Monday, April 20, 2009

Jom Ke Zoo Negara

2 hari aku tak update blog. adik aku datang so, aku melayanlah mereka sekeluarga. jumaat malam sabtu, adik aku teringin nak pegi uptown. nak pegi uptown damansara jauh sangat, aku ajak mereka gi uptown shah alam je. lama gak pusing2 uptown, dah penat lepak2 jab pekena nasi lemak kat situ.

hari sabtu (18/04/09), adik aku ajak gi zoo negara dan tawaf sekitar KL. wife aku agak keberatan sebab tak larat. ala biasalah perempuan mengandung. cuma dia kata kalau jalan sikit, dia ok. aku tak mahu paksa, cuma aku beritahu adik aku kami sekeluarga ikut tapi kalau wife aku kecapekan, kami tak boleh tawaf sampai KL lah. aku ingat mereka dah pegi zoo hari jumaat lepas mereka gi putrajaya sebab mereka petang baru balik rumah aku. aku kerja, rupanya adik aku si esam ajak tawaf shopping compleks je. memang kalau dia nak jalan gi zoo, memang tak maunya..

lepas sarapan kami ke zoo negara. guna 2 kereta sebab lepas tu adik aku nak terus balik kuantan. Alhamdulillah, selepas rombongan masa aku sekolah rendah dulu, inilah kali kedua aku datang zoo negara. aku pun tak tau kenapa dua tahun berturut2 aku gi zoo melaka ye? may be sana lebih jauh, lebih banyak kawasan menarik disekitarnya dan boleh bermalam di tepi pantai kot. tapi kalau kat KL pun boleh bermalam kat pantai gak.... err.. pantai baru dan pantai dalam. he.3x.

baru je nak masuk, tengok papan tanda harga aku dah terkujat! dewasa rm15.00 sorang. kanak2 rm6.00 sorang. kami 4 dewasa dan 4 kanak2. kopaklah aku... tapi nasib baik gak kanak2 cuma dicharge rm6 untuk yg berusia 3 thn ke 12 thn. anak aku pika dan anak adik aku marsha belum genap 3 tahun, tak kena bayar la....

secara peribadi aku rasa zoo melaka lebih menarik dan lebih friendly dari zoo negara. harga makanan dan minuman di kedua2 zoo memang cekik darah tahap yahudi. cuma zoo negara lebih ok pada aku ialah tanahnya yg lebih landai dan tidak terlalu memenatkan berbanding zoo melaka.

ni sedikit gambar masa di zoo negara.




lepas animal show habis jam 320pm, kami pun keluar. cuma kami tak dapat ikut family adik aku yg nak gi tawaf petaling street, central market, jalan masjid india, klcc dan sogo. wife aku dah kepenatan. anak2 sampai je kat kereta terus mintak susu dan terus terlena, penat sangat barangkali berjalan sambil bermain2 dengan sepupu2 mereka. adik aku tak kisah, sebab memang kami dah bagitau awal2, dan dia pun faham keadaan orang mengandung. aku pun tak ralat membiarkan mereka ke KL sebab aku dah beberapa kali ajar mereka guna lrt, dan jalan2 short cut. dan nasib baik gak kami tak ikut sebab masa aku call mereka jam 830pm, mereka masih asyik jalan2 di KL.

aku teruskan perjalanan balik dan hanya membiarkan anak2 tidur dengan lena. sejuk betul aircond yg baru diservis ni. sebab kami belum makan makanan berat, kat zoo cuma makan jagung rebus, jajan, twister, air coke, air cincau, jajan lagi, roti dan sebagainya. aku ajak wife pekena kfc sebab ada beberapa keping voucher kfc lepas isi minyak kat petronas. wife tak nak, dia nak sate kajang haji samuri. sampai kat kawasan ehat awan besar, aku cuba kejutkan anak2 ajak makan, dua2 langsung tak sedar. kesian anak2 ayah kepenatan. aku bungkus je sate kajang.

sampai rumah, lepas bersihkan diri dan solat, kami makan sate bersama anak2 yg dah bangun tidur. tiba-tiba pika bertanya...

pika : ayah, bila ayah nak bawak tengok monyet?
ayah : (terpaku) kita dah pegi kan. tadi kita ramai2 pegi zoo tengok monyet.
pika : tak nampak monyet pun...
ayah : ada. tadi kita dah tengoklah monyet (sambil menunjukkan gambar2)
pika : mana ada monyet. tak ada pun...
ayah : (baru teringat aku tak sebut pasal monyet, tapi lotong, kera, dan lain2)oo... ayah tau. orang utan, lotong, kera, tu semuanya keluarga monyet. semuanya monkey.
pika : ye ke.... semua monyet ye...




IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

25 comments:

julietchun said...

kalo org yg ada anak ramai terasa gaklah dgn rega tiket tu, tapi kalo ikut pengurusan zoo ckp rega tiket tu berbaloi sbb kos nak jaga haiwan tu sgt tinggi.

izman said...

julietchun,
setuju, tapi bebanan tidak harus diletakkan kepada mereka yg dtg ke zoo. mereka harus ingat, kita ke zoo kerana kita masih ada sifat sayangkan haiwan, sepatutnya pembalak haram yg ditangkap harus didenda dgn wangnya diberi kepada zoo.

Anonymous said...

haha...macam2 jenis monyet...macam orang jugak, bermacam2..

KV said...

naik kete api tak? Ke dah tak wujud tram tu? Haha

Anonymous said...

uptown gurlll...

izman said...

jejakalkindi,
tu lah sebut lotong, mawas, dan sebagainya kat anak, lupa nak cakap species monyet.

izman said...

kv,
keretapi? ada ke? tram @ van pendek tu ada lah... camner nak tengok haiwan, bawa laju siot. aku jalan kaki je, jimat duit dan exercise perut.

izman said...

asis,
kamu uptown gurls ye, ini downtown uncle. he.3x

Ms.Lilies said...

aku ada pi dulu....masa tu pun aku rasa tiket dia dah mencekik dah....

izman said...

ms. lilies,
betul, org2 miskin dan sederhana cam kita je gi zoo, org kaya tak gi. so, jangan lah charge mahai sangat.

Mak Su said...

mahalnyer! :(

ada awards utk izman

Nek Cun said...

Nekcun pun cam Izman, last pegi zoo masa zaman sekolah menengah dulu. Nekcun memang paling tak suka pi zoo dan muzium. Kalau nekcun pi oversea pun, nekcun tak akan pegi tempat-tempat tu melainkan kalau dah terpaksa kerana kena ikut rombongan pelawat. Nekcun tak tahu camna nak hargai benda2 yang ada kat situ. Tapi baru-baru nih, sayang cucu punyer pasal, nekcun ngan atok pi gak zoo Melaka sbb cucu nak tengok elephant... Mau tak mau, ikut ajer ler kehendak cucu... hehehe...

Kenangan Lalu said...

Dari kecik teringin nak g zoo, tapi dah agak dewasa nak gie skang~ Huhu~ Kempunan~

izman said...

maksu,
mahal le utk org susah.

award? nanti gi ambik.

izman said...

nekcun,
ni kira nenek yg sporting abis le ni. baguslah dapat eratkan perhubungan kekeluargaan.

izman said...

AlexAlabasta,
masih boleh, tapi kalau gi sorang nampak janggal le...

Tijah said...

aku stuju. zoo melaka lagi best. etlis binatang2 dia nampak la mcm cukup makan.

izman said...

tijah,
aku setuju.

Kapten Luffy said...

susah jugak jadi bapak kena explain ni

hehe

secangkir madu merah said...

Baru bulan lepas akak pergi zoo bawak anak2 tapi naik tram aje, malas nak jalan, cuaca panas masa tu, disebabkan naik tram satu round sekejap je dah nak balik. lagi pun tak byk haiwan yg ada. Dah lah tiket masuk mahal giler...

nurizan said...

last aku gi zoo pun rasanya bertahun gak la.. tapi sempat la zaman2 dating ngan wife dulu kat zoo.. hahah

ima shhs said...

Lamaaaaanyaaaa tak ke zoo... ms kanak2 dulu jer pegi.... zaman sekolah rendah.....huhuhu....

Abang Long said...

ye ke.... semua monyet ye...


Abang long terimbau zaman kecil ... tahun 70'an. Bila saudara ajak "jom tengok sedara."

DULHARRAJA said...

Saya suka ke tempat2 macam nie...damai sekali...tapi bila tengok harga RM15 terasa gak...(tapi pihak pengurusan mesti memikirkan cara bagaimana nak kurangkan harga tiket).ini termasuklah mendapatkan potong istimewa bagi pengunjung yang membawa famili atau yang sering membawa rakan2 tak kira dalam dan luar negara.

- Apa kata kita buat kupon kira point...lebih banyak kunjung yang dibuat lebih banyak kutipan lebih banyak diskaun dan terus jadi WARGA SAHABAT ZOO NEGARA MALAYSIA- alangkah bangga nyer....

en_me said...

sonoknyer gi zoo negara kanns.. salamms abg izman tewww