Tuesday, April 28, 2009

Lelaki Sejati Vs Lelaki Lembut

Hari2 yg sangat bizi pada aku di pejabat hari ni. kerja yg menimbun dan curi2 buat 5s meja aku. macam biasa aku buat sendiri walaupun aku buleh suruh staff atau cleaner yg kemaskan. aku maleh orang kacau meja aku, nanti tukar kedudukan fail dan susunan kertas, aku fening.

dalam duq sibuk2, tengahari tiba2 ada kawan lama ajak makan tengahari kat luar. dia belanja, so oraitlah tu. bisalah nak minta2 pendapat aku la tu. since dia kata tak de menda special nak discuss, aku ajak si saiful joint sekali.

since aku bizi, aku ajak dia gi dekat2 je. mamat tu kalau ajak aku makan mesti jusco. kali ni aku cakap aku nak belanja dia yg agak special di port klang. western food di restoran d'taverns.

sap orang klang dan suka makan western foods may be kenal tempat ni. makanan dia pada aku menarik, dan antara makanan lain yg sedap disini ialah fried kurau, lamb chop, fish and chips. bagi aku, aku memang tak leh lepas dengan chicken chop with black pepper souce. sebelum chicken chop aku sampai, aku bedal dulu chicken soup. sebelum tu, aku bedal dulu roti ban panas2 dengan mentega. dapat pulak dengan air vanilla milkshake. pergH! memang seedaplah. saiful agak malu2 sebab baru pertama kali jumpa member aku tu, jantan jugak lah. saiful cuma ambik fried kurau. kawan aku tu dia kali pertama datang sini, so dia follow aku je.

crita pasal jantan tak jantan ni, aku stori sikit pengalaman aku masa di sintok dulu. masa tu konvo geng senior. kami bebudak junior tahun dua tumpang seronok jalan2 pesta konvo. gerai makanan banyak. bulehlah ubah2 selera. manusia punya lah ramai. masa tu semua student uum duq dalam kawasan kampus, kolej kediaman kat luar tu belum diwujudkan.

masa konvo, segalam macam orang terjumpa. orang species sama dengan aku, species tak sama dengan aku. dan species aku tak tau dia sama ke tak sama dengan aku. dengar suara macam species aku, kebesaran dadanya nampak lain macam. pakai lipstik, dan jalan gaya2 ayu gitu. aww... tak rela you...

kebetulan member sebelah bilik aku, bond namanya, nak pergi makan. dia ajak aku sekali. so, aku follow je lah. kami terhenti di gerai laksa penang. si bond ni orang penang, memang dia cari laksa kampung dia lah.

alhamdulillah, kami dapat tempat duduk dan mula makan dengan seleRa. tiba2 ada seorang cik abang (tapi dia macam kakak2)mintak nak duduk sekali makan. dah bukan meja tok uwan kami, kami kata ok je lah. lagipun dia sorang, bond doq sengih2 sambil tunjal kaki aku. nak kata ayu, memang tak. macam tunggul kayu ada lah. makan sopan je, dan buat aku tak lalu makan. misai dia tu buat aku kembang tekak.

aku makan terus je lah. duit bukan ada banyak masa studi dulu, kalau tak makan, kang lapaq pulak. tiba-tiba.....

segerombolan geng cik abang akak tu datang, dan minta ijin nak tumpang makan meja kami. ini bukan kena jackpot yg buat kaya juta2. ini kena baling dengan mesin jackpot ni, pecah kepala kalau kena. dah bukan meja kami, kami relakan je. bayangkanlah dua orang teruna sunti diapit oleh 5-6 orang jejaka dara suntik. memang tak maching!

sorang lalu, jeling... pastu senyum. lagi sorang lalu, senyum... pastu gelak2 kat meja kami. aku jadi panas. DAH LA panas, ada mamat2 yg kurang pendidikan moral mula buat bunyi monyet nak ajak pasangannya mengawan biola lalu kat meja kami. ada jugak yg lalu, dan bila kami tengok, buat2 tunjuk tangan lembut. haram jadah!

aku mula hangin satu badan, dan aku tunjal kaki bond ajak balik. makanan belum abis tapi kami tak rela disamatarafkan dengan mereka2 itu. bukan! mereka bukan hina. cuma kami tak nak setaraf dengan mereka kerana kami tahu Allah telah berikan taraf "LELAKI SEJATI" pada kami. may be mereka khunsa, atau terlebih gen yg menyebabkan mereka lebih mirip wanita (mirip??). aku lebih seronok jadi lelaki sejati. then, kami balik lah.

malam tu kami alas perut dengan megi.

