Saturday, April 25, 2009

Kad Loyalty Minyak.... Siapa Yg Untung??



Aku yakin ramai diantara kawan2 mempunyai pelbagai kad loyalty. tak tau kad loyalty tu ape? kalau tak tau confirm kamu masih melum mumayyis lagi. he.3x... ala, gurau je. kad loyalty ni adalah kad kesetiaan yg diwujudkan untuk memaksarela pengguna supaya mengguna produk atau perkhidmatan mereka dengan tujuan untuk mendapat sedikit imbuhan hasil kesetiaan. melambak2 program kad loyalty ni seperti J-card, Tesco card, dan lain2.

tapi kali ni aku tak nak crita pasal loyalty kepada pasaraya. aku nak crita loyalty minyak. macam gambar diatas, ada pelbagai kad untuk memaksarelakan kita isi minyak kat stesen diorang termasuk real reward, mesra, bonuslink, smile dan banyak lagi. gambar kat atas tu yg aku ada je.

aku utarakan tajuk ni sebab semalam (26/04/09) aku baru redeem points bonuslink. ia gara2 dapat statement hari jumaat dan tunjukkan banyak point aku dah kena 'burn' dan akan diburn untuk 6 bulan akan datang. ye lah, bonuslink point expired 2 tahun. sejak aku jadi ahli mereka sejak tahun 2000, dah banyak kali point aku burn. salah aku jugak malas nak check kat internet jumlah point. dan seperti manusia lain, aku seringkali tamak kumpul point sebab nak target hadiah2 yg lebih bernilai. takat nak ambik air mineral baik tak yah le.

yg aku hangin semalam, dah la aku siap print ape aku nak ambik kat shell untuk elak mata kena burn lagi hujung bulan ni, yg ada cuma air mineral, payung, tuala dan beg2. jenuh dah aku ambik botol air, payung, wrist bag, baju hujan kat shell. aku bukan pakaipun, ada aku beri kat family aku masa balik kampung. semalam, sebab tiada pilihan aku ambik tuala. terbang 1800 point for nothing.

silap aku (??) may be ako tak loyal. aku suka lompat2 isi minyak. kalau petronas buat peraduan, aku gi petronas. shell ada peraduan, aku terjah shell. aku suka shell sejak kereta pertama aku dulu. tapi sebab petronas ada kat taman aku, aku isi petronas the most. balik kampung, aku suka isi 'v power' untuk kereta lebih power.

terdahulu masa kereta pertama selain shell, aku juga isi BP (sekarang BHP) sebab aku nak point 'Genting Highland card'. masa bujang dan awal kawin, aku suka gi genting. so selalu isi minyak BP dapat point bermalam kat hotel genting atau first world hotel. kereta sekarang langsung tak pernah isi kat BHP, diorang kata minyak dia bagus gak. malas lah!

kad smile aku baru je buat. ala masa gi melaka hujung tahun lepas, adik aku promote minyak esso dan mobil. sebab kad dia memang rady made kat station, aku ambik je lah. pernah isi sekali je sebab kat port klang tak de stesen tu. paling dekat aku rasa kat hospital klang. jauhhh tu..! adik aku kata points smile senang nak redeem untuk minyak dan point dia menarik, betul ke??

dalam dok loyal kat stesen minyak ni, secara peribadi aku rasa point mereka tersangat lah kedekut. bonuslink misalnya, jenuh aku nak tunggu untuk dapatkan barangan mahal. sebab aku dah tukar kad mesra yg baru ni aku nak tunggu apa tawaran dia. kalau menarik, aku rasa macam nak potong dua je kad2 yg lain. Aku sokong produk malaysia.

apa2pun, kita isi minyak, syarikat minyak je untung besar. kita sebagai pengguna dah cukup kembang hidung setakat dapat air mineral percuma bila isi minyak rm30 ke atas atau dapat kopi percuma setiap jumaat. what a small mind (termasuk aku).



