Wednesday, June 10, 2009

Aliaa Nasi Kukus (Kesas: Hentian Awan Besar)

pagi tadi (10/06/09)sebab ada urusan kerja di kajang, aku dan sorang section head berkampung di sana dari pagi. biasalah urusan yg memerlukan campurtangan HR. aku ni kalau bab2 dalam kain orang memang suka; err... maksud aku manjaga tepi kain orang yg perlu utk menjaga kepentingan syarikat.

selesai urusan dah waktu makan tengahari, aku dan kawan aku si Tee ajak makan kat kawasan rehat kesas di awan besar sebab dah on the way balik klang. nasi kukus sedap katanya. aku agak pelik sebab pada aku kat hentian kesas awan besar yg sedap dan selalu aku ziarah cuma gerai sate haji samuri dan restoran a hassan ayam kampung. lain2 tu rasa cam biasa je. sebab Tee bersungguh2 dan dia nak belanja sebab aku tolong selesaikan masalah section dia, aku terima dalam paksa (terpaksa konon!).

sesiapa yg suka nak pergi sana tu, pastikan korang menghala ke arah jalan yang benar, gerai ni terletak di hentian awan besar menghala ke shah alam. ni hah rupa gerainya.


ni menu hidangan utama nasi kukus kat gerai aliaa. kalau nak besarkan gambar, korang double klik gambo tu. kalau masih tak nampak? pegi kedai cermin mata. bola2 mata dah longgar la tu.


since nasi kukus belum ready, kami pekena sate kajang haji samuri dulu sebagai pembuka selera dan alas perut.


sebab semuanya masih dalam proses, mari kita lihat proses2 dan elemen2 penting dalam set hidangan nasi kukus tu :


gambar : paling penting, semestinya nasi kukus. jangan salah faham dan anggap ia sama macam masi kangkang atau nasi tangas. ni hah, nasi kukus panas2. dimasak secara berasingan bagi setiap hidangan. walaupun agak mahal iaitu rm2.00 satu, tapi berbaloi. gerenti tak muak kerana tak letak santan. aku tau sebab masa dia nak masak aku ada snap gambar. cuma masa dia pegi beli ayam, ikan dipasar aku tak ikut. masa goreng pun aku tengok, bakar ikan pun aku tengok. bizi body betullah aku ni, tapi aku cerewet gak makan2 ni.


gambar : ayam berempah. aku dah cuba, memang best. ayam berempah dengan nasi kukus cuma rm5.00.


gambar : ikan bakar ada 3 pilihan; pari, kembung dan keli. aku belum cuba, tapi dari respond pelanggan yg berebut tu, memang best kot! nasi kukus dan satu pilihan ikan bakar cuma rm6.00. murah tu!


gambar : terdapat 3 jenis gulai atau kuah untuk dipilih. gulai daging, ayam dan ikan. untuk lagi power, aku cadangkan letak ketiga2 kuah. kasi kuah banjir baru kick!

tara.....! inilah set nasi kukus dengan ayam berempah yg aku pilih untuk juadah tengahari tadi. ada sayur tauge dan sambal belacan utk completekan satu set, tapi aku tak mau.



secara keseluruhan set ni memang best! nasi kukus dia tidak keras, dan banyak lak tu. sendat perut aku nak menghabiskannya. aroma nasi panas dengan daun pisang menaikan nafsu makan. cuma aku rasa ia lebih syiok kalau nasi kukus tu diletak daun pandan untuk lebih wangi. kukusan tanpa santan pada aku lebih sesuai kerana ia tidak memuakkan. tapi confirmlah aku akan datang lagi dengan kawan2 dan family aku. anak2 aku tentu suka ratah nasi kosong dia. balik kilang tadi dah satu opis aku racun pemikiran tentang sedapnya nasi kukus tu. rata2 terpengaruh. taulah orang HR kalau bab meracuni fikiran pekerja memang kerja dia. maksud aku meracuni pemikiran pekerja untuk membuang pemikiran yg negatif.


Kemaskini pada 03/10/2014:

SAJIAAN ALIAA
No.1, RnR Awan Besar,
KESAS Highway (dari Stadium Bukit Jalil ke Shah Alam).
Menu utama : 
Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah, 
Ikan Bakar Berempah Special
Waktu perniagaan: 
Jam 11.00 pg - 11.00 mlm (Dibuka setiap hari)

Untuk tempahan sila hubungi
Puan Kamariah 016-3803320
Encik Amirul 019-3445226

Menyediakan perkhidmatan Katering

13 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

Memang best nasi kukus nie! kena plak dgn ayam DARA!!! isshhh tak lena tido kaum laki kalo pekena pehh...

Kat tmpt aku pun ada cuma kuah die tu lainX2 rase! rege lbh kurang gak... dlm 4.50-Rm5. Bg aku aku... sekali-sekala ok ler, kalo selalu jemu gaks!

Ko nie Izman boleh jadi pengacara rancgn JJCM or... Warung (astro). he..he..

Anonymous said...

kelaparan2..

haruan tasek said...

pagi2 nie n3 nie dah bikin aku terliur da................

cik selamah kundang said...

pagi2 dah buat aku lapaq.mau pekena nasi lemak kafe lu lah camni

Chik chuMeLL said...

yummy..!!!!bro, meh la dtg kt ttdi jaya shah alam..de restoran nasi kukus yg best dan sedap...

julietchun said...

besar betul nampak mangkuk nasi tu. kalo aku sepinggan buleh kongsi berdua ni.

ILA said...

Kalau hidangan mcm gambar tu..saya cuma bley habiskan suku jer...huhu

eim said...

macam bestlah...
boleh cuba nii

KV said...

aku pun suka nasik kukus. Tp makcik yg jual tu pekena harga tah pape, so aku boikot dia.

aza ni said...

oii sedapnya, nanti balik jampung mesti singgah.hway kesas ya?

Kapten Luffy said...

ko boleh jadi pengacara jalan2 cari makan

serius

MOLY said...

perghhhhhhhhhhh !!
meleleh anak tekak saya ni tengok nasi kukus tu
lama giler dah tak pekena
last sekali masa bulan puasa tahun lepas
time tu mmg ramai la dok jual nasi kukus kan
ni dah memalam jadi lapo la pulak
oh tidakkkkk !!!


bang .. sabtu ni saya ke klang
ada kenduri kat sana
:D

norizhs said...

hahaha....baguih la mamat ni perkenalkan nasi kukus kakakku kt org ramai....sapa2 yg lum try lagi boleh la dtg beramai2 kt "ALia Nasi Kukus" hentian awang besar kesas...mari!mari!mariiiiii