aku masih dalam mood April Fool. so, aku sambung kisah lain psl aku kena APRIL FOOL. ia melibatkan kekasih hati aku jaman sekolah2 dulu. aku rahsiakan nama dia untuk kebaikan bersama. pernah suatu ketika masa sekolah menengah jugak, kawan perempuan aku ni gatal2 nak April Fool kan aku. dia dan beberapa kawan baiknya telah mengarang satu surat memohon perpisahan. aku agak mereka mengarangnya dirumah sebab mereka tak duduk hostel sedangkan aku terpenjara dihostel. pada hari isnin, masa perhimpunan pagi, kawan dia yg pengawas dah serahkan satu surat pada aku. kat perhimpunan biasanya mana ada spot check surat, yang biasa dicheck ialah tak pakai kasut sekolah, tak pakai stokin, tak de name tag, dan paling hari tak pakai 'simis'. sebelum aku crita april fool, aku crita pasal simis dulu yer, masa panjang, esok aku cuti.
akupun pengawas jugak. ketua pengawas tu kawan baik aku, dan dia juga naib presiden kelab aku (presidennya aku la..). aku selalu tolong dia buat duty roster, so dia tak kisah kalau aku nak jaga kat mana2. kalau perhimpunan, aku suka jaga dan catat kesalahan dalam buku rekod disiplin. oang yg ditahan buat kesalahan akan mengadap aku yg duduk dikantin (memang tempat perhimpunan sebelah kantin) untuk dicatatkan kesalahan. teduh tu beb! biasanya 2 org jaga, biasanya dua2 lelaki.
suatu hari, ada la satu pompuan tu kena tahan dan lapor diri utk catat kesalahan. begini lebih kurnag dialog kami :
pengawas bertugas : nama kamu?
si kena tahan : polan binti polan (nama tak ingat)
pengawas bertugas : kelas?
si kena tahan : 4 ixora merah (bukan kelas sebenar)
pengawas bertugas : kesalahan?
si kena tahan : (diam)
pengawas bertugas : (dengan muka dibuat2 garang)kesalahan cik adik oi!!
si kena tahan : err.. tak pakai simis.
pengawas bertugas : apa?
si kena tahan : tak pakai simis (dengan agak kuat)
pengawas bertugas : (saling memandang dan saling tak faham)simis tu ape? spender ke?
si kena tahan : (kemaluan yg amat)bukan. tak pakai kain dalam.
pengawas bertugas : (sambil mulut melopong) Ooo.... kenapa tak pakai kain dalam?
si kena tahan : tak selesa la bang.
pengawas bertugas : (merenung wajah si cantik manis tu dengan perasaan khayal, dan air liur dah bergenang dalam mulut)Dah, pergi masuk kelas.
izzi note :
aku keliru gak, simis tu kain dalam ke baju dalam? abaikan.
sambung crita april fool balik.....
abis perhimpunan, aku meluru ke tandas baca surat. perasaan aku betul2 down! surat minta putus. alasan dia ingin menumpukan pada peperiksaan spm yg bakal menjelma. dia ingin mencapai keputusan peperiksaan dengan cemerlang. aku pelik jugak, dia mana pernah cemerlang, nama yg selalu tertampal dikantin sekolah sebagai antara pelajar harapan sekolah nama aku ada la.... nama dia? tak masuk senarai. ah.. tak kisahlah. dengan hati yg sedih ibarat kaca yang terhempas ke batu, aku melangkah longlai ke kelas. aku tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, hati aku asyik teringatkan budak kelas tingkatan 4 yg baru2 ini berjumpa aku untuk minta nasihat tukar subjek untuk peperiksaan spm dia nanti. ye lah.. dah makwe aku mintak putus, kenalah aku usahakan awek lain pulak aku mana pernah hidup seorang, aku akan lemah tanpa belaian seorang wanita cantik.
