begini kisahnya.....
kisah ini berlaku pada sekitar tahun 1992, masa ni aku tingkatan 4 di sekolah menengah padang saujana, jerantut (pahang). semasa tingkatan 1 hingga 3 aku bersekolah di sekolah menengah damak, sebab tiada tingkatan 4 disitu, kami terpaksa ke smps. segalanya baru bagi aku.
mulanya aku berulang alik dengan bas yang memaksa aku bangun terlalu pagi, maklumlah jarak ke sekolah lebih 30km, dan perjalanan berbas mengambil masa sejam lebih. akhirnya aku terpaksa mengambil keputusan tinggal di asrama. lupakan pasal tinggal diasrama, tajuk sekarang ialah april fool.
masa sekolah baru start, pelajar2 tingkatan 4 terpaksa memilih untuk memasuki persatuan mana disukai. macam2 ada; pengakap, bulan sabit merah, pandu puteri, persatuan kerjaya, rumah sukan, dan macam2 lagilah. sebab jiwa aku jiwa pengakap dari jaman aku darjah 4 membawa ke sekolah tingkatan 3, aku tekad masuk pengakap. ye lah, nak masuk pandu puteri sape nak terima, tak larat aku nak pakai seragam dia dengan berkain dalam sekali. tak rela you!
pengajaran berjalan walaupun persekolahan baru bermula 2-3 hari. tapi ada je gangguan dari wakil2 persatuan, pakaian seragam dan sebagainya yg gigih mempromosi kehebatan mereka di kelas2. guru2 pun tak kisah sebab majoriti mereka adalah guru2 persatuan (paksarela??). dalam hati aku dah ada pilihan sebenarnya; badan beruniform, aku pilih pengakap. rumah sukan aku pilih rumah kuning; aku suka warna hitam tapi tak ada rumah sukan hitam. persatuan bukan akademik aku pilih kelab bimbingan dan kerjaya. persatuan akademik aku pilih persatuan geografi (kot??).
suatu hari, pada tarikh hari ini, tiba2 ada seorang pelajar india bernama vicramah (memang nama sebenar dia)mengetuk pintu kelas aku dan meminta izin untuk mempromosi persatuan. aku dah lupa nama cikgu perempuan tu, tapi dia bagi kebenaran. vicramah (vicky) ni kawan baik dan sekampung dengan aku. ini intipati promosi dia...
"selamat pagi kawan2. nama saya vicramah. saya dari kelas 4 pertanian. saya adalah wakil daripada satu persatuan yang baru ditubuhkan iaitu KADET POSMEN. ia persataun baru seperti juga kadet bomba" vicky memulakan bicara.
"siapa ingin masuk persatuan ini boleh tulis nama pada saya sekarang kerana kita hanya ambil 40 orang ahli sahaja sebagai permulaan" kata vicky lagi.
kedengaran pelbagai suara riuh rendah tentang kewujudan kadet posmen. bukan kami je yang konfius, cikgu pompuan tu dah lagi confusius. soal jawab kedengan, dan vicky menjawab dalam nada orang mati kutu. aku yakin dia pun tak tau banyak pasal persatuan baru ni sebab diapun budak suruhan je. mengenangkan vicky kawan aku, aku tampil ke depan dan mula membela vicky.
"ala kadet posmen ni sama la macam kadet polis, kadet bomba. kita nak cari pelapis untuk tugas2 yang mencabar tu. macam posmen, tugas dia hantar surat, agihkan surat, baca poskod.... macam tulah nanti aktiviti kadet posmen. boleh jadi akan diadakan aktiviti lawatan ke pejabat pos, ikut van pos hantar surat dan sebagainya" aku menerangkan penuh yakin. vicky menganguk mengiakan cakap aku. dalam hati aku cakap "ini kacang putih je. ini izman la.... wakil sekolah dalam bahas, syarahan, kuiz. ini hero damak la..." sambil2 tu aku menjeling ke arah budak2 pompuan yang comel2 dalam kelas tu yang masih belum sempat nak berkenalan.
hasil promo aku dan penerangan si vicky tu, ada jugak beberapa orang yg tulis nama. aku layan je diorang tulis nama penuh dan kelas. dalam list tu dapat dilihat dah beberapa kelas yg si vicky dah pergi dan dah beberapa orang 'kadet posmen' dah lapor diri. habis kelas aku, vicky berlalu ke kelas lain pulak. kelas disambung seperti biasa, tapi aku lihat cikgu tu macam masih bengong dengan kewujudan kadet posmen.
lepas rehat, dua orang pengawas datang ke kelas aku, dan aku di panggil keluar. diluar mengekor dua pengawas itu ada vicky dan group2 yg aku yakin muka2 budak kelas 4 pertanian. kami berkonvoi ke bilik penolong kanan hal ehwal pelajar. Cikgu ali affandi (kalau tak salah aku) memandang kami seolah2 nak telan kami sekor2. muka sekor2 dari kami pucat, cuma aku je tak nampak pucat sebab aku kulit gelap. vicky yg seorang je india tak masuk kategori pucat, pasal dia hitam metalik (bukan kejian, tapi kenyataan). cikgu ali berkhutbah dan minta kami mengakui mengenai siapa dalam disebalik kewujudan kadet posmen yg dia sendiri tak tau. semua menikus.
alhamdulillah, vicky berani menyatakan bahawa aku tak tahu menahu, aku cuma membantu dia di dalam kelas aku sahaja secara spontan kerana kami kawan sekampung. cikgu ali berpuashati; dia melepas dan membebaskan aku dari tuduhan menubuhkan persatuan haram (macam court room pulak). aku diketepikan disatu sudut, tapi belum boleh keluar. cikgu ali mula mengeluarkan suara keras mengugut untuk mengenakan tindakan disiplin termasuk menggantung sekolah. masa tu baru ada sorang budak tampil kedepan dan menceritakan bahawa itu idea dia. "cikgu, ini semua idea saya. saya ingat nak gurau2 je sempena april fool. saje nak kenakan vicramah. tak sangka pulak dia pergi semua kelas" kawan aku yg dirahsiakan nama menjelaskan.
cikgu ali tampak lega. ada yg mengaku. setelah khutbah yg agak panjang dan nasihat pedas yg mampu mencair tahi telinga, kami dibenarkan keluar.
sejak tarikh itu, kami yg kebanyakan berlainan sekolah sebelumnya dah mula menjadi kawan, apatah lagi mereka turut ada dalam kisah2 cinta monyet aku di sekolah itu. ada 2 orang pompuan cantik aku terpikat dikelas mereka, kelas 4 pertanian. terlebih baja kot budak2 kelas mereka tu sebab ramai pelajar pompuan subur2 dan ranum2. yang jantan pulak banyak species bonsai dan gemuk. muahhhh.2x.
tamat kisah kadet posmen.
akhirnya aku berjaya dapat pilihan aku untuk berko-kurikulam kecuali aku diwajibkan masuk kadet bomba sebab aku duduk diasrama.
gambar hiasan : aku (duduk ditengah2) selaku pengerusi kelab bimbingan dan kerjaya spms masa aku form 5.
izzi note :
toksahlah memperbodohkan dan mempedajalkan orang dengan menda2 macam april fool ni. kenakan orang memang best, tapi bila dikenakan balik ada yg berdendam. sebab ada sinar keinsafan dalam diri aku sekarang, cerita diatas biarpun kisah benar, watak aku telah diubah menjadi terlalu naif dan baik.
IZZI ADVERTIZING---------------------------------------
