Friday, June 12, 2009

E'la Kek Cawan (Port Klang, Selangor)

Hari ini tibe2 je kawan aku si ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com) call cakap dia nak bagi cup cake (kek cawan) pada aku. sebab nak elakkan permusuhan kaum (dia banjar aku melayu)dan menjunjung prinsip 'rejeki jangan ditolak ke longkang' aku ke opis dia untuk mengambil kek cawan tu. ko ni tak ikhlas la ila, nak bagi, patut2 hantar la ke opis aku, bukan jauh mana pun.

aku mulanya tak excited sangat sebab dia kata nak bagi rasa 2 biji cup cake tu, dua biji dan aku ada dua anak, nampak gayanya aku dan wife makan pembalut kertas cup cake je lah (gile ko makan kertas!).

kenapa dia diberi nama cup cake (kek cawan)? dah ambik dari si ila tu aku tak nampakpun mana cawannya. kek ada, tapi dalam bekas kertas, bukannya cawan. si ila tipu aku kot? he.3x.... jangan marah ila. itu baru mukaddimah je.

jumpa je si ila, aku nampak dia bagi sekotak cupcake. banyak biji jugak la, dia siap pesan kalau ada balance bagi2 la kat kawan2 opis rasa. bagi tak sampai 10 biji, nak bagi aku sekeluarga, pastu kena bagi2 kat opis lagi. wei...! kat opis aku, pegawai2 je dah lebih 40 orang. tu belum masuk kerani dan opis staff. since amanah orang, aku bagi2 la sebiji sorang kat bebudak opis yg rapat dengan aku. semua bising pasal tak cukup. masa tu la aku cucuk jarum suruh diorang order lagi dengan si ila (e'la??).



ni hah pilihan2 yg terdapat dalam kotak yg diberikan pada aku tadi, lain2 design/theme korang tanya e'la sama ada dia reti buat ke tak:-









sambil hulur2 kek cawan tu aku hulurlah sekali kad iklan si ila tu. la aku tak simpan untuk aku sekeping sebab aku bagi2 pada kawan2. untuk aku dah keluarga, aku cuma ambik 4 biji, cukuplah satu sorang. baby dalam perut wife aku terpaksalah kongsi dulu dengan ummi dia. nanti besar nanti mintak balik ngan mbah ila.

sukaria betul anak2 aku dapat cup cake tu. maklumlah tak pernah dapat. secara ikhlaspun aku ini kali pertama aku makan cup cake bericing ni. cup cake beli sepaket kat kedai runcit tu biasalah. tengoklah gelagat anak aku dapat kek cawan tu. si luqman makan cup cake macam makan biskut oreo. jilat icing dia sampai abis baru makan. pika lak muncung bila suruh bergaya dengan cup cake. iyelah... dia tgh syiok makan, aku suruh dia berdiri sampai tunjuk cup cake, berhenti makan.





ok, ini sedikit ulasan rasa aku. sebab aku cuma makan satu, dan cinonet je sebab si ila bagi yg saiz 'm' (lain kali untuk aku ko buat saiz xxxl, baru cukup). icing dia memang rasa icing (gile ke hape icing rasa tanah liat??), decor dia menarik terutama untuk kanak2. lagipun aku memang tengok hijau je dah rasa menarik, akukan suka hijau. icing dia nampak cair sebab si ila tu simpan kat opis dia dari pagi dan kemudian terperap dalam kereta aku. menurut si ila awal2 pagi tadi baru dia decor, so rushing sikit la, ye.... aku faham. malam tadi sibukkan! (aku tak kata ape2 yer?).

kalau tak silap aku harga sebiji cup cake saiz m tu ialah rm0.60 sebiji. minimum order ialah 16 biji. kalau nak order sebijik boleh, tapi korang bayarlah sepuluh hengget. aku cuma sempat rasa kek perisa orange tadi. masa aku call dia tanya dia beli kek cawan tu kat mana, melenting jugak si minah banjar ni. nampak mulut kecik, tapi tahap laser disk jugak. aku tanya sebab aku rasa kesedapan dan kelembutan kek setanding yg aku beli kat kedai. orang bagi pujianpun marah! untuk perisa coklat moist tu aku rasa sikit je, tu pun aku ambik anak aku punya sikit. coklat dia pekat, tapi tak pahit. agak kenyal dan sedap. sebab aku cuma makan sebiji, tak dapek lah puji lebih2 ye.

