Thursday, January 15, 2009

Mee Rebus Flat Pendamar

semalam (14/01/09) hari2 yg agak meletihkan. urusan pejabat bab gaji, urusan tahun baru cina, dan pelbagai lagi.

tengahari aku ke kwsp klang. malas nak bawa kreta dlm klang yg jammed, aku cari pilot. nasib baik kawan aku si tee agak free, so dia jd driver la. dia lebih tau selok belok bandar klang. urusan kat kwsp kejab je psl dan serahkan dokumen pendaftaran pekerja baru. sambil2 tu aku print je penyata kwsp terkini. macam dah jadi tabiat, setiap kali pergi kwsp mana2 pun aku mesti print penyata. kadang2 2 kali sebulan pun ada.

then, aku singgah jab kat kedai daun pisang depan komuter klang utk pekena nasi daun pisang. kalau sape nak tau restoran ni kat mane, korang click la label warung dan restoran yeee....




lepas makan, ternampak kedai beg sekolah. teringat aku janji ngan luqman nak bagi dia beg ben 10 kalau dia bersekolah 2 minggu. so, aku beli la satu.



beg ni saje nak umpan luqman utk rajin ke sekolah. hari semalam (14/01/09) dia cuti kerana batuk2. bila aku bagi beg ben 10 tu, suka banget luqman. siap lompat2 lagi. yg tak bestnya ialah anak sorang lagi, pika menangis nak beg jugak. yg sedihnya pika mangis sambil cakap "mana beg pika ayah". sayu hati aku, ingat nak keluar beli, tapi wife aku cakap tak payah. nasib baik dia nangis kejab je, sebab aku janji nak beli untuk dia beg mickey mouse.

belah malam, wife tak selera makan nasi. sebab lapar, aku makan je la ngan anak2. rupanya ada agenda tersendiri. asyik2 pujuk aku beli mee rebus kat flat taman pendamar indah 2. nasib baik la tak jauh mane. kebelakangan ni asyik tak selera makan, dan asyik mintak macam2. adakah tanda2 luqman dan pika nak dapat adik? kita tunggu dan lihat je la....

berbalik pada mee rebus tu. ia memang merveles. gerai kecik je kat tepi flat pendamar tu. mee dan nasi lemak dia memang sedap, jual malam2 je. kami dah beberapa kali makan, memang tak menghampakan. kuah dia memang sedap, mee banyak, sambal memang pedas dan paling best sgt murah. cuma rm2.20 sebungkus. aku biasa beli 2 bungkus; satu biasa dan satu pedas. kalau sape nak rasa kesedapannya, ia dibuka dari jam 6 PM hingga 10 PM.

15 comments:

BurungBelatuk said...

ko ni mmg slalu p makan sedap2 ye...ble nak blanja aku nih...bleh kenai2...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...

limbong said...

MANFAAT OD ASB(FINANCIAL PLANNING)
Peserta-peserta sebelum ini telah banyak mendapat manfaat selepas
menghadiri workshop pengurusan kewangan peribadi.
Ramai yang telah berjaya mencapai matlamat-matlamat yang ingin
mereka capai seperti berikut :-

1. Mampu membuat simpanan setiap bulan sekurang2nya 10% drpd
gaji mereka. Bukan itu sahaja ada yang boleh membuat simpanan
sehingga 100% drpd gaji mereka. Secara purata ramai yang telah
menyimpan 10% - 50% setiap bulan.

2. Mampu memiliki kereta baru di lingkungan kemampuan mereka membayar
ansuran bulanan.

3. Mampu memiliki rumah idaman mereka dan boleh menlangsaikan hutang rumah
mereka dalam masa 10 - 15 tahun.

4. Dapat membebaskan diri daripada hutang kredit kad, pinjaman peribadi dll hutang.

5. Menunaikan haji dan umrah.

6. Menyimpan untuk persaraan.

7. Dan pelbagai impian mereka.


ANDA BILA LAGI.....JGN DOK TUNGGU LAGI JANG......CEPATLAH MEROBAH HIDOP ANDA DARI HUTANG HUTANG YANG X PENAH LANGSAI....

HUBUNGI SAYA CEPAT 0133990339 @ EMEL keghorl@yahoo.com

slm kebebasan kewangan dari keghorl- hati emazz

izman said...

burungbelatuk,
its good u're back n keeping blogging.

belanja kau? boleh.... tapi ko makan ke kat warung2?

izman said...

limbong,
mak ai... panjangnya iklan ko. tapi kawan punya pasal aku tak kisah.

sabar la, aku nak set masa jumpa group kita pun tak berkesempatan lagi.

cendawanintim said...

aku tak kisah makan kat warung2...bila nak blanjer aku???!

jane said...

salam ijeman,


cam peknen aje wifey ko tuh !! eloklah....tambah rezeki lagi.

ILA said...

mee rebus satu!!!!!

uiiiii..beg ben10 anak aku yg di beli okt lepas masih elok lagi.tup2 smlm dah beli beg baru chelsea punya.
aduiiii...mudah je budak2 skrang mngikut arus perubahan.mungkin sebab usia.

izman...
cukup2 ler tuuu..asyik2 nasi berdaun pisang jerkkk..bila nak start turunkan KG tu oiii..

Mak Su said...

bulan ni kena buat gaji orang cepat sikitlah ek, sebab nanti nak cuti raya Cina tu.

izman said...

cendawanintim,
ko nak datang klang? atau tunggu aku balik sana?

izman said...

jane,
byk la ko punya ijeman. tak pasal2 aku jd jawa. jawa pun jawalah janji baik hati.

malas nak check lagi, tunggu ........ aku sgt gembira kalau betul.

izman said...

ila,
pengaruh kartun ben 10 la tu. ni mintak kasut ben 10 pulak, ada ke??

aku mmg nak kurangkan KG, tapi .....

izman said...

mak su,
ye lah... semua nak raya termasuklah org bukan cina. masyarakat majmuk la katakan...

e-leeyana said...

fiuhhh...mkn lg tuh...adusss...
kabar baik je..org2 uum je yg x baik huhu

izman said...

e-leeyana,
kenapa? apa yg tak kena dgn kawan2 di uum? bertelingkah kerana pilihanraya kampus?

technology said...

Although from different places, but this perception is consistent, which is relatively rare point!
nike dunk