Saturday, June 6, 2009

Di'Reject' Keluarga Bakal Isteri

aku gelak gak banyak komen2 dalam entry2 aku yg lepas2 macam aku ni romeo sangat. ha.3x... romeo ke hape, kawin pun family rekomenkan (ayat cover la ni wei).

aku lebih selesa menggelarkan perhubungan berlainan jenis dulu2 tu sebagai perkenalan dalam mencari keserasian antara satu sama lain. ada aku ngorat orang, ada orang ngorat aku, dan ada perkenalan yg diaturkan. yang tak sengaja tercinta tu korang tak payah cakap la...

dalam perhubungan itu yg aku lebih selesa dari jaman universiti dan kerja, banyak faktor terlibat. cantik suatu hal, dan ianya subjektif. paling penting dapatkan rasa 'rasi' itu wujud. Alhamdulillah, aku ni walaupun bukan tahap ensem, tapi manis tetap ada (hitam manis). aset utama aku may be ialah pandai berkata2, manis mulut mereka kata. wanita2 yg memaksa aku berjumpa ibubapa mereka biasanya aku akan akur (kalau dah terpaksa) dan biasanya ahli keluarga akan suka dengan kehadiran aku yang huble dan peramah ini (kuang.3x). tapi, ada juga kes yg tanpa segan mereject aku. aku ceritakan dengan harapan tanggapan aku romeo dapat dihakis sama sekali dan menonjolkan watak aku ini sebagai manusia yg sering dikecewakan perempuan (razman: kalau ko tinggalkan komen, aku tendang ko!).

banyak jugak kes aku diperkotakkatikan oleh perempuan, dan aku tak kisah kerana aku sedar akupun tak sebaik mana. mereka juga mengharapkan lelaki yg sempurna. aku pernah ditolak semata2 aku kerja kilang. aku cerita yg paling aku takleh lupa dan membuat aku betul2 terhina.

kisah ni tentulah berlaku masa aku bujang. kalau dah kawin, mampos aku kena 'bobbit' dengan wife aku nanti. masa tu aku baru je kerja kilang di shah alam selepas grads. selepas grads, dan menunggu kerja, aku kerja sambilan dikampung menjual goreng pisang dan menjadi peraih buah2an. suatu hari, tiba2 aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang perempuan yg kami dah terputus hubungan sejak aku tamat form 5 (dia junior). dia dapat nombor telefon dari sepupu aku. ok lah, no heart feeling.

then, kami bertukar2 nombor henpon dan email. since aku masa tu dah ada steady makwe di kedah, kami kawan2 biasa je lah. aku jugak ada inform aku dah ada steady girlfriend. dia pun ada pakwe jugak masa tu. kami berhubung dengan email dan henpon (dia yg selalu call sebab aku pokai). bila aku dapat interview di shah alam, kami berjumpa buat kali pertama di central market. ikhlas, aku dah lupa wajahnya, dan rupanya dia sengaja berdiri tak jauh dari aku sambil gelakkan aku. nak kata lupa wajahnya langsung, nampak sangat debong (bohong). tapi penampilannya yg terbaru betul2 buat aku tak kenal dia. dulu sekolah pakai tudung, ahli jawatankuasa persatuan puteri Islam lagi. kini, tudang dah kemana. pakaian dah ketat, dan make up boleh tahan! since aku tumpang rumah si razman, dan plan makan2, kami berempat ke midvalley tengok wayang. cerita pierce brosnan dgn renee russo (tajuk korang cari sendiri la...).

sebagai manusia yg sukar hidup tanpa belaian kasih sayang seorang wanita (yg jauh di utara), kami semakin akrab. apatah lagi kami sedaerah. bila balik kampung, kami akan selalu bertemu. bila aku dapat kerja di shah alam, kami lagi kerap bertemu. dialah yg ajar aku cara naik bas, naik komuter, naik lrt dan berjalan kaki short cut di KL (cik man hargai pengalaman yg cik jah ajari itu). lama-kelamanan bibit2 sayang mula tumbuh, apatah lagi dia tempat aku melepas rindu pada awek yg jauh (buleh ke camni?).

hubungan kami lagi erat kerana dia sentiasa berusaha menceriakan hari2 aku. apatah lagi dia sanggup memakai kembali tudung yg dah bertahun ditinggalkan. aku tak suruh, cuma aku ingat dia pernah tanya aku tentang gadis yg ingin aku peristerikan. aku tak cerewet mane pun, calon isteri aku tu mestilah tak sejenis denganku (aku bukan manusia jenis main bontot), pandai memasak, pandai buat agar-agar (beledho) dan mesti bertudung. syarat tambahan pula ialah kulit cerah, dan langsing. syarat seterusnya ialah ....... (woi! cukuplah tu. cakap tak cerewet!).