oh ya... sesiapa yg berminat nak order kek cawan e'la ni, korang bolehlah call dia terus di talian 019-3650215. tempahan aku yakin untuk orang sekitar klang/port klang dan sijangkang je. kalau nak spesifik harga, kawasan penghantaran, corak2 yg dia reti buat, diskaun, bayaran.... dan sebagainya, contact tokey dia. jangan gatal2 nak call aku. cuma nak diskaun sikit tu, korang cakaplah korang kawan aku atau baca entry kat blog aku. (ini rahsia!. jangan sampai e'la tau. dia cakap sesiapa sebut nama aku masa order, dia akan bagi diskaun atau bagi lebih sikit kek cawan tu).

ila (e'la) ni bilang "kalao mau tempah kek dalam kuantiti yang lumayan besar, harap tempah 3 sore' (hari) lebih duluan (awal). biasalah! aku ada laki dan anak2 mau diberesin. kek cawan ini sesuai chu'ga untuk majelis hari ulangtahun, hari bapa (hari khamis malam jumaat ke??), hari innual dinner, mejelis pernikahan, majelis pertunangan, dan dimakan hari-hari. kalau majelis perceraian atau majelis perpisahan juga sesuai sebab boleh baling2 kek cawan ini kearah bekas suami/isteri atau pacar tanpa mencederakannya. majelis perpisahan itu akan lebih diingati kerana tiada kematian terjadi, dan menimbulkan suasana manis apabila kek cawan yg dibaling memasuki mulut".

oh ya! kek2 besarpun dia ada buat jugak. dia kata yg famous dia reti buat ialah kek lobak merah (carrot cake)dan sesuai untuk hari bapa. kek2 lain tu kena tanya dialah dah reti buat ke belum. sekali lahi aku ulang, sila tempah kek cawan itu dari E'LA di talian 019-3650215.

nota kaki :
ila, begini baek punya promosi, tak de kek lobak merah free untuk aku ke? aku nak makan sempena hari bapa minggu depan.

14 comments:

ILA said...

Aduiiii JEMAN!!!!
Aduhhhh..kok Banjar??? aku JAWA lerr...:)
eshhhh...kuwe giyeee..arek mangan penyepak tenan!!(sila rujuk kamus jawa)

Terima kasih banyak2..buat komen kat sini.cantik gambar yg ko ambik.siap ambik sepasang2 gitu.
Siap satu entry kau merapu meraban.Sangat terharu!!
Tapi belum cukup...aku nak ko wat kan marketing kat TKH tu..
1 customer baru bley dpt 2 slice carrot cake:p
Sebenarnya harga boleh di runding.Bergantung pd Deco yg di kehendaki.Actually aku blum cukup PRO dlm bidang ni.Apa yg aku buat hanyalah utk test market dan bermula dari harga yg rendah compare dgn harga di pasaran.Dlm waktu yg sama aku kena terus mendalami ilmu2 'baking' ini.
Yg pnting customer berpuas hati dgn citarasa kek yg aku ketengahkan.Ko dah rasa kek cawan tu kan?? so bila lagi nak jadi customer aku???
jgn lupa ..utk ko, aku bagi discount;)
(sambil kenyit mata)..hehe:p

ima shhs said...

sonoknyer...duk dekat dgn ila leh rasa kek dia wat...hish...dengki nih...huhuhu...:p

Kapten Luffy said...

perghh

mata anak perempuan ko... terlalu asyik tu

haruan tasek said...

ini promosi kek nie...hu..hu nampak memang sedap kan..hu..hu

Anonymous said...

wah..canteknye

tahniah dpt bju MU free

arsaili said...

salam..bro bila nak belanja cup kek ni? tak pernah la rasa ahaha....

sonata anak kancil said...

belum mahir buat kek ini...dok beli aje le....kek besar gedabak letak terus dalam loyang bakar - hah tu boleh lah....kalau order - huh cair semua icing - apa ke rupa nanti nak sampai Melaka....

izman said...

ila,
kok jowo, kata banchar! lho, mau kasi aku makan penyepak? mangan kupkek (cup cake) laghi bagus.

dah ada org tempah, tapi aku suruh hold, malas bagi ko eksyen.

izman said...

ima shhs,
bertuah ko kata, kedekut pahit minah tu. ha.3x...

ala ko pindah sebelah rumah dia lagi best. hari2 makan cake.

izman said...

monkey d luffy,
anak pompuan mmg cam gitu, manja dan kadang2 mengada2 sikit. pantang ditegur sikit merajuk

izman said...

haruan tasek,
nampak sedap, dan memang sedap!

izman said...

asis,
cantek dan sedap, tuan buat kek je agak comot. he.3x...

memang baju MU? Yahooooooo!

izman said...

arsaili,
boleh. balik malaysia dulu la...

izman said...

sonata anak kancil,
kat melaka kena tunggu si e'la tu bukak cawangan sana lah.