Friday, February 27, 2009

Kerja Kuat VS Kegawatan Ekonomi Global

Kesibukan hari ni ternyata menyebabkan badan aku lesu. dengan meeting, urusan bank, urusan gaji, dan pelbagai urusan lagi. apa nak buat, aku cuma pekerja kerdil dalam syarikat gergasi. dalam kesibukan tugas, terbit juga rasa bersyukur kerana aku masih ada kerja nak dibuat. kalau tiada kerja untuk aku, mungkin aku dah duduk dirumah membelek2 kerja kosong diakhbar atau surf kerja kosong di internet.

cuma aku tidak boleh terlalu ghairah sebab pengurusan tertinggi syarikat telah memberi isyarat kepada aku supaya bersedia merancang pelbagai kemungkinan. may be sehingga bulan 4 atau 6, kami masih bertahan dengan kerja yg ada akibat adanya tempahan luar negara. selepas itu bagaimana? kemungkinan2 yang wujud ialah :-

1)Dihadkan overtime atau ditiadakan terus, dan memaksa pekerja bawahan hanya berharap pada gaji basic.

2)pekerja juga disarankan menghabiskan cuti2 tahunan dengan perlaksanaan cuti paksaan. sedihlah pada yg tiada cuti tahunan atau telah terhabiskannya.

3) pengurangan jumlah kerja mingguan. sekarang kami bekerja 5 hari seminggu. may be satu hari kerja terpaksa ditolak menjadikan 4 hari bekerja. biasanya hari jumaat akan dipilih kerana ia adalah hari kurang produktif akibat masa rehat yg panjang. dah kureng hari kerja, jumlah gaji basic juga berkurangan.

4) tiada pekerja baru akan diambil walaupun ada pekerja berhenti, kecuali jawatan yg mendesak. sianlah kat adik2 kita yg baru grads atau baru lepas sekolah.

5)tawaran pemberhentian sukarela. ini agak susah kerana kami masih baru. kalau vss, berapa sen lah yg dapat.

6) pemberhentian kerja mengikut keutamaan. itu akan difikirkan kemudian; FIFO ke, LIFO ke, atau suka hati aku (boleh ke??)

walaupun itu semua kemungkinan, tapi ia tidak mustahil. dapat dilihat akibat ekonomi yg tidak menentu ini, syarikat2 gergasilah yg parah berbanding perniagaan kecil seperti perniagaan goreng pisang makcik senah.

tiba-tiba... aku teingat crita dalam buku 'dare to fail' atau 'berani gagal' karya sifu kegemaran aku iaitu billi lim. lebih kurang begini ceritanya.....

dalam kegawatan ekonomi dunia, pelbagai syarikat terpaksa membuang pekerja, dan ada yang gulung tikar (bukan sebab dia kerja jual tikar menyebabkan kena gulung tikar, tapi bangkrap). hari2 ada je syarikat muflis merata2, dan pengangguran berleluasa. berlainan dengan seorang penjual kuih ditepi jalan yang kurang berpelajaran, hari2 gerainya semakin laris jualan kuih. untuk senang faham, aku buat dalam bentuk stori. aku namakan penjual cina tu en. apek, dan anaknya sebagai en.lenchai. utk makluman, en.lenchai ni lulusan universiti. kita sambung balik, enterframe mengacau je... ni dah dialihbahasa menggunakan bahasa melayu baku seperti sesetengah drama cina malaysia tu...

en. lengchai : Ayah, adakah ayah masih berniaga seperti biasa sekarang ini?
en.apek : Ya, wahai anakku. kenapakah kamu bertanya begitu kepada ayah?
en. lengchai : Begini ayahku... adakah ayah tahu bahawa sekarang ekonomi dunia sedang merudum?
en. apek : Tidak! tidak tahu wahai anakku. Cuba kamu terangkan kepada ayah. ayah tidak berpelajaran tinggi seperti kamu.
en. lengchai : adakah ayah tidak melihat berita di televisyen?
en. apek : bagaimanakah ayah dapat menonton berita ditelevisyen, kamukan tahu ayah cuma faham bahasa cina sahaja. setiap malam waktu berita malam kamu yang menukar siaran ke berita inggeris di CNN.
en. lengchai : bukankah ayah sentiasa bersama-sama saya menonton berita setiap malam. saya tengok ayah selalu tengok dengan serius dan kadang2 tergelak besar apabila ada berita yang melucukan.
en. apek : ayah tidak memahaminya langsung anakku. ayah cuma serius atau ketawa apabila melihat gambar2 sahaja. kadang2 ayah cuma ketawa bila melihat kamu ketawa anakku.
en. lengchai : tidak mengapalah ayah. sebagai anak yang menuntut di luar negara dan memperolehi ijazah walaupun sekarang masih menganggur kerana semua gaji tidak setaraf, saya ingin memaklumkan bahawa ekonomi sangat tenat sekarang. pembuangan pekerja disana sini.
en. apek : jadi, apa kaitan dengan ayah, wahai anakku?
en. lengchai : Ah.. rupanya ayah masih belum faham. nasib baiklah saya belajar diluar negara. ayah tidak sepatutnya meniaga secara biasa atau menambah jualan. ayah sepatutnya mengurangkan jualan, dan dengan itu risiko kerugian dapat dikurangkan.
en. apek : kerana kamu lebih pandai berbanding ayah yang hanya langsung tak sekolah masa di tongsan china dulu. ayah akan ikut cakap kamu. mulai esok,ayah akan kurangkan separuh jualan.

