semalam (14/06/09) dah takde kerja masa tengahari tu, isteri tersayang merengek nak pekena cendul kat taman perwira. jauh tu, kena keluar daerah semata2 nak merasa cendul. since akupun dah lama tak pekena cendul pulut, aku gagahkan steereng ke daerah kuala langat. dari daerah klang, aku melepasi daerah kuala langat ke tempat yg dituju yg terletak kira2 10 KM dari rumah aku. he...3x. nama je luar daerah, tapi dekat je sebab aku duduk bersempadan dengan daerah kuala langat tu.
gerai MDKL (majlis daerah kuala langat) itulah tujuan kami, dekat area sijangkang je. seribu kali sayang, cendul tutup. tuan kedai ke johor urusan kahwin saudara. dah tak de rejeki nak buat camner. tiba2 aku ternampak gerai jual kuih cakui dan pau goreng. aku memang pantang tengok kuih cakui ni. since tak pernah cuba, apsal kalau datang aku tak perasan kakak jual kuih ni, tapi dia perasan aku. aku beli untuk rasa je, 3 kuih pau goreng dan 2 cakui. then, baliklah... sambil2 drive aku makan cakui dengan cicah kaya buatan kakak cakui tu. Ummp! not bad! manisnya agak terlebih sikit, dan lemaknya boleh tahan. aku cuba pulak sambal ikan bilis dia.
pergh! sedap giler. tak pedas sangat, warna merah dia menawan, ikan bilis digoreng tak rangup, dan telah dipotong halus2 untuk lebih mesra dengan sambal. kuih cakui yg tawar, tapi lembut itu sangat sedondong dengan sambal ikan bilis. sebab aku berebut kuih cakui dengan luqman yg leka makan cicah kaya, aku cepat2 patah balik padahal sikit lagi nak sampai rumah. aku beli lagi 3 pau goreng, dan 3 cakui. cukuplah! sekejab lagi nak makan nasi pulak! tergelak kakak cakui bila aku cakap kuih cakui dia sedap, dia bagi special price lagi. ala pompuan! puji lebih sikit, dah lemah semangat. kalau aku jek puji lagi lebih, dengan gerai cakui tu beri kat aku. ha.ha.ha..... haram jadah punya lawak aku ni!
lepas makan tengahari, solat dan rehat. petang tu kami ke daerah shah alam pulak. tujuan aku ke rumah si nadya aka razman. tujuan kali ni nak tendang bontot dia. aku dah cakap jangan kutuk aku failed jalan2 KL dalam blog, dia kutuk aku jugak. woi... ko lahir kat KL bolehlah cakap, kalau berani jom lawan jalan2 kat klang atau kat jerantut!. sampai rumah dia hari dah petang. macam2 wife dia masak untuk minum petang. makan kuih popia goreng, pastu makan keropok lagi. baru balik bercuti ke kelate la katakan. kembung perut aku makan, dan minum bergelas2 air oren. lepas gi rumah dia, aku pergi jumpa adik lelaki aku pulak nak bincang nak balik kahwin adik pompuan aku 20/6/09 nanti. sebab wife dia ada sepanjang masa tak dapatlah aku tendang bontot razman ni. takpe, kita tendang next time.
petang barulah kami balik semula ke klang. begitulah ceritanya dalam sehari aku menjelah 3 daerah iaitu klang, kuala langat dan shah alam.
hari ni (05/06/09) seperti lazim setiap bulan management meeting. kali ni cipta record lagi. dari jam 930 pagi kami start meeting sampai 530 petang. break cuma jam 130 petang untuk makan tengahari berjemaah dan kemudian solat. pkl 200 petang sambung balik sampai abis. nasib baiklah sebulan sekali, kalau hari2 pecah kepala otak aku. tapi ia bukanlah meeting sia2 kerana kami meeting untuk kebaikan syarikat dan pekerja2. kalau syarikat stabil, pekerja jugak yg untuk still ada kerja dan ada overtime.
ikut hati tak kuasa aku nak buka laptop ni, tapi sebab malas anak2 merengek nak tengok upin dan ipin aku pasang la. kacau ummi dia tengok tivi. hari ni turn aku jam 10pm, cerita 'house' di asterol axn. anak2 aku dah layan upin & ipn berapa ratus kalipun aku dah lupa, hari2... tak muak ke diorang layan budak botak dua orang tu. tapi bila aku offer beli baju upin dan ipin taknak pulak. asyik2 yg ada ben 10. sekarang berebut nak baju transformers pulak. anak2ku, belilah barangan buatan malaysia. ia berkualiti, dan murah! err.... aku baru beli sehelai baju transformers kat petronas untuk aku sendiri. nak pakai masa tengok filem transformers dengan anak aku nanti.
17 comments:
banyak sangat makan nie..... satu hari berapa kali makan
dasat neh.. siap patah balik beli kuih cakui.. mesti sedap sampai menjilat kaki neh.. haha
izman:seronok juga sekali sekala jalan jalan cari makan ni,tapi dahatla, maria tunku sabripun akurasa tabik.3 dalam 1 hari.
patung transformer jgn lupa beli
Baju transformernya nipis lahhh...
tapi aku dah de topinya:)
nex month tunggu robotnya..
btw..KFC dah kluarkan dlm chickymeal. tapi yg ala2 made china ler...:P
hmmm...gi Tmn Perwira??? dah dekat le tu dgn umah aku:)
bagus sungguh larrrr ...
sebab sanggup tu meredah sempadan semata mata untuk memenuhi kehendak isteri
bahaya wehh main tendang bontot,hehehe.
Bro,
Wow...U r the great man...
Can travel 3 place at the same day.
Kalo bagi I,dah confirm flat 100%..
BUT it also have advantage on that.
Can enjoy yummy food at the same time...:)
Oh ya..Jgn lupa jemput ye masa adik kahwin nanti,k
haruan tasek,
sehari 7 kali makan la... err.. 3 kali
eiman @ nurizan,
sedap. hingga jilat siku... ha.3x..
azani,
jalan2 tiga daerah sebelah2 je bang. maria tu serata alam dia redah pegi makan. ada sponsor boleh la...
monkey d luffy,
anak aku dah booked dah. cuma belum dijual.
ila,
dah murah ila oi.....
bukan nak pakai pegi perang, asal suka hati pakai dah la..
pB,
untuk isteri tersayang, apa2 pun sanggup. (tak pergi muncung la weii!)
wow
Ada hati nak tendeng vontot aku konon... Tengkuk tu dah berlipat2 aku tengok .... apa ... kaki tu boleh bikin angkat ke ?
julietchun,
tendang takpe, main tu takleh. ha.3x...
Post a Comment