaum pompuan aku yakin kurang makan kacang, ala takut jerawat tumbuh. betulke makan kacang tumbuh jerawat. kalau picit jerawat keluar kacang! kuang.3x.....

makan kacang sempalit tu janganlah buruk melantak sangat, kang kena sembelit pulak. ha.3x...

10 comments:

MOLY said...

ini kalau laki saya tengok ni, konpem dia borong banyak, sebab dia hantu kacang

heheheh
:D

haruan tasek said...

macam best je kacang harimau tu... kalau makan boleh jadi harimau ke

Anonymous said...

kacang dan jrawat

aza ni said...

nanti aku carik kat google earth.

ALAF21FC said...

Bila nak buat novel - Rindu Kacang Sempalit.

julietchun said...

aku ingat tak buleh beli terus dari kilang, penah le lalu 2-3 kali.Lagipun kawasan kg cina tak berani nak berenti.

muadzlife said...

wah2...kene pegi nih..nampak pun besau dan sedap...

Nek Cun said...

Wah Izman, sedapnya kacang tu... nekcun memang suka makan kacang goreng. Nasib baik muka tak ada jerawat, tu yang gila-gila makan kacang!...Dekat rumah nekcun memang sentiasa ada stock kacang shandong... buat melayan ketika tengok TV. Kat mana boleh dapat kacang tu? Boleh kirim kat Izman tak?... hehehe...

Mak Su said...

hihihi, mmg favorite tu

Kapten Luffy said...

spesial ni

bila ler aku nak jalan2 tempat2 spesial mcm ni