Hari aku aku masuk kerja separuh hari. pagi tadi bercuti anto wife gi check up pregnant. schedule yg sepatutnya hari jumaat lepas, tapi diorang tunda hari ni. takpelah cuti akupun banyak lagi.
pagi2 aku dah hantar wife ke klinik dan luqman ke tadika. pika cam biasa ikut aku pekena roti canai telur kat kedai mamak. then balik rumah baca surat khabar. tapi hari ni lain, pika tak mau duduk rumah, asyik2 nak gi ngan ummi dia. aku ajak gi econsave jalan2 pun dia tak mau. nak ummi dia jugak. so, aku bawak pika ke kliniklah.
bosannya menunggu. kalau minggu2 dulu kat rumah selepas habis baca obituary, boleh gak kemaskan rumah jadi mister mama. kat klinik aku nak buat ape. tivi pun takde. dah la panas nak mampos. tapi yg pelik ibu2 mengandung rilek je? diorang ni tahan haba ke?? abis surat khabar aku baca, bukan takat obituary... iklan kerja kosong, iklan jual rumah, iklan along, dan pasaran saham pun aku baca. nasib baiklah ada gak bapa2 yg prihatin datang, aku saje la senggeng2 sembang2 hilangkan bosan.
dalam keadaan yg stress tu ada gak layan lawak spontan. may be kali pertama mengandung kot. dalam buku merah mengandung tu biasanya mereka kena tulis sendiri. so, bakal ibu tu kena tulis nama ibu, ic, alamat, telefon dan sebagainya. dah giliran dia sampai, misi panggilah nama si ibu ...
misi : siti salmah
(tiada sahutan)
misi : SITI SALMAH
(Tiada sahutan dan pergerakan)
misi : SITI SALMAH BINTI AWANG (bukan nama sebenar)
(pun tiada sahutan dan pergerakan)
misi : mana dia pergi ni..... (dan memanggil nama orang lain)
(selepas 30 minit)
ibu mengandung : misi....nama saya belum dipanggil, dah lama tunggu.
misi : apa nama kamu?
ibu mengandung : Fazlin latifah (bukan nama sebenar)
misi : (mencari2 kad ibu mengandung) takde la nama kamu? kamu ada bagi saya kad?
ibu mengandung : ada.
misi : (mencari lagi sekali) takde lah nama kamu..
ibu mengandung : (tolong cari dan berjumpa kadnya) ni hah kad saya.
misi : ini nama siti salmah, kamu cakap nama kamu fazlin latifah.
ibu mengandung : memang nama saya fazlin latifah, siti fatimah tu ibu saya.
misi : la... kenapa kamu tulis nama mak kamu?
ibu mengandung : dah kad tu tulis nama ibu, saya tulis lah nama ibu saya.
misi : (mengelengkan kepala dan ketawa kecil) dah.. tulis semula nama kamu.
bapak orang (aku le tu) : (ketawa berdekah2 sambil cover dengan surat khabar)
lupakan bab ibu tu, salah kad tu jugak bagi aku. he.3x
masa berborak ngan beberapa bapa diklinik tu, aku dapat rasakan kerumitan kehidupan zaman kemelesetan ni. rata2 dah tak de overtime, ada juga dah diberhentikan kerja kerana syarikat bankrap dan baru kerja ditempat baru dengan gaji lebih rendah. ada antara mereka beritahu kos rawatan di hospital kerajaan (hospital klang) dah meningkat. kalau dulu mereka kena charge murah, sekarang segala rawatan dan ubatan dicaj sepenuhnya.
mendengar cerita mereka, dan cerita kawan2 mereka dari mulut mereka, membuat aku teringat kata2 boss aku masa meeting beberapa hari lepas iaitu "Company did not owe you a living". maksud mudahnya ialah kompeni tidak berhutang suatu kehidupan atau menjamin suatu pekerjaan kepada pekerjanya terus menerus. aku setuju kata2 boss aku, bukan aku nak bodek dia, sebab dia tak baca menda2 remeh sebegini, dan tak faham cakap atau baca bahasa melayu.