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------



17 comments:

zuhdi said...

huyyoo, banyak nye kad loyalty yang keras-keras..
rasanya, kad-kad ni, mesti ade point yang banyak kalau nak tuntut hadiah..
dan banyakla duit kita keluar nak dapatkan point tu..
nasib baik saya takde keter, dan tak reti bawak keter..
kalau tak, mesti dah ade lima kad loyalty kot..
huahuahua

izman said...

zuhdi,
sekarang kamu belum lagi. nanti dah kerja dan ader krete sendiri, lagi banyak kot dari abg izman.

Anonymous said...

sme2 untung kot..

Mak Su said...

points bonuslink sgt kedekut. lama banget nak tunggu byk. kad mesra ok skit, tapi pendekata... semua pun rewardsnya yang mahal2 jer.... susah nak dpatlah. tambahan lagi kita ni jenis mana stesen minyak kosong, gi isi kat situ. :(

izman said...

asis,
mmg sama2 untung. tapi diorang untung lagi banyak..wa...

izman said...

maksu,
kalau tahap mcm kita yg tak setia ni, takat redeem air meneral je la...

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Izman...

Nice meeting U,Izman..
It is my pleasure to be ur friend..
Thanx for dropping by my blog..
Well..It is not easy to be single and in fact I can tell you honestly the past is still hunting me badly until NOW but life still goes on...Mind to leave ur contact num and I will call you one day..Email to my email tomypc2002@yahoo.co.uk...
Hope to hear from U soon...:)

qaseh said...

a'kum izman

bercerita tentang kad loyalty, emmm...kalau minyak ...qaseh cuma ada kad smile dan kad mesra. smile jarang guna, sbb selalu guna kat petronas atau caltex. tak pernah tuntut hadiah pun. macam izman juga, kadangkala malas nak check point kat internet.

tp qaseh setuju yg ganjarannya semuanya mahal-mahal. bak kata izman, asyik2 minarel water, payung, tuala...alahaiiii...nak kumpul point nyer ...alahai setengah mati.

setakat ni qaseh ada kad;

leno
tesco
avon
cosway
mesra
smile
kad pengenalan hehe

apa-apa qaseh memang gemar kumpul2 kad ni..

Rayz said...

aku punye kad kredit point pun kadang2 lupa nak guna sampaikan burn gitu jer...

izman said...

tommy,
thanks. i will email u my details.

izman said...

cahayaqaseh,
betul tu. asyik2 air mineral, kombong la perot wei..

selain kad pengenalan, persamaan kad lain ialah tesco dan cosway.

izman said...

nadya aka razman,
ko ni semuapun lupa. jangan lupa lupa balik rumah dah le...

jangan pulak lupe perjumpaan kita nanti.

muadzlife said...

mmg kan.. lepas tu kunun macam nak collect point lpas tu bila nak redeem on9...punyalah lembap page dia..pastu..tgk2 hadiah bila check..dah abih...nak redeem kadang2 tempat tu x berapa 'userfrenly' pun...hmmmm

izman said...

muadzlife,
he.3x. ko pun biasa terkena gak ke.. sama lah kita.. he.3x

Kapten Luffy said...

peniaga memang licik

kan

Papa-Itam said...

orang ada kad aku pun nak ada kad tapi tak pernah redeem-redeem..balik-balik kad hilang entah kemana..karang ni ada pulak kat petronas yang baru..apa tunggu lagi jom dapat kan satu

sonata anak kancil said...

Dulu2 ada kad petronas - tak pernah redeem & tak menang apa2 pun - lepas tu kad hilang.

Bonus link ada gak - tapi selalu lupa - entah di mana2 merayap tak tau...tak kisah pun. Sebab hubby dok tukang tuang myk! So, dia ajelah yg pegang kad tu.

Yang setia ialah Jusco - sebab Jusco dekat rumah. Banyak dah hadiah diredeem ....