Tuesday, April 7, 2009

Kenderaan Juga Ada Perasaan??

Hari ni aku nak stori mori pasal suatu hubungkait kenderaan dengan percakapan kita. menda ni aku dapat idea sebab tengok cerita 'Bong' malam tadi. aku agak selalu mengikuti cerita2 begini sebab ia bercorak santai. nak suruh aku tengok cerita drama? payah sikit lah. so, malam tadi sebab luqman dah lega batuknya, dia merengek nak beli burger. sebagai calon bapa mithali, aku bawa anak2 keluar cari burger, tentunya burger ramly pilihan aku (kempen belilah barangan buatan malaysia).

sambil2 makan burger daging special untuk aku, ayam biasa utk wife, dan ayam kosong tanpa sos untuk anak2, ditambah dengan aroma teh boh; seronok betul kami layan cerita bong. dalam crita tu dikisahkan bong menasihati anak saudaranya agar tidak berkata bukan2 termasuk menjual motor di depan motor tersebut kerana motor ada perasaan dan akan merajuk. kalau kes yg teruk, kenderaan terbabit akan meragam dan accident.

pada aku itu cuma hiburan, kenderaan tu adalah jentera bergerak yg berenjin, tiada jiwa untuk merajuk macam pompuan. tapi... ada satu kejadian pernah terjadi berkaitan peristiwa yang hampir serupa pada aku akibat keceluparan aku. kisahnya begini........

jeng...

jeng...

JENG....!

"woi! nak cerita ke tak nak ni??" (kedengan suara2 sumbang marah sebab panjang sangat into)

ok...ok.... aku crita sekarang.

Dulu, masa aku mula kerja, aku cuma mampu beli kereta kancil. 850. baru. hati memang nak pakai kembara, tapi poket aku cuma mampu kancil. masa tu deposit nak beli kereta baru mahal ya ampun! setelah mengumpul duit sedikit2 demi sedikit, akirnya dapat juga aku keluarkan sebuat kancil silver baru dengan deposit rm6000. Auto lagi (jangan la gelak).

masa kereta dah ready untuk collection di daihatsu seksyen 15 shah alam, aku pegi dengan salah seorang sahabat aku yg juga merangkap driver syarikat. dalam perjalanan je aku dah megah bukan main. hidung kembang kuncup tak henti2, padahal baru beli kancil je, camanerlah kalau beli kereta lagi besor (kampung betul!).

masa sign document, dan ditunjukkan kereta aku, aku rasa nak peluk dan cium je kereta tu. maklumlah kereta pertama yg aku beli dengan duit gaji aku yg tak seberapa itu. salesman tu tunjukkan semua keadaan kereta dan alatan2 yg diberikan supaya aku puas hati. ya... aku puas hati. dia serah kunci kereta pada aku untuk test sebelum bawa balik.

pemilik kereta : err... boleh tolong ajar cara nak bawa kereta ni?
salesman : You tak tau bawa kereta ke?
pemilik kereta : tau! cuma saya tak pernah bawa kereta automatik.
salesman : (tergamam)oklah, saya ajar you. masuk.
pemilik kereta : (hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung dan ditarik talinya)
salesman : (mengajar)ini power steering, ini brek, ini pedal minyak,
pemilik kereta : apsal ada 2 pedal je. biasa 3 kan?
salesman : ini auto. manual ada 3 sebab untuk exchange gear. auto 2, satu brek, dan satu pedal minyak.
pemilik kereta : kalau nak tukar gear macam mana?
salesman : you tukar gear auto ni je. 'D' untuk drive, 'N' neutral atau free gear, '2' gear 2 kalau nak naik bukit, 'P' parking, bla..bla....blah...
pemilik kereta : Oooo...! (sila buat gaya mulut melopong ye adik2)
salesman : ada faham?
pemilik kereta : faham la sikit2. awak bawa jalan2 saya mau tengok.
salesman : ok lah. (sambil memandu kereta sementara aku disebelah memerhati penuh jakun. kami melalui kawasan seksyen 15)
pemilik kereta : (tekun belajar sambil bertanya beberapa soalan mudah tahap kelas 3 anggur untuk lebih faham)
salesman : ok dah. awak sudah faham? (apabila dah sampai showroom semula)
pemilik kereta : err... dah rasanya (sambil mengambil kunci kereta yg disuakan)
salesman : ok, mulai hari ni awak adalah pemilik kereta kancil ni. bawa hati2. jangan lupa bayar installment tiap2 bulan ye.
pemilik kereta : terima kasih (dan masuk dalam kereta)
baskaran (kawan aku) : eh.. Man, awak tau bawak ka? awak jangan kasi malu sama saya.
pemilik kereta : bolehlah baskaran. saya bawa, awak ikut belakang ye.

alhamdulillah dengan satu percubaan je, aku berjaya bawa kereta auto. eleh kacang je (masa kejadian tu berpeluh sakan, sekarang boleh la geybang besar).

