Sunday, January 18, 2009

Jangan Hanya Retorik

kebelakangan ni kita sering dengar pelbagai kisah menyayat hati mengenai sahabat seagama dengan kita yg di bom, dan dibunuh kejam di palestin. dan saban hari kita dengar pelbagai janji dan tindakan yg dibuat sama ada dari gomen, atau bukan gomen.

cuma aku kesal kerana byk darinya hanya retotik semata2. contohnya kita dengar ramai buat kutipan derma itu dan ini termasuk konsert amal, puisi amal, larian amal dan sebagainya. bagus! aku sokong. tapi kenapa baru sekarang sedangkan mereka dah berzaman di bom. adakah kita jenis manusia pemakan semut yg asyik lupakan saudara kita di palestin. dan sampai bila? aku yakin dlm masa sebulan dua je, pastu semua lupa. biasalah, pemakan semut.

aku sebenarnya jelak baca paper dan tengok tivi bila dengar janji itu dan ini dari pelbagai pertubuhan. ada satu pertubuhan restoren baru2 ni mencanangkan semua pengusaha dan ahlinya tidak akan menjual coke, atau apa2 produk dari amerika atau yg menyokong yahudi. aku ni peminat roti canai, dan rasa nak muntah bila tengok restoran yg memaparkan ahli pengusaha itu dan ini tapi jual jugak produk amreka. kenapa? sebab produk mcm coke mendapat sambutan ramai.

terbaru beberapa pertubuhan seni bela diri berlumba masuk paper kata mereka sanggup ke gaza utk berjuang. dah la tu. benci aku tengok. jangan hanya retorik. kalau betul ikhlas pelbagai cara boleh diusahakan utk ke gaza walaupun gomen tak benarkan. mane ada gomen yg secara terbuka sokong penghantaran civilian ke medan tempur kecuali utk misi kemanusian dan perubatan. aku yakin nanti dlm paper akan kata pertubuhan mereka tidak dpt memberi khidmat di gaza kerana tidak dibenarkan oleh gomen. pirahhh!

aku betul2 kagum dengan datuk dr. jemilah yg mengusahakan mercy malaysia. beliau dan sahabat2 tak perlu publisiti melampau utk projek kemanusiannya. aku yakin beliau dikenali setelah ditembak semasa di medan peperangan semasa usaha membantu disana. beliau juga dapat datuk jugak dgn usaha gigihnya. sampai sekarang walaupun tak se gah pertubuhan lain beliau dan mercy terusan membantu dimana jua.

aku lebih selesa dengan cara yg sederhana. bagi aku secara peribadi memang aku tak pernah hadiri mana2 perhimpunan menentang yahudi atau perarakan membakar bendera yahudi dan amreka. aku cuma manusia kerdil, dan hanya hanya menadah tangan berdoa. cuma aku juga tidak lupa menderma setakat termampu dan menghadiri solat hajat berjamaah di masjid berhampiran. adakah ia cukup? tidak. tapi sekurang2nya aku jujur dan tidak sekadar retorik.

10 comments:

azlishukri said...

saya sangat setuju dengan keyataan saudara ini.

izman said...

Muhammad Azli Shukri,
sebab kamu sokong, kita boleh geng.

trima kasih singgah. dtg selalu yer.

jane said...

salam incik ijeman,

betul kata anda. retorik semata. orang sebok depa nak sebok. selama hari ni kat mana depa ?

kalau orang arab bersatu pun dah cukup untuk melawan si laknat itu. malangnya, pak arab!

cendawanintim said...

aku sentiasa sependapat ngan ko...

yup..only retorik..

izman said...

jane,
pak arab terlalu sibuk barangkali. moralnya, org melayu kena bersatu. jgn kerana kuasa, negara kita tergadai.

izman said...

cendawanintim,
bestla ko ni. asyik sokong je. nanti aku belanja air gelas besar utk ko yer.

ILA said...

RETORIK???
bley tak kau jelaskan secara spesifik...

izman said...

ila,
aku guna kata2 bombastik sikit ko dah buat aku malu. aku ni x-student bahasa, budaya & masyarakat.

retorik ni kalau ikut kamus sukahati aku ialah cakap tak serupa bikin.

kalau nak tau lebih lanjut, char kuew teow tepi opis kau? ada brani?

ILA said...

Tepi ofis?? tu kuew teow lerrr..
Eh!!apa kaitan dgn kuew teow tu dgn retorik tu??

lagi aku tak paham...
walau aku dah cuba 'buat2 paham':p

kelendar 5 bijikkkk!!:p

izman said...

ila,
calendar no hal. tapi tgh tunggu stok baru dr hq. stok sold out!