setelah mengurangkan jualan, didapati hasil jualan dia tidak seperti hasil jualannya sebelum mengurangkan jualan, walaupun kuih jualannya sentiasa habis. dan en. apek berkatalah pada anaknya;-

en. apek : benarlah kata kamu wahai anakku. hasil jualan ayah semakin kurang sekarang.
en. lengchai : ha! sudah semestinya kata2 saya ini betul wahai ayah. saya inikan lulusan luar negara. ayah sepatutnya mengurangkan lagi jualan.

setelah mendengar kata2 nasihat anaknya itu, semakin hari semakin merosat hasil jualan si ayah. dan akhirnya mereka terpaksa menutup kedai.

moral of the stori :
1) jangan terlalu mengikut persekitaran dan mendengar nasihat2 yg tak boleh pakai. kadang-kala kita mesti mengikut intuisi (naluri hati).

2) en. apek tak sepatutnya mendengar kata2 anaknya. dia sepatutnya menyuruh anaknya berniaga sama2. sebat atau jirus dengan air kalau dia malas bangun bukak kedai pagi2. duduk rumah mengabihkan boreh jo.

3) dalam dunia normal, mana ada orang cina cakap bahasa melayu kat rumah. drama cina kat rtm dulu tu memang menipu betul. siap bahasa baku tu...

4) korang tak kan jumpa stori tu dalam buku billi lim tu. kisah dia aku buat sendiri bedasarkan imiginasi aku.

5) buku billi lim menyatakan bahawa dalam kegawatan, manusia harus meneroka pasaran internet. itulah yang aku cuba buat sekarang. jangan malu2 bacalah iklan kat bawah tu yer...







IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------------

Sertai survey PERCUMA. Setiap penyertaan yang lengkap dibayar setinggi 100 - 500 Pulse tertakluk kepada jenis survey (100 Pulse = USD1.00). Kenalkan kawan2 turut dibayar. bayaran melalui Paypal setelah cukup minimum pembayaran iaitu 2500 pulses.

Berminat? sila klik banner dibayar.









Iklankan perniagaan, barang jualan, website, buku, ebook, kad perniagaan dan sebagainya. caj pengurusan cuma RM0.50 bagi setiap kali publish. untuk info email ke damak_76@hotmail.com

8 comments:

suzieapai said...

huh....kita makin tertindas dlm kegawatan ekonomi ini! Cdgn yg penuh emosi :

1)anto PATI blk negara depa..diorg senang lenang dpt gaji tiap2 bulan, ari2 mkn nasi..last2 kita mkn pasir kt negara sendiri
2)kurngkan bebanan/kos hidup..ada hati nk naik tol lagi tuuuu.

huh...merepek sudahhh..babai je la.

Hrp company ko okeyla..tak yh la smpi mcm tu kan..tp pepehal semua org kena prepare tuk ms depan!!

ILA said...

Ahaaa..barulah KAU RASA...
ingatkan TAK KAN TERASA...
tmpat aku kerja dah LAMA TERASA...
since last year..huhukk

tu yg aku susah nak update entry..tak mcm orang tuuu...tiap hari update..


larikkkkkkk!!!

izman said...

suzie apai,
he.3x.. tahap makan pasir ok lagi, ini tiang rumah pun nak makan sama.

izman said...

ila,
so far aku tolong rasa bagi pihak staff2 aku.

cendawanintim said...

yer..jangan ikut nasihat orang2 yang tak bertauliah...

izman said...

cendawanintim,
betul, dengar nasihat org gila takut kita yg lagi gila.

bergurulah pada yg arif.

Mak Su said...

realiti dengan buku amat berbeza ek

izman said...

maksu,
memang lain. sebab tu dalam Islam digalakkan mencari guru untuk menuntut ilmu. takut SESAT!