APA? kisah ni tak de kaitan dengan apa aku ceritakan kat perenggan satu? ye ke? aku bila bercerita ni biasalah, aku lupa diri sikit. ni kaitan dia....

bila dah beberapa tahun pakai kancil tu, memang tak de masalah besar. kereta tu memang baik hati, tak pernah menyebabkan aku berbelanja besar kecuali kena servis, tukar tayar. dan betulkan sedikit kerosakan akibat kemalangan. ala... kemalangan tu bukan salah kancil aku, dan bukan salah aku sebagai driver. itu semua salah pompuan dalam kereta aku yg menggangu konsentrasi aku masa tu. pakai cantik dan seksi sangat. perfume dah la menusuk kalbu. yg tak tahan pakai bodi fit dengan warna kuning tu, anting2 besar, gelodak jiwa muda aku asyik nak jeling je, tu langgar bontot kereta wira yg kebetulannya menukar lorong tanpa memberi isyarat, pompuan jugak yg bawak. (nota untuk isteri tersayang : ala ni bukannya girlfriend abang, ni staff abang. kebetulan dia kepenatan nak drive lepas terpaksa balik buat overtime. kebetulan abang lalu kawasan tu untuk makan malam yg tak jauh dari rumah sewa abang, kira2 dalam 30km je. sebab nawaitu abang nak keluar makan, dan terpaksa tolong dia, abang terpaksalah bawa dia keluar makan sekali. betul, makan je. err... air pun ada minum sekali lah. memang abang ingat nak terus anta dia balik, tapi dia kata dia teringin tengok wayang, abang terpaksalah bawa dia. abang tak tau wayang tu cerita apa, abang asyik buat wayang, err silap, abang asyik tengok dia je, eh silap lagi, abang tertidur. tapi apa2pun, masa kejadian ni kita belum ditakdirkan bertemu dan berkasih. so, abaikanlah kisah ni)

akhirnya setelah beberapa tahun kancil tu berjasa pada aku, sampai masanya aku berkahwin. kereta ni pun sangat baik, tiada kerosakan langsung yg besar2. bila dah kahwin, dan financial dah terurus, suatu hari semasa dalam perjalanan balik kampung, aku berbicara ngan wife tentang keinginan menukar kereta lebih besar.

suami orang : ayang, abang rasa nak tukar keretalah?
isteri orang : kenapa pulak? kereta ni ok je..
suami orang : kecik. abang ingat nak beli kereta besar sikit. sekarang anak 1 oklah, kitakan nak anak ramai, mana muat kereta ni. lagipun abang rasa gaji abang masih mampu beli kereta baru.
isteri orang : sayanglah, kereta ni pun tak pernah buat perangai. tapi, ikut abanglah. abis kereta ni nak buat apa?
suami orang : kalau nak pakai dua kereta rasanya boleh, tapi duit sengkek sikitlah. ayangpun tak boleh drive. abang ingat nak jual je.
isteri orang : ikut abanglah.. abang nak beli kereta apa? wira ke?
suami orang : entahlah... tapi abang ingat nak pakai kia. abang pernah naik kereta kia kawan abang, best.
isteri orang : ikut abanglah. ayang tak kisah. kalau nak terus pakai kancil ni pun ok jugak. boleh save, kitakan tiap2 bulan balik kampung.
suami orang : abang tau, tapi kawan abang kata kia pun jimat minyak.

perbualan kemudian terhenti apabila ada lagu yg aku suka berkumandang diradio. kami meneruskan perjalanan balik kampung melalui jalan kuala lipis. tiba-tiba......

aku dapati kereta aku lose power, dan tersenggut-senggut. aku cepat2 ketepi dan berhentikan kereta. aku buka bonet depan. tak ada apa2 yg pelik, dan aku cuba start semula enjin. tak hidup. bancau! aku cuba lagi, tak hidup. start lagi, pun tak hidup lagi. (kalau aku nak tulis berapa kali aku cuba, mau korang baca sampai esok pun tak habis lagi). tiba2 aku terpandang ada workshop dalam jarak 50 meter dari kereta aku, aku mintak wife dan anak tunggu di bawah pokok berhampiran. bahaya woo... duduk dalam kereta rosak, dah la aircond tak de. tokey workshop menunda kereta aku dengan tali, dia tak de 'tow truck'. cam lahanat je aku bawa kereta yg ditarik dengan tali, takut nak mampos. wife dan anak aku suruh jalan kaki dalam 20 meter sebab ada gerai, aku suruh mereka tunggu di gerai.

