Saturday, January 17, 2009

SMS menuju Maut

Banyak nak dikongsi tetapi kepala terlalu senak dengan pelbagai benda. inilah masa yg benar2 menguji kepala jabatan sumber manusia.

just quick one. pernah tak semasa korang memandu, tiba2 kereta atau motor dihadapan terlalu lembab, dan menyusahkan. beberapa hari lepas, masa balik kerja aku melalui situasi begini. kereta didepan aku kelihatannya dipandu perlahan dan agak kekiri dan ke kanan. aku malas nak overtake takut kereta canggih didepan kecik hati dan mengakibatkan beliau membunuh diri akibat malu dipotong oleh kereta berkuasa kecik macam aku. sesambil tu juge aku malas nak potong sebab takut tiba2 ia melanggar kenderaan aku yg masih dlm finance ini. dlm hati berdetik, adakah pemilik kereta didepan mabuk laut (sebab duduk port klang yg dekat laut), atau diserang penyakit orang2 kaya (sakit jantung da...).

akhirnya aku jadi bosan sebab pemandu depan aku tak jugak berhenti atau melanggar apa2, aku tawakal dan memotong keretanya. cilahanat! mamat tu sedang main sms rupanya. siap gelak2 lagi. secara serta merta simpati aku hilang, dan aku mula membunyikan hon sambil menunjukkan muka daring. sori yer... tunjuk2 isyarat lucah aku tak biasa buat. itu berdosa.

dlm crita ni aku bukan dengki sebab mamat tu pakai kereta canggih, atau dia ada henfon dan ada awek utk dimainkan sms. tapi aku marahkan perangai dia yg macam samdol tu. nak sms suka hati bapak tiri kau lah, tapi jangan perjudikan nyawa org lain.

kalau area taman2 perumahan biasanya lagi lahanat. budak2 sekolah atau remaja purba membawa motosikal sambil ber sms. kekadang tu lagi ngeri sebab siap bawa adik2 kecik lagi bonceng kat belakang. wahai mak bapak, pantau2 lah anak2 kita. jangan pula terjadi macam pepatah cina dalam komik tony wong iaitu "bila keranda diusung kekuburan, barulah bercucuran air mata". nyesal tak guna. sebagai umat Islam kita percaya mati itu pasti, tapi jangan kita mempertaruhkan nyawa kita untuk mati sia2. tapi kalau rasa masih tak sayang nyawa dan tak takut mati, korang pegi lah palestin, lawan dengan yahudi mabuk kat sana. mudah2an korang mati syahid.

9 comments:

izZti.izztiHa ;-) said...

izzti pun ade citer,,penah dpn izzti ade compressor..pmpn yg drive..nk kluar simpang..bukan men lama pdhl bole sgt da nk kluar..izzti xthn g la mencelah..tgk2 dia duk tgk screen hp..dol btl la amoi tu..

Tirana said...

Peraturan dah dibuat...tapi ramai yang tak ikut.. Bila dah jadi kemalangan baru menyesal tak sudah...

Anonymous said...

Jadikan hukuman memandu sambil SMS public canning. Sebat 10X kat tut tut. Kalau boleh buat siaran langsung. Confirm insaf. Memperjudikan nyawa org je. Angin satu badan aku.. baru je budak motorsikal berSMS nak langgar kereta aku. Sam n Dol betul.

izman said...

izZti.izztiHa,
ish.3x, kereta hebat tp otak sewel. ko tak kasik hon sikit ke??

izman said...

tirana,
biasalah org malaysia. sudah terhantuk baru terngadah. paling best, akan salahkan orang lain.

izman said...

Anonymous,
mak ai ganaz betul ko ni. sebat tang tut.tut yg buat aku terus insaf tu.

izZti.izztiHa ;-) said...

nak bg hon pun mls la nk lyn org mcm tu..dol btl

somewhereonlyweknow said...

lecturer pon de..punye slo nak kua simpang..sampai org blakang yg bermotor2 ni q..rupenye maen sms..bangang!name je lecturer tapi akai takda..

jacker said...

gucci purse
cheap gucci
cheap gucci
gucci wallets
prada