Ini adalah koleksi2 lawak yg masih terpahat dalam otak aku sejak jaman sekolah lagi. lawak2 ni adalah crite real yg aku sendiri terlibat atau ditempat kejadian. banyak sebenarnya, tapi ini yg paling aku suka.
crita satu
Lokasi : sekolah kebangsaan damak
Scene : didalam kelas darjah 5, semasa cikgu mengambil kedatangan murid. cikgu memanggil nama seorang demi seorang, pelajar yg hadir akan menjawab "saya, cikgu" menandakan mereka hadir ke sekolah. ia berlarutan sehingga ke giliran berikut:-
cikgu pompuan : abidin bin ahmad
(diam)
cikgu pompuan : ABIDIN (dengan nada lebih kuat)
nafisah : bidin tak mari sekoloh cikgu. dio deme' ketar (dalam loghat kelantan yg pekat)
cikgu pompuan : abidin sakit apa nafisah?
nafisah : dio deme' ketar.
cikgu pompuan : sakit apa tu? demam ketar tu demam apa?
nafisah : deme' la, ketar-ketar, deme' khuro.
cikgu pompuan : oklah.. dia datang esok, kita tanya dia sakit apa.
nota :
nafisah adalah sepupu aku yg berasal dari kelantan dan berpindah ke pahang semasa darjah 4 atau 5. dan pelat kelantannya adalah masih pekat. Alhamdulillah beliau kini adalah seorang guru terlatih.
Gambar Hiasan : geng sekelas aku masa sekolah rendah damak. Aku duduk no. 4 dari kanan, sebelah kiri cikgu.
crita dua
Lokasi : sekolah menengah damak
scene : hari pertama kelas sains di tingkatan satu. cikgu menyuruh murid2 bangun dan menyebut alatan makmal atau radas dengan kuat seorang demi seorang. jadi sorang2 demi seorang bangun dan menyebut radas tersebut sehinggalah....
izman : kelalang kon
mahadir : penunu bunsen
rozaidi : (diam)
cikgu lelaki : kenapa diam. sambung terus.
rozaidi : (diam)
cikgu lelaki : kenapa diam rozaidi. sebut! (dengan nada agak kuat)
rozaidi : BURET (dengan nada yg agak kuat)
(semua kelas diam seketika. murid lelaki kelihatan menahan ketawa. murid perempuan tunduk malu, ada juga yg ketawa)
cikgu lelaki : murid2. ini adalah radas makmal. ia diambil dari bahasa inggeris. sebutan yang betul ialah 'biu ret'. rozaidi, cuba kamu sebut...
rozaidi : bui ret.
cikgu : bagus. ok sambung dengan orang seterusnya.....
nota :
itu adalah ejaan sebenar peralatan tersebut. aku bukan mencarut. rozaidi adalah sahabat sekampung aku yg akrab. kami sering mengaji dan main guli. Alhamdulillah beliau kini adalah ustaz lulusan negara arab.
Gambar Hiasan : Antara rakan lelaki sekelas aku kat sekolah menengah jerantut. masa lower 6. aku berdiri no. 2 dari kiri.
crita 3
lokasi : sekolah menengah jerantut
scene : pertikaman mulut antara dua sahabat baik iaitu yazid dan abu wajid. pertikaman lidah agak lama, aku lupa apa topiknya cuma bukan isu berebut girlfriend. diorang sama macam aku pemalu.
yazid : woi, belahlah! ingat ko hebat ke
abu : memang la aku hebat!
yazid : sudahlah! ko ingat kau tu 'prefect' ke?
abu : memang aku 'prefect'
yazid : mana ada orang yg prefect. Allah je yg prefect.
abu : aku tak kata aku perfect. aku kata aku memang prefect. prefect tu pengawas, aku memang pengawas. ha..ha...ha...
yazid : celaka, ko kenakan aku ye. nanti kau (sambil mengejar abu wajid yg berlari sambil ketawa berdekah2).
nota:
kejadian ni terjadi di asrama putera masa hari sabtu atau ahad. abu wajid kini bekerja di public bank (public bank ke ambank?) dan yazid kat sykt konsesi lebuhraya.
