Tuesday, June 2, 2009

Gambir Sarawak

aku update cepat sikit sebab esok (03/06/09) aku akan ada training di KL. ada training berkaitan kerja2 department aku la... dan cam biasa aku kalau gi KL melibatkan balik selepas jam 4pm, aku prefer naik train. dari port klang naik komuter, dan within Kl nain lrt atau cab je. expenses bare by company, nak heran ape!

untuk tak hampakan kawan2 yg selalu datang bertandang aku perah gak otak buat entry ni. tajuk sabah dah, kali ni tajuk sarawak pulak. mula tu aku nak cerita pasal gambir sarawak, cam tak sesuai lak sebab ramai readers aku (ramai ke baca entry aku ni??) masih bawah umur dan pangkat ibu2. macam hebat je anak 2, padahal orang lain anak dua belas dan still on pun tak kecoh pun. nak cerita pasal ikan terubuk sarawak, air liur aku dah kecur. payah nak jumpa kat area port klang. err... siapa tau kat mana area klang/shah alam/KL ada jual ikan terubuk masin sarawak tu harap dapat tinggalkan note kat ruang komen. ada orang mengandung mengidam la... dah jenuh aku cari, siap pesan2 kawan, tapi tak dijumpai. sian nanti ada baby keluar meleleh air liur. nasib baik company aku belum declare bonus, kalau dah keluar berdesup ada yg beli kat sarawak terus, air asia murahkan? oh ya, arsaili bila nak balik sarawak? pastu datang KL, buleh kirim ikan terubuk. yg bagi 2 ekor dulu memang bestlah! (ayat bodek).

since dua2 icon sarawak tu tak jadi, aku terfikir ape ye... kak anita sarawak? tak leh la, itu otai. idola aku tu. dah pangkat nenek2 tapi staminanya..... ya ampun. hebat! bravo kak nita. crita kek lapis sarawak? pun tak leh sebab sekali lagi air liur aku meleleh. aku memang suka kek lapis sarawak ni, masa dulu2 pakcik2 aku tinggal kat sarawak selalu jugak dia kirimkan atau bawa balik kek lapis sarawak bila cuti. tapi dia dah balik semenanjung dah, bila dia balik terus ke semenanjung tu aku gi rumah dia, bukan takat kek lapis sarawak, ikan terubuk sarawak, gambir sarawak dia bawak balik, siap ada bawak balik orang sarawak lagi. akupun tak pasti bila pakcik aku tu nikah sana, tau2 dah ada anak dua dah. ish..3x. hebat betul penangan gambir sarawak ni.

oklah, aku crita pasal orang sarawaklah! aku dulu pernah cerita pasal keminatan aku pada gadis sarawak sekuliah dengan aku dulu. ala... korang bacalah entry dulu2 kalau nak tau. itu cinta pertama aku masa dalam kelas pengurusan sumber manusia selepas awek biru mata hitamku dan budak kolej mas tu. (woi mangkuk, itu yg ketiga nama dia. matematik failed la lu). razman, alyn, keghorl limbung.... korang diam!

banyak sebenarnya gadis2 sarawak yang comel2 kat sintok dulu. masa aku kecik2 dulu aku selalu dimomokkan dengan kenyataan bahawa orang sarawak ni orang nomad, bukan macam orang semenanjung, mereka pindah randah, pakai cawat, telinga panjang dan ada jenis makan orang. masa kenal2 dengan geng2 sarawak aku takut2 jugak, mana tau diorang tangkap aku dan dirogol beramai2 (tak senonoh punya imiginasi). maklumlah masa tu aku masih teruna sunti.

tapi disebabkan dalam kelas aku ramai gak orang sarawak, dan salah sorang kawan baik aku iaitu hardy rose a.k.a dayak pun orang sarawak, persepsi aku pada orang sarawak mula berubah. sesekali tu saje aku menempek dengan geng2 sarawak yg suka berkumpul di foyer perpustakaan. lawa2 siot! maksud aku cantik2. lawa orang serawak kata sombong. dan mulakan aku mula meminati 'miss a'. aku suka senyumannya, kulitnya hitam manis manis masih buleh diterima walaupun aku suka si kulit cerah. mukanya yg bulat dan lesung pipitnya memang betul2 buat aku angau. siapa yg biasa ikuti blog aku tentu pernah baca banyak betul entry aku melibatkan 'miss a' nie.

lupakan 'miss a', aku sebenarnya nak cerita pasal 'miss z'. miss z ni bukan makwe aku, tapi kami ada special connection. kami kawan karib, aku kenal dia yg juga junior aku yg tiada kaitan dengan course aku. kenal masa makan kat cafe D9 kolej petronas kot? masa tu dia baru clash dengan balaknya, dan aku membantunya sambil mengaplikasikan ilmu Hr yg aku belajar iaitu teknik kaunseling dan psikologi (psikologi cukup2 makan, ada hati nak praktik).

dari situ kami akrab, dan kami bertambah akrab. dia ada masa aku ada masalah dengan 'kawan2' aku. dan aku selalu ada bila dia tension. tapi kami bukan couple, kami tak pernah declare. lepas aku grads, kami masih keep in touch. lepas dia grads, kami still keep in touch. walaupun aku berkenalan dan berclashed dengan pelbagai pompuan, she still standing besides me. everytimes. kami bukan couple (ayang, abang tulis banyak kali menda ni untuk tunjukkan abang dengan si "z" tu bukan couple).