checking time. at last, tokey workshop kata memang kereta ambik masa 2 hari untuk repair sebab water hose pecah dan beberapa kerosakan lagi. aku terpaksa call adik aku datang ambik. natijahnya aku terpaksa bercuti sampai isnin kerana kereta siap isnin. hari isin papa dan pakcik kami ke workshop tu sebab kereta dah siap. rm300 lebih. then kami meneruskan perjalanan ke klang. baru 30 minit, temperature naik. aku terpaksa stop. air kering. aku call workshop tu, dia tak mau tanggungjawab. "anak haram punya workshop" omel aku sendirian. aku tunggu ia sejuk dan meneruskan perjalanan balik. temperature naik lagi, kena berenti lagi. nak sampai klang, aku rasa dalam 30 kali kena berenti dan tambah air. malam lak tu. dalam 2 pagi baru sampai rumah. penatnya. selasa kerja cam biasa. aku adukan pada kawan2, dan macam2 idea mereka cakap, semua aku buat. pegi workshop ni, workshop tu. semua pakai duit tau. lagi ratus2 ringgit melayang. tapi masih temperature naik. akhirnya aku pergi satu kedai yg dekat rumah aku, tokey tu cakap kena skimming. dua guarantee 2 bulan kalau rosak, dia repair free. aku setuju. kenalah hampir rm500. dan alhamdulillah, kereta ok. tapi feeling aku dah tak ok. aku terluka dengan si kancil. ada kawan kata, siallah kalau kata nak jual kereta/motor depan kenderaan terbabit. dan aki dah merasa najitahnya. sebab kancil tu dah berjaya menghabiskan duit bonus aku, akhirnya aku nekad jualkan. sekarang peristiwa julan kancil dah berlangsung 4 tahun. aku dah tak berani bermulut cabul lagi depan kenderaan aku.


izzi note :
aku berpendapat ia sekadar kebetulan, kerana adalah khurafat mempercayai menda2 tahyul tu. cerita ini sekadar ingatan dan secebis pengalaman peribadi.




IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Anak-anak remaja, berikan pendapat anda mengenai perasaan anda dan di BAYAR. klik banner untuk keterangan lanjut....

16 comments:

Shitsurei Shimashita said...

mgkn ada kebenaran tu bos, kalo kita kata nak jual dia, dia merajuk. nasib baik tak eksiden. Wallahulam :)

Ms.Lilies said...

samala mcm hsbd aku....dia x ckp nak beli kete br dlm kete lama...tapi ada 1 hari dia terckp nak pi amik kete br dah sampai dalam kete lama...dan2 tu jugak otw nak balik kg enjin kete meletup....terus out kete lama...

izman said...

Shitsurei shimashita,
may be jugak. ye.. nasib baik. Alhamdulillah!

izman said...

ms. lilies,
kena gak ke? kebetulan atau memang ada perkaitan?

Rayz said...

Alamak mey, ...ada sikit kilaf tu.. ini bukan soal tahyul ...ini fakta.. benda yg x bernyawa ni pun hidup .. buktinya ?


Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. [al-Israa' 17: 44]

Unknown said...

dulu masa mula2 kerja aku hanya mampu beli moto kapcai... 10 tahun berhujan berpanas

izman said...

nadya aka razman,
termasuk kenderaan ke? aku tak tau kenderaan pun bertasbih. binatang, dan alam bertasbih aku pernah belajar.

izman said...

shifu67,
tu dulu... sekarang rasa2 abang dah ada 2 bijik kereta dah kan?

saya ambik keretapun jenuh kumpul duit. gaji kecik.

Kapten Luffy said...

aku suka nota untuk isteri ko... :)

izman said...

monkey d luffy,
itu nota utk elak kena tidur luar dan kena puasa sebelum masanya.

Rayz said...

bro...kereta pun dtg drp alam. Selagi ia menggunakan sumber dari alam.. aku kira dia makhluk tuhan gak.

cendawanintim said...

kat maner ada pertandingan bapa mithali nih, dan camana ko leh tercalon nih!!!!

izman said...

nadya aka razman,
oklah......

izman said...

cendawanintim,
o.. itu aku buat anugerrah sendiri, dan aku calonkan diri sendiri. dan pemenangnya ialah..... aku sendiri.

Anonymous said...

Kenderaan memang berperasaan. Er Meremang bulu - Seram Macam Cerita Hantu Kliwon Je.
Aku ckp ngan emak aku nak beli kereta baru dalam kereta lama. Duit downpayment pun dah ada RM3000. Esok tu kereta aku rosak di highway. Habis duit downpayment tu hancuss buat bayar kereta tarik, baiki enjin dan segala yang berkenaan (teksi, makan). Taubat weii

Unknown said...

Betulla mase tu Aq pkai lamborghini se..tgah2 men pintas atas highway tercabut ekzos aq..tplanting tpy hghwy..seb bek xkne kete blkg2..gara2 mlm tu aq ckp ngan gf aq..aq nk trde in kete ni amik viva 660..slmt xdw pape aq