Thursday, April 9, 2009

Mengidam @ Saje Nak Makan?

Semenjak dua menjak ni aku rasa idea menulis blog agak tumpul, dan rasa malas sangat nak update. memandangkan aku takut terus melupakan blog kalau aku start berenti menulis, aku gagahkan juga.

minggu ni aku agak kebizian. banyak email yg tak mampu aku jawab kerana sindrom kemalasan. nantilah yg hantar sesuatu, pasti aku balas sesuatu. itulah adat berkawan dan beremail.

family? semua ok. luqman dah sembuh batuknya, pika ceria macam biasa. wife? biasalah sama macam kebanyakkan ibu2 mengandung yg lain. ada masa kurang selera makan, dan ada kalanya makan tak henti2. sape pernah mengandung atau bapa2, aku yakin korang taulah macam mana.

OK, dah ada idea sikit. apa kata aku buat entry kisah pengalaman wife aku mengandung.
walaupun ini dah mengandung kali ketiga, mengidam tetap ada. kerenahnyapun tetap ada, cuma sebagai suami, aku sabar jelah!

masa wife mengandung kali pertama, tok sah ceritalah excitednya. dah lah dua kali check guna pregnancy test sebab nak pastikan, pastu pegi check mengandung ke tak kat klinik nor azian lagi sekali. nak benar2 sahih. masa doktor kat sah mengandung, fullamak... bahagianya hati. rasa nak dokong je isteri. pastu dalam klinik lagi dah call papa aku kat kampung kata wife dah mengandung. saje cakap kuat2 supaya satu klinik dengar. jakun betul! eleh... first time.

masa wife sindrom muntah2, aku cuma jadi tukang picit je. dah nak tolong apa! cuma perubahan mood wife kekadang memeningkan kepala aku. kadang2 mood tersangat la baik, aku balik kerja je terus menyendeng ngan aku siap2 sayang2 lagi. tapi kadang2 mood punya la hangin, jangankan kata nak sentuh, tengok je terus kena jeling. garang macam harimau kumbang. tapi, aku tetap sabar.

sebab sama2 tak tau menahu tentang pengandungan, dan pelahiran, kami banyak beli2 buku. ada juga beli buku yg details dan naked habis, wife bising. tapi aku kata mana aku tau model dalam buku tu nak bogel habis (padahal aku dah check awal2, he.3x). tapi jangan salah faham, aku cuma nak mendalami ilmu, bukan nak menyetim. kalau nak berseronok, aku beli majalah playboy. tapi buku tu wife aku dah sorok mana yer???

bab mengidam, masa anak pertama paling memeningkan. hampir setiap minggu ada je wife nak makan itu dan ini. kadang2 bila mood aku tak baik aku tanya jugak "ini mintak ni mengidam ke saje nak makan?". kalau dia kata mengidam, aku usahakan beli, takut jugak orang kata kalau anak lahir nanti meleleh air liur dia. tapi kalau wife kata saje nak makan, korang sendiri mau ingat lah....

bukan satu benda tau dia mengidam. mula2 takat nak makan kuih kasui. aku pegi pasar pagi kat komplek sukan shah alam beli. nak apa lagi? kalau takat buat mangga, jambu tu, biasa sangat. boleh dapat kat econsave atau tesco. tapi wife aku mintak "limau bali dekat gombak', jambu air dekat bentong, jambu kapas kat hentian sungai perak. penat jugak aku pegi. untuk isteri tersayang, aku turutkan. tu dekat, kalau dia kata nak limau mandarin kat china, buah mangga kat siam.... lagi parah aku.

cuma.... satu benda je lambat sikit aku dapatkan. wife mengidam nak makan telur penyu. aku malaslah nak susahkan family kat terengganu. dan aku jugak masa tu agak bizi nak balik teganu. kalau difikir2, apsal pilih telur penyu. pilihlah telur ayamk, telur puyuhke, atau telur itikke, senang sikit. tapi, aku yakin sebab aku dah sebati ngan teganu, itu yg anak aku mintak telur penyu. aku cari kat pasar2 area klang, shah alam, KL,.. takde. call mintak kawan2 cari, takde. keputusan idea, dan wife asyik merengek nak telur penyu, aku call kakak aku tolong carik. kakak aku call kawan dia kat kemaman minta belikan. dapatlah 5 biji kot. akak aku ke kuantan ambik telur penyu tu. pastu kakak aku hantar pulak ke klang. Alhamdulillah kakak aku tak kenakan apa2 caj, semua kos dia tanggung. terima kasih akak! berselera wife makan telur penyu rebus. aku yg tengok dah nak termuntah. eee... geli.

anak kedua, akupun dah lupa wife mengidam nak makan apa. tapi yg dia mintak semua aku usahakan. sayang isteri lah katakan. untuk yg ketiga ni belum start mengidam lagi. takat makan mangga, jambu air dan jambu batu tu tiap2 minggu lah. Ops.. terima kasih pada mbah ila kerana bagi sebuntil buah mangga hari tu dan diiringi dengan satu soalan cemu emas "Kau belum berjangkit lagi ke sindrom 'P' ni?"