pada aku kita bekerja untuk dua tujuan, untuk 'KERJA' dan untuk "KAREER". ada orang cuma bekerja, buat kerja diarahkan, dan hujung bulan dapat gaji untuk menyara family. tapi ada juga orang yg berkareer. mereka berjuang untuk jawatan dengan melakukan perbagai inisiatif untuk maju. mereka lebih berinisiatif, berketrampilan dan boleh jadi terpaksa menikam orang lain untuk naik ke next level.
apa2pun, dalam bekerja atau berkerjaya, kita jangan mudah lupa bahawa kita yg bergantung kepada syarikat sebenarnya. jangan perasan bahawa syarikat bergantung kepada kepakaran kita! ingatlah bahawa, kita akan terus bekerja selagi mereka perlukan kudrat kita.
kalau kita melawan, kita dipecat.
kalau kita tidak productif, kita diminta berhenti.
kalau sykt nak machine oriented, kita dihumban kesanasini dan memaksa kita berhenti.
kalau syarikat nak buang org lama yg bergaji mahal, kita diberi FIFO.
kalau syarikat nak singkirkan orang baru, kita diberi LIFO.
kalau syarikat nak pakai orang asing, kita di MSS.
kalau syarikat rugi, kita di VSS.
kalau syarikat lagi rugi, kita di retrenchment.
kalau lagi rugi dan lingkup, kita tak berstatus dan tak bergaji langsung.
so? beringatlah.. dalam bekerja, kita juga perlu menyimpan duit. alangkah lebih baik jika kita juga mempunya 2nd income yg dapat membantu biarpun sedikit. sedarlah bahawa kita masih boleh berfikir baik buruk sebelum hulur surat berhenti kerja pada syarikat; tetapi syarikat tak fikir langsung baik buruk apa akan terjadi pada pekerja jika nak buang kita.
apapun, yg bekerja tu kerjalah dengan tekun. jangan biarkan diri anda dalam senarai yg akan diberi surat tak perlu lagi datang kerja. sebagai orang yg kerjanya dari dulu mengambil dan membuang orang, kerja kami amat berat. dan biarpun kami juga punya hati dan perasaan, kerja tu terpaksa kami lakukan. malah pernah ada yg menangis memegang kaki merayu diberi terus bekerja. apa boleh buat, kami juga kuli seperti kalian.
kepada adik2 yg nak jadi orang HR, pastikan anda berhati batu.
IZZI ADVERTIZING------------------------------------------
15 comments:
..best rr citer sal misi kat kinik tuh...hahahahaha...
hmm.. gomen tak pernah buang org kecuali terlibat dgn rasuah atau meninggal dunia.. huhu..
ima shhs,
kalau ada kat situ lagi best. lawak siot...
jard the great,
bestnya kerja gomen yer..
nasib baik dia gi tanya misi tu, kalo tak berkulat ler dia tunggu sampai ke petang,kekeeke.
TAK TAHAN aku gelak, siot tul tulis nama mak dia..
-eiman-
julietchun,
betul, kalau tak tanya, berjanggut le dia tunggu. kalau mak dia datang, dan pergi bila nama dipanggil lagi bestkan...
eiman,
bayangkanlah aku yg kat sana... lagi best punya gelak.
heheheh....sure dia balik pi cite kat org lain gak tu...mmg 1st time preg tu kot
ms. lilies,
confirm 1st time mother la ni.
kah kah kah...
kah kah kah...
lurus bendul betul pompuan tu.. betul gak tu... sapa suh tulis nama ibu.. dia tulislah nama ibu dia..
kah kah kah..
bab hati batu tu, aku mmg takleh... eeeeeeeeeeeee... kesian..
Jururawat Bilik Kecemasan: "Yang menalifon ini, anak dia ke?"
Pemanggil: "?????"
Assalamualaikum
Terimakasih kerana mingikut laman saya.
Intuk ntry ini saya sependapat dan saya sendiri adalah merupakan statistic mereka yang hilang kerja.
kalu aku ada misti aku guling2 ketawa kat situ sampai tercabot cucuk sanggul aku. hahahah!!!
hati batu... huhuhu
Post a Comment