aku cukup terharu bila date buka puasa kami di restoran taza klang adalah hari pertama dia pakai tudung kembali. dengan pengorbanannya yg sangat besar pada aku, aku mula berfikir secara serius siapakan calon isteriku. disini kulit sawo matang, disana kulit putih. disana pelajaran tinggi, disini takat kerani. argh! buntu aku. akhirnya aku terpaksa membuat keputusan, aku tekad dan aku berdoa agar mereka menerima keputusan aku dengan redho. aku memilih untuk....

... pilih keduanya. aku muda lagi la. buat apa peningkan kepala. dua2 aku bahagi2 kasih. yang jauh tak terabai, dikeluangan waktu, aku pergi kedah luangkan masa bersama si dia.

mak aik! jauh benor lari tajuk ni. kita kembali ke jalan yg benar ye......

dah lama bersama yg di KL; kakak dan si abang iparnya mula nak berkenalan. kebetulan family kakaknya masa tu tinggal di klang, mereka ajak jumpa di area pasaraya maideen, klang (plaza mpk). masa tu aku masih tak punya kereta sendiri. masa si kakak dan si abg ipar sampai, aku mula menunjukkan muka yg paling manis dan bermanis mulut. si abangipar menurunkan kakaknya didepan dan memarkir kereta. aku saje berbual2 dengan si kakak. sambil main2 dengan bakal anak saudara. kemudian datanglah si abang ipar yg sihat macam badak sumbu air tu (kenapa aku kutuk? korang bacalah sampai abis). dia mengendung salah sorang anaknya. sambil aku nak hulurkan salam perkenalan, dia bertanya :

bakal abang ipar : ko kerja mana?
bakal adik ipar : kat shah alam, bang.
bakal abang ipar : kerja ape?
bakal adik ipar : kerja kilang.

huluran salam aku tak disambut, malah dia tersengih macam kerang busuk. tiba2 dia bersuara.."cik jah, dah! mari balik! kalau takat kerja kilang, bersepah abang boleh cari. buang masa je".

aku tengok si kakak dan yg tersayang terkezut dan tidak berani membantah. mereka terus ke kereta, tak sampai 2 minit dan judgement mereka pada aku 'HANCUS'.

hinakah aku kerja kilang? tak layakkah aku dipadankan dengan adik iparnya yg cuma kerani lepasan SPM. aku kerja kilang tapi aku pegawai tau, aku lulusan universiti. aku dimalukan depan orang ramai di ruang legar plaza mpk, ramai orang tengok gelagat kami. "malu, semalu malunya, apakan daya, orang tak sudi...." (nyanyilah sampai abis kalau suka sgt lagu ni).

si dia cuba memujuk aku dengan menyatakan abg iparnya tak tau aku lulusan universiti, dan kerja pegawai HR di kilang, dan si abang ipar menyalahkan aku tidak cakap kerja pegawai. cuba cakap dengan aku manusia bongkak mana yg akan cakap "saya kerja sebagai pegawai sumber manusia di kilang xyz. saya lulusan universitas dengan gaji bulanan sebanyak seratus dirham" bila ditanya soalan tahap darjah satu anggur "awak kerja apa?".

mood aku memang terbakar kalau dihina begitu. aku dari dulupun tak pernah hina orang kerja kilang even org bangla atau negara india. kalau aku kerja operator kilang, so what! hinakah aku sampai tak boleh berpacaran. aku juga manusia, yg ada nafsu seks seperti dia. cara dia melayan aku tu aku tak boleh aku terima sampai sekarang dan secara ikhlasnya aku tak pernah memaafkan si abang iparnya. ala.... diapun kerja kilang jugak. cuma ada sedikit pangkat setelah lebih 20 tahun kerja dari operator. masa tu pun dia cuma pakai kereta saga buruk je. so, apa yg hebat sangat dia sehingga dihinanya aku.

meskipun hubungan aku dan adik iparnya masih berjalan selepas itu, aku tidak sekalipun bertegur sapa dan bersalaman dengannya walaupun banyak kali kami bertemu dalam majlis keluarganya. kalau dulu dia rasa aku 'najis' sampai tak mau bersalam dengan aku kerana aku kerja kilang, so patutkah aku berbaik dengan orang begitu. yg nyata status aku lebih tinggi dari dia.