aku enggan bercakap dengan kroni2 awek aku yg ingin kepastian berkaitan surat cerai itu. aku sengaja buat2 ceria, dan seolah2 tiada apa terjadi. aku elakkan bersua dengan si dia, padahal kelas kami sebelah menyebelah je. "jikalau orang tak suka, tak apa......" aku membawa hati yg lara dalam beberapa hati itu. dan akhirnya aku mengambil keputusan menulis surat balasan. antara bait2 kata2 yg masih aku ingat adalah seperti berikut :
assalamualaikum sayang,
mungkin ini adalah surat terakhir antara kita, dan izz redha dengan apa yang berlaku. izz hormati pendirian sayang untuk menumpukan perhatian pada pelajaran, kerana izz faham perjalanan hidup kita masih panjang, dan kita perlu keputusan yang baik untuk bekalan dalam perjalanan hidup kita nanti.
apa-apapun terjadi, izz hargai perkenalan kita, dan izz akan kenang selamanya sebagai suatu memori indah.
jika sayang terperasan izz mencuri2 pandang ke arah sayang, janganlah marah, hanya itu sahaja caranya izz menghilangkan perasaan rindu izz pada sayang yang telah tersimpul rapi dihati izz.
izz doakan sayang berbahagia dengan keputusan sayang dan izz merelakan perpisahan ini.
selamat tinggal sayangku.....
yang menyayangimu sepenuh hati,
izz
surat itu ku serahkan kepada salah seorang sahabat karibnya, dan kemudiannya berlari keluar ke kelas sebelah. kemudian aku tengok mereka berdua berlari pulak ke tandas. apsal suka sangat baca kat tandas hah!
dalam 10 minit aku perasan mereka keluar tandas. aku buat2 berborak ngan kawan sekelas, kebetulan cikgu ponteng kelas (sibuk??). aku lihat mata kawan aku merah, menangis! ape kejadahnya menangis, bukan dia yg jadi makwe aku, kawan dia. dan nak nangis buat apa, bukankah dia yg minta perpisahan.
sekejab lagi, mereka ajak aku jumpa belakang bangunan. aku enggan. abis kelas dua2 minah tu tunggu belakang kelas aku, aku berlalu balik hostel. si awek ke hostel bawa bekal masakan, aku enggan turun. kawan aku si badang ambik, dan dia jugak yg habiskan makanan tu. ia berlangsung beberapa hari. sabtu dan ahad, dia masuk ke asrama nak jumpa, aku masih enggan. aku rela terperuk di bilik, dari mengadap muka dia yg menghancurkan hati aku. si badang yg sekelas dengan dia jumpa aku dan menerangkan bahawa surat tu hanya sekadar april fool. aku ingin tertawa dan kembali bersama, tapi egoku terlalu tinggi, setinggi menara pemancar tivi berdekatan sekolah kami.
"aku dah ludah, mana mungkin aku menjilat kembali" aku kata pada badang. "aku ada maruah. aku apa peduli april foolke, mei foolke, december foolke. aku lelaki, dia tak boleh memainkan aku begitu. aku lelaki, aku bakal ketua keluarga, dayus aku kalau diperkotak katikkan sedemikian" kata aku lagi.
isnin menjelang, dan episod pujukan masih berjalan tapi dah sejuk. dia tau aku keras kepala. aku simpati dengan keadaannya yang dah kurang terurus. senyum dah tiada di wajahnya. argh! aku lelaki. maruah aku penting.
namun, simpati aku mula tumbuh, dan aku sanggup jumpa dia di tengah2 lorong bangunan yg sunyi lepas kelas. suasana agak hambar, aku hanya membatu sedangkan si dia asyik memohon maaf. sayu hati aku melihat juraian air matanya. habis basah tudungnya. tapi aku mentain ego.
sesekali dia cuba memegang tanganku, aku mengelak. HARAM! (he.3x.). akhirnya aku bersuara "surat yg saya bagi awak tu mana?" aku tak sudi lagi memanggil nama dia sayang. dia menunjukkan surat itu yg diambil dari saku bajunya. sedu sedan masih berlangsung. aku masih buat muka serius. muka orang takde perasaan.