masa aku diguna2kan seorang perempuan (padan muka aku), dia beri aku support utk berubat dan lupakan perempuan tu. malah dia turut menemankan aku masa aku nak pergi jumpa x awek aku yg bomohkan aku tu di jusco taman maluri. dia lah yg asyik melayan call aku even 2-3 pagi just nak luahkan perasaan sedih atau baru dapat awek baru (opss!). tapi kami cuma serasi berkawan.

ish.3x itu baru mukkaddimah. panjang siot!

suatu hari miss z dapat tawaran temuduga inspektor polisi. baguslah dan aku diletakkan sebagai reference. dia lepas temuduga, dan untuk stage seterusnya reference dipanggil mengadap di IPK shah alam. muncung gak wife aku bila aku cakap aku pegi tolong si dia utk bantu dapat kerja pegawai polisi tu. alhamdulillah, dia berjaya dalam jawatan tu. banyak insiden semasa aku ditemuduga untuk membolehkan kawan aku tu dapat jawatan inspektor, lain kalilah aku cerita.


moral of the story :
1) aku cadangkan gambir sarawak, ikan terubuk sarawak, dan kek lapis sarawak dijadikan ikon rasmi negeri sarawak. famous tu!
2) awek2 sarawak sama je macam mana2 awek semenanjung, mereka juga perlukan belaian dan kasih sayang kita (apa aku melalut ni)
3) sape tau kat mana ada jual ikan terubuk sarawak di area klang valley sila bagitau aku (aku serius)
4) bilalah aku dapat bawa family aku pergi sarawak.
5) orang sabahke, orang sarawakke, orang pahangke, orang kelateke, orang teganuke, kitekan orang malaysia. 1Malaysia (support PM).

24 comments:

haruan tasek said...

BAGUS SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA HARUSLAH TOLONG MENOLONG TAK KIRA AGAMA DAN BANGSa cayok-cayok.

ni satu lagi formula

Gadis Sarawak + Bantu Kawan = wife muncung

oh tidak elakan perkara ini

Shitsurei Shimashita said...

cayok! cayok! kamek nak tengok live gambir sarawak nanti.
Alhamdulillah dapat kesana tuk 2 minggu. da nak kirim apa2 tak?

HAri Gawai 1 Malaysia Segulai Sejalai

Kapten Luffy said...

hahahaha

haruan tasek mesti pakar matematik

Anonymous said...

kek lapisnye best..

zafi said...

kek lapis sangat2 manis.. i cant bear with it!
gambir sarawak? ha ni menarik... hehehehe :P

cendawanintim said...

pas sabah, sarawak, pehtu apa pulak yer???

aku tunggu citer satu malaysia nih!

Abang Long said...

Cuba bayangkan ... ada seorang tu ... mencampurkan gambir sarawak dengan tongkat ali ... dan diminum airnya ... beristeri 3 pulak tu !!!

nurizan said...

gambir sarawak bukan utk diminum lorr.. haha

IZMAN: kalau dah mengidam ikan terubuk sarawak tu cuba datang pasar tani hari ahad kat stadium shah alam, biasa aku pegi ada gerai tulis IKAN TERUBUK SARAWAK.. betul ke tidak tu tak tau ler.. cuba ler tengok.. sian bini mengidam tuh..

ima shhs said...

loh... siannyer isteri mengidam terubuk sarawak... kalo ku mampu membantu, namun apakan daya, aku bkn dr srwk... smoga berjaya mndptkannya nnt ekk...

julietchun said...

wife ko ngidam nak beli ikan terubuk kat pasar satok,kekekeke. apalagi, cuti2 mesia la,wehhh.

muadzlife said...

hehehhe..

ko ayat wife ko kannn...hehheee

izman said...

haruan tasek,
betul. jgn memilih bangsa dlm membantu.

mak aii... byk betul formula ko ni.

izman said...

Shitsurei shimashita,
since ada di pasar pagi shah alam, aku tgk sana dululah.

dah gi sana jgn tgk gambir, tgklah orangnya. org malanau sana pergh! comel siot

izman said...

monkey d luffy,
aku rasa cam tu la. dah dua formula dia reka utk entry aku.

izman said...

asis,
setuju, memang tersangat la bestnya kek lapis sarawak. semanis gadis2 sarawak

izman said...

rantong,
trima kasih. nanti saya ziarahi anda.

izman said...

zafi,
kek lapis dia manis sgt ke? tak perasan pulak, ha.3x... yg perasan org sana manis2.

izman said...

cendawanintim,
ko ni kutuk aku ke hape. tapi aku terima cabaran ko tu. dalm bulan ni aku akan abiskan tajuk ada nama negeri2 di malaysia.

izman said...

abanglong,
bolehke campur2 benda alah tu? kang ada gi spital.

izman said...

eiman@nurizan,
nanti aku gi sana. sambil2 cari keropok lekor.

izman said...

ima shhs,
doa ko pun aku dah bersyukur.

izman said...

julietchun,
sedapnya ko cakap, macam pasar satok tu belakang rumah aku je. jauh tu wei.... masinlah mulut ko, dapat aku gi sana ngan family.

izman said...

muadzlife,
jangan la cakap camtu.... wife aku memang anti sikit aku ngan budak sarawak ni, dengan budak banting, dengan budak kedah, dengan..... (he.3x)

Pengamal Ubat Tradisional said...

hai..gembira sebab korg happy n hidup 1 malaysia!! kat sini aku ade jual produk sarawak yang korng teringin sgt nk tau faedah n kgunaannya. Gambir Sarawak!! www.gambirtrader.blogspot.com
term Cash on Delivery.