Monday, April 6, 2009

Sehari di Hari Ahad

Macam biasa hari ahad adalah hari bersama keluarga dan bermalas-malasan. malas nak bukak internet, dan itulah satu2 hari tanpa internet. biasa masuk gak, tapi lepas wife sound asyik abiskan masa ngan laptop je, aku jarang sentuh laptop hari ahad, kecuali anak2 nak main games.

tak ada menda yg menarik sangat untuk dikongsi sepanjang ahad. kalau wife rajin dia akan masak sarapan, kalau tak, aku keluar beli sarapan dengan anak2. but ahad lepas, wife rajin masak, so aku bermalas-malasan depan tivi. lepas sarapan, wife ajak beli lauk dan sayur mayur kat econsave. anak2 support umminya, 3 lawan 1, aku terpaksa ikut je lah.

since barang2 dapur untuk sebulan dah standby, mission ke econsave cuma nak beli ikan, sayur, buah2, jelly anak2, air marigold orange anak2, vitagen anak2, dan sedikit barang2 yg perlu sahaja. untuk aku cuma..... eh! tak de apa2lah beli untuk aku. aku cuma jadi supir, tukang bayar dan tolak troli je. asal mereka bahgia, aku pun bahgia.

masa kat ecosave aku dah beli surat khabar, majalah kartun G3, dan majalah gila-gila. so, bolehlah aku terperap kat rumah je. majalah mastika april dah lama beli, majalah tu j yg belum ada. wife asyik ngan mingguan wanita, tapi aku memang tak berkenan dengan majalah yg lebih banyak iklan dari berita ni. kalau ada berita pun asyik2 kaum aku je yg bersalah. fair lah sikit!

balik rumah kerja aku membaca je. tak kisahlah, aku kalau membaca ok je. lagipun asyik2 hujan je. nak merayaupun tak de mood. wife pun mood terlalu baik, kejab2 goreng keropok, kejab2 goreng nugget, pastu petang buat pengat ubi pulak. petang tu jugak kemi bedal puding laici yg aku buat. jangan tak caya, masa kat econsave anak2 mintak nak makan puding laici. ala yg serbuk segera tu... aku memang expert buat menda alah tu, aku beli pek puding segera perisa laici, beli susu cair, dan setin laici. balik rumah aku buat. jadik! kalau hari raya, bab2 buat agar2 atau puding, family aku memang buleh serah kat aku buat (kalau aku rajin), tapi biasanya kakak aku yg buat la...

dalam jam 5pm lebih luqman batuk2, dan muntah2. tak demam. so, kami bawa dia ke klinik pilihan kami. Klinik Nor Azian di andalas. charge kat klinik ni murah, dan semua ahli keluarga aku dapat rawatan kat sini termasuk pemeriksaan mengandung wife aku. yg wajib di klinik gomen pergi jugak, kat sini pun pergi jugak. aku rasa kali ni aku agak tergesa2 dan inilah kali pertama aku tertinggal dua2 henpon aku kat rumah. risaukan luqman yg muntah2.

Alhamdulillah luqman ok je. doktor cakap dia muntah sebab batuk terlalu kerap dan perut penuh. lepas rawatan wife perasan ada kedai 'kelapa oasis' depan klinik tu. nampak cam menarik, dan kami cuma masuk. tiada masakan, cuma ada jual santan2 segar, air kelapa segar, jeli kelapa, dan kuih2 seperti karipap dan nugget je. kami pekena air kelapa dan karipap (biasa dan black pepper). karipap dia mahal je rm2.00 3 biji, tapi macam buat dengan kaki je. hampas! tak sedap langsung. kami diberi cuba kelapa jeli, sedap! dan kemi kemudian ambik lagi sebiji. ikutkan hati memang nak sebiji sorang, tapi rm4.50 sebiji woo..... tak perlu membazir.

malam kami cuma rehat kat rumah je. cuma awal pagi luqman masih batuk2, malas nak kejutkan wife, aku jaga luqman. bagi dia makan sikit, bancuh air, bagi minum ubat batuk. then layan dia sampai tidur. ni mata masih ngantuk. idea tak de nak mengarut. janganlah ada kes disiplin hari ni, kalau mood aku kacau begini, aku biasa tak berperikemanusian. terus je issue warning letter. so, siapa terkena nasiblah..... apa nak buat, siapa suruh buat mistake masa aku mood tak baik!



IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Tambahlah pendapatan dengan menyertai kajiselidik yang mudah dan PERCUMA ini.

Klik banner untuk pendaftaram

16 comments:

Mak Su said...

byk mkn apa luqman tu agaknya sampai jadi muntah2 cenggitu, tapi aku ni pun, kalu terlebih, mmg ada gaks rasa mual-mual

izman said...

maksu,
luqman kalau mual2 tu sebab lebih makan kot. tapi kalau maksu mual2? he.3x (sambil gelak cara org jahat)

pB said...

lama sungguh tak buat puding ...

padahal bukan payah mana pun

KV said...

sian lak lukman. Moga dia cepat sembuh.

Kapten Luffy said...

hehehe... jangan online2 di hari bercuti yer...

izman said...

pb,
memang senang. cuma aku selalu malas je.. he.3x

izman said...

kv,
trima kasih. baru sat call, ummi dia cakap dah reda sikit batuknya.

izman said...

monkey d luffy,
oo.... perli ye. nanti ko dah ada awek baru ko tau.

julietchun said...

aku nak tanya satu je :
luqman muntah lepas makan puding ko buat?

izman said...

julietchun,
ish.7x.... jangan tanya open air, malu aku. entahlah! kuang.3x.

Chik chuMeLL said...

jelesnya leh masuk dlm troli..huhu..internet2 gak,jgn lupa anak bini ye abg oi..kuikuikui..

izman said...

insan biasa,
kalau tengok saiz badan kamu, memang boleh masuk lagi troli pasaraya tu. he.3x.

Nek Cun said...

Selalunya kalo hari Ahad memang nekcun sekeluarga suka lepak-lepak jer... hanya itulah harinya dapat lepak-lepak sambil mengadap TV... tapi kekadang tu, nekcun plak yg penat sbb masa tulah sume anak2 dan atok pun selera yang bukan-bukan... so sayang punyer pasal kenalah nekcun jadi chef... Macam Izman gak... kalau depa bahgia, nekcun pun bahgia gak!... Isteri, ibu & nenek mithali kan?... hehehe...

cendawanintim said...

karipap buat ngan kaki..alamakkkkkkk!!

izman said...

nekcun,
betul tu. kalau keluarga bahgia, kita penat sikit pun takpe.

izman said...

cendawanintim,
itu cuma istilah aku untuk menunjukkan terlalu tak sedap.