IZZI ADVERTIZING------------------------------------

22 comments:

ima shhs said...

hurmmm...mmg best tul time ngandung. Seme yg kiter nak, insya Allah bakal dituruti...

Sayang hubby ku..!!

Ms.Lilies said...

hehehe....sib baik time aku ngandung xde ngidam2...cuma rasa nak makan2 je

jane said...

salam izman,

teringat citer aku peknen no 2 si angah. aku nampak orang jual manggis di tepi highway changkat jering. masa tu ada lagi orang jual buah2 tepi highway tu.

masa nampak tu, x ndak pun. x teringin. masaalahnya, selepas sebulan nampak manggis tu, teringat nak makan pulak. masa tu dah habis musim....

jenuh merata rata hubby carikan manggis. tapi, x dapat. sampai le last sekali dapat beli bila dia cari sampai ke slim river ikut jalan lama dia cari merayau rayau. bila dia bawak balik, sebijik pun aku x bagi dia makan...aku sebat semuanya time itu jugak.....

keluar2 si angah, hitamnya.....alamak tuan!! lebih gelap dari anak orang india depan katil aku, sampai hubby dan aku x percaya itu anak kami....siap tanya kat doktor...doktor kata betul, itu anak puan...saya x ada tukar...!! haha!!

izman said...

ima shhs,
kaum ibu memang la best, kaum bapa yg berpeluh mengusahakannya.

tapi kami ikhlas, bila anak lahir nanti dia di bin atau binti kan kami gak.

trima kasih siggah.

izman said...

ms. lilies,
tapi kata je nak makan ajer, tapi hubby tentu melilau carikan.

izman said...

jane,
ye ke, kalau wife aku mintak manggis, aku takleh bagi lah ni. aku tak delah kisah sgt, akupun bukannya putih. he.3x...

julietchun said...

kakak aku mengandung tak makan pun mangga ke, asam ke, tapi suami dia siap buat bekal asam dalam poket seluar tiap2 ari, heran tol.

izman said...

julietchun,
anak lelaki nanti tu kot??

masa wife pregnant anak kedua, aku yg pening dan pitam, ada masa rasa nak tumbang dan terpaksa gi klinik ambik ubat. jeruk2 tu ada la sikit (malu nak ngaku mkn byk). keluar anak pompuan.

Rayz said...

mey ..takat mengidam ni kira ok lar.. ada memebr kat opis aku , kawan dia cerita dia, setiap malam bila nak tidur, dia kena pakai helmet. Sebab bini asyik ngidam nak gigit teliga dia jer... maner leh tahan....

Mak Su said...

wah..... sayang bini, gitu lah. try your best to fulfil her needs, try your best to understand her needs and try your best to understand further , oops!

izman said...

nadya aka razman,
nak gigit telinga? ish.3x... ada gak ke? pastikan dia pakai cawat besi sekali,takut tak dapat telinga, wife dia gigit menda lain. haru......

izman said...

maksu,
he.3x.. tak sia2 saya dicalonkan sebagai bapa mithali dan puji diri sendiri.

Jard The Great said...

nafsu nak makan.. makan jela .. huhu

izman said...

jard the great,
yup, kita mestilah bernafsu utk makan.

ILA said...

Salam kat WAK JEMAN!!
byak entry kau yg terlepas baca.Aku sibuk sgat...
Excited nak buat komen psal entry ni.Tpi tiba2..kat last paragh.tu aku t'baca .....

"Ops.. terima kasih pada mbah ila kerana bagi sebuntil buah mangga hari tu dan diiringi dengan satu soalan cemu emas "Kau belum berjangkit lagi ke sindrom 'P' ni?"

BULAT MATA AKUUUUUU!!!tang pasal sindrom P tu!!siap kau panggil MBAH ekkkkk~~huh!!

Terus tak de selera nak letak komen..
tatatatata!!!

Kapten Luffy said...

penat jugak jadi bakal bapak ni :)

nurizan said...

wife aku ari tu takde mengidam benda pelik2. cuma banyak benda nak makan, tapi rasa skit dah cukup.. tukang perabis aku ler.. tu yang makin sihat jer..

Abang Long said...

Cakap terus - terang. Adinda Izman mengidam atau tidak ? hehehe

izman said...

ila,
aik sejak bila jadi serius ni? mbah kan nama gelaran yg bagus, atau aku harus panggil kau ibu ila?

tak de idea nak komen tapi sampai buat cerpen, kalau ada idea mau jadi novel ye?

izman said...

monkey d luffy,
penat, tapi SERONOK!

izman said...

eiman@nurizan,
aku perasan... dulu bujang ko cikeding je, ada nampak berisi sikit la.

izman said...

abang long,
mengidam tu takde, tapi masa anak kedua saya yg pening2 dan jadi rajin tanam bunga. pelik?