Saturday, April 25, 2009

Merah Darah Ha*d?

Aku rasa ramai yg terkejut dengan tajuk aku tu? bukan! bukan niat aku nak menghina kaum wanita yg merupakan kaum yg paling aku sayang, yg aku bergantung hidup pada mereka. tapi itu adalah perkara biasa dalam menerangkan warna kat tempat aku dulu.

ye lah, kita ada pelbagai jenis warna, may be yg kita biasa belajar masa kat sekolah cuma 12 sebab itulah warna yg ada pada set pensil warna kita. tapi rupanya terdapat ribuan jenis warna yg hasil campuran warna2 basic itu. jangan le tanya aku apa warna basic, akupun tak tau.

aku timbulkan bab warna ni kerana semalam wife aku bertanya aku apakah warna kereta yg kami nampak dijalanan. berpinar jugak aku nak jawab. warna tu tak ada dalam dictionary warna aku. last aku jawab warna 'magenta'. wife aku terus diam, dia pun tau tau magenta tu apa. aku pun tak sure betul ke itu warna magenta. aku bedal je. ha.3x. colour baju uniform aku pun aku tak tahu warna saintifiknya. aku kata kelabu, tapi dalam kod dipanggil 'beige'.

kekeliruan tentang warna ini bukan aku saje. malah masa first lady, wife president obama pakai pakaian masa president akan sumpah, semua orang lapor warna yg berlainan. last2 kalau tak silap aku baju yg dipakainya dipanggil "hijau pucuk pisang".

so, aku tak de kampung sangat bila gelarkan logo 'aw survey' tu sebagai 'hijau katak pisang'. disini aku senaraikan sedikit cara orang kampung aku menggambarkan warna2. ala cam tak faham pulak... kat kampung, pagi2 biasanya mereka ke kebun menoreh atau bertani, petang2 banyak le masa nak bergossip. cuma bezanya mereka tak gossip artis. mereka gossip barang kemas, perabot baru, kereta baru, baju baru dan kejayaan anak2 jiran tetangga. antara contoh perbualan menggunakan warna adalah seperti berikut (semuanya bukan nama sebenar):

jiran A : eh..senah! ko tau tak... semalam, masa kenduri kahwin anak si timah, aku tengok bukan main melaram si gayah tu pakai baju baru. lip-lap2 warna dia.
jiran B : ye ke! warna ape?
jiran A : warna merah!
jiran B : merah macam baju aku pakai pergi kelas amanah tu ke?
jiran A : bukan. ini warna merah haid. tapi siap ada manik2. katanye dia beli kat nilai 3. cantiknya senah oi...
jiran B : ye ke (sambil melopong)

itu penggunaan kata warna masa perbualan ye adik2. sekarang cikgu nak ajar lain2 warna yg pernah cikgu belajar masa sedang membesar dulu. tapi jangan gunakan masa peperiksaan disekolah ye. confirm 'failed'.

senarai warna :
1) Hijau katak pisang @ hijau pucuk pisang = hijau muda
2) Hijau perut lembu = hijau tua / hijau gelap
3) Merah darah haid @ merah darah ikan = merah tua/pekat.
4) Merah hati = Pink (kot??)
5) Merah cili = Merah menyala
6) putih susu = warna putih (berkilat sikit kot)
7) putih kain kapan = warna putih (kusam)
8) putih mutiara = warna putih berkilat
9) Warna biji kundang @ butir buah setar = Warna unggu
10) Warna kelabu tahi anjing = Warna kelabu pudar
11) Warna biru laut = biru muda (kot??)
12) warna hitam keling = warna hitam metalik

sebenarnya banyak lagi. pendidikan formal dan kehidupan di bandar dah menghakis dictionary aku tu. kepada yg terasa dengan istilah2 warna2 tu, aku mintak maaf. bukan niat nak menghina, tapi itulah pengistilahan orang2 kampung macam aku untuk menerangkan warna. kami bukan pandai nak cakap magenta, cyan, torqoise dan sebagainya. tapi kalau korang perhatikan sekarang kebanyak syarikat kenderaan dah pakai isilah2 sebegini dalam menerangkan warna kereta mereka seperti 'red chilli', 'pearl white' dan sebagainya. cuma aku comfirm tak kan beli kalau kereta yang warnanya 'menstruation red' atau 'period red'. he.3x...

cerita pasal warna2 ni, aku suka melihat warna dari sudut pemerhatian kanak2. aku pernah jadi guru ganti beberapa bulan yg mengajar pelbagai subjek termasuk pendidikan seni. aku seronok budak2 mewarna binatang mengikut warna2 yg disukai, bukan warna binatang sebenar. lagi seronok ia berulang pada anak aku, luqman. ikut suka hati dia je nak warna binatang ikut suka hati dia. since dia masih kecil, akupun tak kisah. ini antara lukisan yg diwarnakan luqman. ia tak cantik, tapi pada standard aku sebagai seorang ayah, OKlah! dia warnakan sendiri ikut kreativiti dia. lagipun luqman baru berusia 4 TAHUN, 4 BULAN, 4 HARI pada tarikh hari ini (25/04/09). ini gambar yg terbaru punye....












IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Kalau anda ingin pendapatan sampingan tanpa yuran penyertaan, tapi dibayar dengan Dollar Amerika, anda kliklah pada banner yang berwarna 'hijau katak pisang' dibawah ni.

22 comments:

uShop said...

dulu, sebelum fly ke sini, pernah la menggunekan istilah2 warne ni kat adik2 n sepupu2[org bando].

diorang punye masalah lagi terok,diorang x kenal dh ngan istilah2 gantian tok warne tu.

bile kt cakap hijau pucuk pisang, ade ke die bleh tanye balik, pucuk pisang hijau cmne ek?

pastu bile cakap hijau perut lembu pulak, diorang kate perut lembu kn berbagai2 warne. lembu yg mane satu? [merujuk kat kulit perut lembu]..haha

p/s; istilah2 warne ni adalah khazanah bahasa kt. yg timbul dari budaya dan pengalaman org tua kita. patutnye kene diajar kat sekolah kot. kalo x hilang sumenye.

julietchun said...

ni ler baru aku tau ade org sebut merah haid, dasat lak bunyinyer. Ctk kaler lukisan luqman, unik.

Puteri Satu said...

ada lak merah darah haid...chait...wekekek..

nurizan said...

stylo la kaler yang starfish tuh.. cayalah..

Nur a.k.a admansyah said...

Aku pun kalangan yg terkezut badak gak tgk ko punye tajuk n3 nie... Nak marah pun ada! but... aku `terima' alasan warna ko!

Cantek sehh... anak ko kaler! Utk boy mmg baguih tu! anak aku pun 4 thn gak tapi babX2 kaler nie... FAIl sket!!! mcm ayah die... takde seni lgsg! heh..heh..

izman said...

uShop,
betul, jangan ingat bahasa yg kat sekolah je bagus. bahasa2 kt kg2 pun bagus gak.

cuba la ko pakai bahasa tu kat negara org rusia tu.

izman said...

julietchun,
biasanya diorang guna bahasa lebih lembut iaiatu merah darah ikan. itu mmg bahasa sebenar.

izman said...

puterisatu,
ko tak pernah dengar ke? may be kat kg aku je kot.

izman said...

eiman@nuruzan,
stylo lukisan anak aku tu? stylo pun aku tak faham maksud dia. ha.3x

izman said...

nur aka admansyah,
cam biasa bab2 tajuk tu, aku failed la... ala blog aku ni tahap kampungan je, berapa kerat sgt yg masuk. so tak kisahlah...

luqman tu suka sangta mewarna, kat tadika cikgu suruh jawab soalan, dia pegi warna. pening gak kekadang... sabar...sabar!

zino said...

salam kenal..

macam2 istilah warna ni rupa nya hehe

arsaili said...

salam bro...merah hati tu pink ker...ahahaha..rasa macam bukan.ummmm

KTS said...

pembetulan :

merah jambu = pink

kalau merah hati rasanya maroon..

haaaiihhh... pening gak dgn warna2 ni eh.... ;D

Shitsurei Shimashita said...

salam tuan,

janganlah rendah diri sangat, kat KL nie bukan smua mahir tang kaler ni.
yg penting kita belajar dan terus belajar.

tuan dijemput jika ada kelapangan tuk mneyertai contest di blog saya.

ima shhs said...

merah hati : pink..!!!??? ==>maroon rrrr....

anyway...cantik anak ko mengaler ekk...

izman said...

zino,
trima kasih dtg singgah balik.

saje nak ingatkan bahwa istilah kampungan lagi senang.

izman said...

arsaili,
eh salah ke? biasa tengok hati dh bergoreng je...ha.3x

izman said...

ku tak sempurna,
saje je tu nak test korang (sebenarnya memang aku tak tau)

izman said...

Shitsurei shimashita,
tak kisah. aku memang asal dari kampungan pun.

peraduan ko aku dah tengok. mak ai!! soalan meriah betul. kalau gini, mesti adiah kereta sebijik ni. ha.3x. nanti aku cuba joint, tapi hadiah saguhati kena bagi aku la... nanti kecik ati aku.

izman said...

ima shhs,
mmg aku lupa warna dia tu aku tanda (kot??). mane lah aku tau warna hati sebelum masak, yg aku tau hati hitam (masak kicap). sedap tu....

qaseh said...
This comment has been removed by the author.
qaseh said...

emmm tak pernah lak dgr merah darah haid...kalau setakat hijau pucuk pisang atau katak pisang tu tahu ler. First time dengar.

Tp qaseh akui memang sukar utk menamakan kaler2 ni...pening juga yer