sekejab lagi aku akan bertolak balik kampung di jerantut, pahang kerana adik perempuan aku akan berkahwin pada 20/06/09. 21/6/09 pula kena hantar bertandang ke rumah mertua dia pulak. tapi syukurlah, satu daerah je. senang!
kalau ikut hati mau je aku cuti sampai senin, tapi hari senin kena hantar wife pergi check up pulak. dah 28 minggu (kot??). malam tadi (17/06/09) dah siap2 pegi klinik nor azian kat andalas, klang untuk ambik gambar scan terbaru. Insyallah baby boy sebab doktor pompuan tu kata 'ada yang panjang2 tu'. aku dah ada sepasang anak, lelaki atau pompuaatu tak kisah, semua aku sayang termasuk ummi dia sekali.
cuma on the way balik wife cakap kalau dapat boy, teringin dapat girl lagi sorang. lebih seronok kaala berpasang. nampak gaya kena kilang belum tutuplah! kalau kilang tutup pun, production masih jalan ye adik2. cuma output je tak keluar.
anyhow, doakan terbaik untuk perjalanan hidup kami ke dan balik kampung nanti. kalau ada masa aku tetap akan publish entry dari kampung. ingat jerantut tu hulu banat ke?
kepada sesiapa yg datang melawat tu, tinggal2lah jejak. aku confirm akan singgah punya. pernah ada orang siot mana tinggal jejak tapi bila aku jengah rupanya web lucah. cilampret betul. terpaksa cepatkan hari bapa. he.3x..
28 comments:
selamat balik kampung ya izman and wifenya and anak2nya.
saya bukan pengusaha laman lucah, lucu perhaps
eh... ada lagi yg baru nak balik kampung.... org lain dah lama balik... dan tengah duk berangan2 (dibaca kira bajet) utk balik kampung akan datang.... hehehe
balik kampung best woo.. aku pun nak balik kampung gak, balik meru!! hahah
ko tak singgah beli kacang sempalit ke blk kg ni?
Shifu67... Mey ni jenis kenderaan berat, tu yg dah abis cuti baru nak balik tu...
Mey ...kalau balik kampung tu jgn dok kutip Durian sembarangan ...kang kena libas ngan parang nanti ...
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADIK KO. DAPAT LE KO BANYAK MAKAN KALI NIE
ahaks
tahun depan nak lagi satu ni
selamat balik kg...
hati2 memandu... teringin nak makan lauk org kawin... :(
Izman, selamat balik kampong dan berhati-hati di jalan raya. Pandu ikut speed limit ya!... jangan ikut nekcun, corner pun 120 kmph... nekcun dah pro! nekcun ler yang ajar Alex Yong!...hehehe...
Anyway, ingat orang-orang yang disayang, Pandu Cermat jiwa selamat. Balik nanti boleh kirim beli kacang goreng sem... apa namanya tuh, nekcun dah lupa!... hehehe..
selamat balik kampung ya izman and family.
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADIK AWAK...
jelesnya dpt balik kpg.. huhu..
tolong byrkan tiket aku balik sabah bole?? ehehe
wah bestnye makan nasi minyak....lama btul tak makan....smga selamat sampai ek bro... :-)
p/s
lama btul tak singgah....rindu jugak nak baca citer kat sini....
baik baik jalan.selamat pergi dan balik.
maksu,
trima kasih.
shifu67,
biar lambat dari tak balik langsung, dok gitu bang!
eiman,
ko hari2 pun buleh balik kampung.
johari,
takde idea nak celebrate. asal wife dan anak2 tetap sayang aku, dah la.
julietchun,
singgah. beli 20 bungkus. bawa balik kampung dan bagi kawan2.
nadya aka razman,
cilampret ko ni..
bukan musim durian la kampung aku.
haruan tasek,
trima kasih bro.
memang pulun punya. gulai kawah tu mmg faveret aku la..
rantong,
trima kasih bro.
akupun selalu gak ziarah kamu.
monkey d luffy,
satu lagi ape ko ni? baby? semestinya
zafi,
trima kasih.
balik malaysia la...
nek cun,
beli tapi dah kehabisan. ramai sedara mara.
next time
iem,
trima kasih.
jard the great,
ish.3x.... macam aku yg cetak tiket kapal terbang pulak. ko ni!!!
azreen,
kalau ada masa, singgah2lah...
azani,
trima kasih bang
Post a Comment