"dah abis baca?" getus aku. aku dengar dia menangis lagi kuat. aku masih cool, tak de perasaan. "kenapa awak nangis, awak yg minta putuskan?" tukas aku. "bukan, orang main2 je, orang saje nak kenakan izz". dia berkata. aku mencebik dan berkata "sekarang puas hati awak!". dia menangis lagi "argh perempuan, itu sahajalah senjata ampuh mereka. menangis." kata hati lelaki aku.
malas memanjangkan keadaan, aku berkata "kalau awak baca surat tu semuanya, awak akan faham perasaan saya". dia bungkam. ishh... dia tak faham. aku cakap lagi " awak baca kat belakang surat tu?". dia cepat2 mengeluarkan surat tu, membacanya dan kemudiannya tersenyum manis sambil menumbuk2 manja bahu aku.
apa yg tertulis?
nak kenakan izz ye, ini dia april fool sebenar (dalam tulisan tangan yg sangat kecil)
izzi note lagi sekali :
anggaplah ini suatu kisah rekaan yer. jangan ambik serius. (he.3x)
34 comments:
heppp....pengawas2 mana leh dating wakakakaka
kasanova neh time sekolah.. haha
-eiman-
ko gelarkan diri ko iz?? adoiyaiii!! mcm citer ali setan doooo....
keh keh keh...sadis sungguh stori ini..
abang IZZ ni jahat taw!
simis tu baju yg pompuan pakai nak elak nampak baju dalam. Arghh...aku pun tak reti nak citer.
kalo tak pakai spender pun kena tahan gak ke? kakakkaka.
eii...aku pun 1st time dengar pasal simis. Aku ingat kan ko salah tiap kismis ke ape...
Kah kah kah.. ini ler kisah lawak giler baban yg pernah aku dengar!!!!~ Kah kah...!~
Tak pakai kain dalam pun kena denda ? Ini yang konpius ni .... bila masa pelajar perempuan kena selak kain, tunjukkan kain dalam ... sama ada pakai atau tidak ... eh , memang konpius ni.
makwe aku mintak putus, kenalah aku usahakan awek lain pulak aku mana pernah hidup seorang, aku akan lemah tanpa belaian seorang wanita cantik.....
jiwa ko dan jiwaku sama... tapi kalau budak pompuan yg main getah gelang atau guli memang tak masuk dlm senarai laa
salam..banyaknya kisah cinta isk2..ahaha
cayalah bro..ko berjaya buatkan hatiku tersentuh..best ade pilu pon ade last2 hepi ending.ko boleh wat film woo sembilu 3 hak3.apa2 pon ko mmg best la bro..hehe.
haha...sebak aku membaca cerita ini...begitu sadis & tragis sekali..hehehhe
seb baik still lam mood april fool, kalu ko letak tajuk lam mood honeymoon pitam aku!
ms. lilies,
pengawas pun manusia jugak, ada hati dan nafsu. he.3x
eiman,
cerita sains fiksyen je... he.3x
tijah,
aku tak sanggup, tapi mereka2 yg insist. aku terpaksarela. duluuuuu...
iliana,
sadis dan sardin cap ayam. enak dilayan sambil minum petang. cerita merapu je.
monkey d luffy,
bukan jahat, nakal sikit je...
kv,
trima kasih kerana ingatkan balik. akupun dah lupa makna dia...
julietchun,
tu yg aku konfius. kalaua ada kesalahan tu, aku ler yg best. kena pastikan (astaga!)
nadya aka razman,
ada la... itu istilah greek kot? kuang.3x
IZZ..KONON!!!! Panggil JEMAN jer..cukup:P
FaRrA DeeN,
trima kasih pujian dan bertandang. jgn lupa selalu datang yer. pastu fikir2 lah nak link ke hape...
sedap, suci, segar...
memang salah kalau tak pakai kain dalam dan baju dalam (masa sekolah dulu la..), pengawas pompuan la check. kalau aku yg dapat check.....
shifu67,
he.3x... kita insan lemah ye... (bukan lemah lain yer)
arsaili,
crita cari makan je...
adirwana,
trima kasih ada yg suka.
trima kasih juga sudi datang. dtg lagi tau..
cendawanintim,
bab honeymoon tu bab dalam kain, tak leh crita.
jejakalkindi,
he.3x... ayat2 lama tu.
ila,
ala... ko jeles! tapi aku benarkan ko nak panggil aku wak jeman. tak pasal2 aku jadi jawa.
zaman2 tu mmg teruk dak2 wat april fool..dak2 hostel paling teruk kena
antalya,
biasalah time hostel.
Post a Comment