Friday, January 9, 2009

Telatah Anak2 Kita di Tadika

baru je siren balik jam 5.45pm, hujan turun dgn lebat. malas nak berhujan, aku lepak je opis. biasalah kalau hujan mesti rasa lapar. call cafateria, masih ada. so, aku mintak dia sediakan sedikit goreng pisang dan karipap dan hantar ke blok kami. nak redah hujan lebat, baik dia yg redah. kalau dia redah, dia yg basah. cuma aku ingatkan jangan sampai kuih yg basah, dia basah tak pe.... kuang.3x.

akhirnya kuih sampai dan kopi air cafe akupun siap. aku lepak tempat plant engineering.



sambil2 tu sembang2 crita anak2 yg sekolah tadika. anak saiful, anak aku dan anak khairul sama2 masuk tadika kemas. oh ya.. aku belum upload gambar luqman 1st day kat tadika kan? camera dlm kreta, hujan... nantilah. kalau rajin aku upload kat rumah. ni gambar luqman masa 2nd day kat tadika yg aku ambil guna henpon masa diorang beraktiviti luar kelas.



antara crita suka dan sedih masa tadika baru buka tu.....

crita satu - sesi berkenalan. nama sebenar dirahsiakan (aku mana tau sebenarnya..)

cikgu : what is your name?
murid x : err...errr...
cikgu : what is your name?
murid x : tak tau...
cikgu : siapa nama adik?
murid x : nama saya roslan.

nota : kes tak faham bahasa inggeris.


crita dua - sesi berkenalan. nama sebenar dirahsiakan (aku mana tau sebenarnya..)

cikgu : siapa nama adik?
murid y : marsha
cikgu : kamukan lelaki, kenapa nama perempuan.
murid y : itu nama adik saya. cikgu tanya nama adik.
cikgu : ok. siapa nama kamu?
murid y : kamal

nota : soalan kena betul. budak2 jawab mengikut ajaran ibubapa mereka.


crita tiga - sesi berinteraksi / penerangan

cikgu : murid2, dalam kelas siapa nam buang air besar beritahu cikgu. nanti cikgu bawakan.
murid z : cikgu, buang air besar tu apa?
cikgu : berak.
murid z : cakap la berak, kenapa buang air besar.
cikgu : ok. kalau nak berak, beritahu cikgu. nanti cikgu bawa pergi bilik air.
murid z : kenapa berak pergi bilik air cikgu, orang pergilah tandas.
cikgu : ok. siapa nak berak, bagitau, cikgu bawa ke tandas.

nota : cikgu sentiasa sabar dengan telatah murid2. didikan dirumah berbeza. murid2 perlu dididik dengan betul.


crita ampat - sesi beri makan

cikgu : murid2, semua pergi ambik minuman dan koko crunch masing2. kalau tak cukup, minta lagi dengan cikgu.
murid xyz : cikgu, kat rumah saya, koko crunch dah abis. ayah cakap tunggu gaji baru beli.
murid xxray : cikgu, saya tak pernah makan koko crunch. mak saya cakap mahal.

nota : anak2 sebesar ni terlalu naif. cakap ikhlas je walaupun ibubapa yg turut berada disitu jatuh air mukanya.

16 comments:

KINI said...

ahahhahha...
geli tiak kan dengan telatah bdk2 ...

ishk .. sronok yang jd cikgu tue ...

izman said...

kini,
mmg best layan budak2 ni.

jadi cikgu lagi best dan lagi kena sabar.

Snow Peace a.k.a WaWa said...

mihahahahha...kita kan da biasa ckp guna perkataan yg "terang" cam berak..so bila kat sek cikgu kata buang air beso confuse la bebudak tu...

arsaili said...

salam..adoiii memang lucu budak2 ni. Jujur dan ikhlas aje dia org ni..semoga ur son enjoy his school day

cendawanintim said...

nanti aku blogout conversation anak aku plak..aku konpius la budak2 zaman sekang...advance!!

e-leeyana said...

ehik ehik ehik..sambil ketawa guling2 1001x

ita.itu said...

kah.kah.kah..aku gelak part dia tanye, sp nama adik? haha

Nad Eusoff said...

ahahaha
kelakar la
tp betul gak kan

izman said...

snow peace aka wawa,
ye... mcm p.ramlee kata "cakap biar terang'

izman said...

arsaili,
tgk mcm dia suka, tapi nangis kena tinggal tu ada lagi....

izman said...

cendawanintim,
ok tu... tak sabar nak tau. gerenti kelakar gile kan. aku ketawa in advance... ha.3x (opss.. tak boleh ke?)

izman said...

e-leeyana,
guling jgn tak guling. ketawa ye. nanti ada anak baru tau betapa malu ibubapa dgn keletah anak2 di sekolah.

izman said...

ita.itu,
mmg selalu jadi sbb kat rumah ramai ibubapa panggil nama anak dgn nama sebenar atau nama panggilan. adik semestinya utk adik dia kan?

izman said...
This comment has been removed by the author.
izman said...

Nad Eusoff,
yup, itulah kebenarannya. budak2...

Anonymous said...

Kanak-kanak memang ikhlas. Terang, jujur dan benar. He He HE