argh... apa2pun kami tiada jodoh. dengan yg kedahpun tiada jodoh. dengan kelantan belakang rumah sewa akupun tiada jodoh. dengan orang banting pun tak berjodoh, dengan perlispun tiada rejeki, dengan ........ (sudah! nanti ada malam ni aku tidur sorang2).


nota untuk isteri tersayang :
ayang taukan cerita ni, abang pernah cerita dulukan. bukan abang nak ingat balik memori daun pisang tu, ala abangpun dah lupa rupa mereka2 tu semua. ala budak pahang yg nipun abang dah lupa rupa dia camane? abangpun tak pasti tahi lalat sebelah kiri hidung dia masih ada ke takde. lesung pipit dia yg manis tu pun abang dah lupa. tonggekan punggung dia pun abang dah lupa. samalah yg lain2 tu, abang dah lupa semuanya.


moral of the story :
1) jangan hina orang, may be hari ini kita hebat. mana tau suatu hari nanti, dia lagi hebat.
2) jodoh ditangan Allah. kita mampu merancang, Dia menentukan.
3) kalau korang dapat abang ipar cam gitu, aku sarankan korang bawa gi zoo dan campak dia dalam kandang badak air.
4) jodoh tak mengenal rupa paras, terimalah pasangan kita seadanya.
5) sebelum nikah tu, gambar2 melampau ke hape tu hendaklah dihapuskan. bakar! (pesanan utk sahabatku yg akan menikah esok).

15 comments:

Ms.Lilies said...

giler buruk pangai la mamat tu....lebih baik keje kilang dari xde keje langsung....

pssssttttt...bini ko tau ke cerita ceritu ini?? hohoho

haruan tasek said...

aku seronok baca entri ni terutama perkataan

"apa yg hebat sangat dia sehingga dihinanya aku"

ini dah tahap marah gila ni

Kapten Luffy said...

llalalaala

yg penting sayang bini sekarang

takder bini.... lg ko sunyi

lalala

zafi said...

sweet nyer!
better jujur dlm perhubungan..
sekurang-kurangnya apa yg diceritakan benda yg kita belajar dari past experiences kan!!
nice!!!

Rayz said...

Meh aku nak komen gak...tak kira... takut ape nak kena tendang...ko jalan kat kl pun tak reti-reti..

Mey ..tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan pula ..lu jawab lar sendiri...

Aritu ko msg aku aku tgh bercuti..bwk anak2 berjalan... Hp masa tu kat wife aku. Apa cite ?

Nek Cun said...

Izman, selalunya orang yang suka hina orang lain tu sebenarnya dia pun tak ada apa benda... inilah yang dikatakan 'kadok naik junjung'... baru rasa kaya sikit dah berlagak lebih... sebenarnya orang yang benar-benar kaya tak adalah menyombong camtu... contohnya : Tan Sri Syed Moktar Bokhari, Allahyarham Tan Sri NS Nasimudin dan ramai lagi yang benar-benar kaya tu... tak sombong langsung pun... tak caya, cubalah tanya driver-driver depa tuh!... nekcun pun memang bengang sangat kalau dengan orang yang kuat menyombong nih!...

izman said...

ms lilies,
apa nak buat dah takdir aku kerja kilang.

dah tau. ada 2 nama je dia tak boleh dengar, minah crita ni dia tak kisah.

izman said...

haruan tasek,
memang aku marah gila baban, terasa hina sgt aku masa tu.

izman said...

monkey d luffy,
memamng aku sgt saayangkan wife dan anak2. they completed my life.

izman said...

zafi,
aku bukan nak riak, sebagai cerita ikhtibar dan kenangan pahit.

izman said...

nadya aka razman,
jalan KL mmg aku failed kalau nak cepat dan jammed. tu biasanya aku call ko.

ala ko tau dia siapa, dan aku siapa. senang crita tak de jodoh!

aku call ko hari tu nak ajak pekena tea, aku masa tu ada workshp kat bkt bintang.

izman said...

nekcun,
saya setuju. yg belum kaya atau ada duit sikit2 yg eksen bebenor. tokey sayapun antara taikoon besar di malaysia, selamba je. baik dan humble lagi.

Anonymous said...

jodoh di tngan tuhan..

Jard The Great said...

hehehe.. bnyk nya skandal hang...

Unknown said...

Ok apa krja kilang krja halal