Gambar Hiasan : Bersama geng ajk kaunseling masa di sek men padang saujana. Aku duduk no. 3 dari kiri. kalau dari kanan pun no. 3 jugak.
Nota Kaki :
crita ni tak bermaksud mengata sahabat2 aku yg namanya disebutkan. ia sebagai satu memori yang aku akan ingat sampai aku mati. memori bersama korang memang manis dan sukar dilupakan.
26 comments:
aku part penunu bunsen dan errr, errr, errr anu tu, pun memang gelak sajalah
cerita biu ret memang aku tak tahan... lawak giler
Kelakarnya..hehehe..Memang akan jadi kenangan sampai bila-bila...
zaman persekolahan ler zmn plg klakos & lawak...bg yg duk hostel tu lagi la kan..owh sgt lindu itu jaman laaa...aper mau bikin, sikalang sudaa talak skolah lagi maaa...
mak su,
gelak jangan tak gelak.
monkey d luffy,
aku tak mencarut ye, mmg ada nama tu kan?
tirana,
ye, walau kisah ni dah berpuluh tahun berlalu, tapi masih terpahat diingatan.
suzie apai,
ye... kita sama2 sudah tak sekolah ma... dulu sekolah tak de suke, dah tak sekolah rasa rindu lak. ish..3x
ahaha !! saya nak tergelak bab satu ayat tuh
kwang kwang kwang ~
ingat balik kenangan zaman sekolah mmg bess ...
mmg kenagn di sekolah sgt manis..best jek rs nk reunion balik kwn2 sekolah n kwn2 asrama..
hahahaha..itu 'buret' mak aii...
kenangan sekolah memang best. kenangan uum errrr...stakat ni blum jd knangan lg hehe..apa kata en.Izman?
biuret....kawan aku pun x tau sebut! gitu juga jawabnya. skarang dah jadi ustazah....
ko mmg pandei kena-kan kaum lemah spt kami ekk..? mtgX2 ler ko `lelaki sejati'! sbb kalo ko `tiruan' mesti ko pun tersipuX2 gaks! he..he..
Neway.. I'm back to be one of yr reader!
biuret erk...adehhhhhhhh
kenangan betul la zaman skolah dulu2 kan..
Aku dah tak ingat nama kawan2 masa sekolah dulu.... huhuhu..... aku hanya ingat nama awek aku.... (awek2 aku)
mesti kita dah lupa 50% nama2 guru2kita..cuma yg baik n rapat je yg kita ingat..
lily.lulu,
gelak jgn x gelak.
zaman sekolah mmg best.
izZti.izztiHa,
reunion? best tu! mmg patut kalau ada kelapangan arrange kawan2 sekolah lama utk reunion. nostalgia lama tersebut kembali...
e-leeyana,
tak kan langsung tak de kenangan di uum?
jane,
kalau dulu aku tak tau sebut menda alah tu, mesti skarang aku dah jadi ustazkan?
nur aka admansyah,
jd reader aku? dgn hormat dan rendah diri aku mempersilakan. yg mane melampaui batas tu tegur2lah. im open.
cendawanintim,
itu kenangan lucu, belum kenangan lucah lagi tu. opss! maksud aku kenangan pahit.
Shifu67,
kalau ikut ayat tu mesti kasanova abis dulu bro ni. awek2 tu...
skarang dah byk sekolah keluarkan buku tahunan, lupa nama semak je la...
wanhamery,
yup... aku byk lupa nama cikgu2 terutama yg aku tak berkenan. kawan2 tu majoriti ingat lagi. aku sekolah kampung, majoriti kenal mengenal.
Salam.. klu saudara izman terbaca comment ni sila hubungi sy di mywatie@gmail.com
Nor watie : dah email.
Post a Comment