24 comments:

sonata anak kancil said...

sampai le ni, takut tengok lelaki lembut - semacam aje!!!

Kapten Luffy said...

aku pun tak rela!

arghhhhhhhhh malu giler pengalaman cam tu

;p

Abang Long said...

Wahai adinda Izman. Abang long juga ada beberapa rakan dari kalangan lelaki lembut. Abang long tetap bersahabat, namun usaha dakwah tetap diteruskan, yang penting kita perlu bimbing mereka.

izman said...

sonata anak kancil,
je lah, nampak lembut, tapi sebenarnya mereka keras.

izman said...

monkey d luffy,
aku pun tak rela.

malu siott..

izman said...

abang long,
setuju. tapi kebanyakkan mereka ada 'persatuan', tu yg payah.

~Cinta Cukulet~ said...

hehe....krisis identiti kot..

salam kenal ya..thanks menyinggah blog saya :D

marinahunny said...

muahahhahaa lawak2...hahha

izman said...

cinta cukulet,
trima kasih singgah.

izman said...

marinahunny,
lawak ko kata... yg mengalaminya ni malu giler

Rayz said...

dah ternoda rupe nyer ko ni...
Ibarat kata Nabil... Darah nyer dah bersatu padu...

izman said...

nadya aka razman,
belum la... aku dah derma darah. ha.3x... semua tu kawan ko si bond yg salah. (sori bond)

en_me said...

dh lamer me tak buat 5s ghitewww.. salammms

izman said...

en_me,
biasalah, asal meja bersepah, baru ingat 5s. ha.3x

thanks singgah

ILA said...

best pe ada member laki lembut ..dulu time aku blajar, ada 2 orang.the all lebih memahami sikap & hati wanita.dah tu time gi shopping tentu dia joint kita sekali.Sampai satu tahap tu..bila borak pasal 'hal ehwal wanita' dia pun ikut joint skali..
whuaaaa!!!aku rindu banget dgn dia orang!!!rasa mcm nak 'jejak kasih' lerrr:p

ILA said...

Ehh..jap!!tapi kawan aku ni bukan jenis yg pakai lipstik tauuu.. pnampilannya mcm lelaki biasa.Cuma jenis smart lerrrr..kalau nak compare student jantan lain yg semmmpoiiiii!!

izman said...

ila,
baguslah ko ada kawan camtu. dia mesti memahami pompuan dan lelaki sekaligus.

Mak Su said...

misai dia tak mengancam ker? kasik tunjuk gambar padaiyappa kat dia...kasik trim itu misai.

izman said...

maksu,
kalau misai padaiyappa, terus bunuh diri kat situ jugak.

qaseh said...

bila baca entri ni teringat zaman studi
kat kolej rahim kajai
ramai lelaki lembut
mula2 elok lah masih berpakaian lelaki,
tetapi bila makin ramai mulalah dah tukar pakaian perempuan...

mrk ni susah didekati
tetapi mgkn ada sbb kot mereka jadi cam gitu

izman said...

cahayaqaseh,
mmg semuanya bersebab. tapi Allah beri akal, fikirlah sendiri.

Rayz said...

Aku teringat kat kawan aku Pak Din, yang duk kat Kolej ex ko tu ... dia dulu roomate kawan kita yang lembut .. Dia ni kuat kutuk geng lembut ni ... suatu hari, masa geng2 lembut ni lepak kat bilik dia , dia pi kutuk ... sekali semua tangkap & acah2 nak rogol dia...

Sampai sekarang tobat tak kutuk geng tu daahhh

izman said...

nadya aka razman,
ko confirmed dia tak sempat kena rogol??

izman said...

rantong,
tq singgah. nanti saya tengok mana sesuai... sape tak nak duit.