Friday, January 2, 2009

Sambutan Tahun Baru 2009

Kepada semua sahabat, aku ucapkan selamat tahun baru 2009. moga kedatangan tahun hijrah dan masihi yang baru ini membawa lebih kewarakan, kebahagiaan, kesihatan, keberkatan, kekayaan dan kemudahan kepada hidup kita.

sambutan tahun baru pada aku setelah bergelar suami orang cuma berkisah di rumah je. di depan tivi untuk lebih tepat. masa bujang dulu lainlah, ada je aktiviti untuk dibuat pada malam sambutan tahun baru. paling cikai pun, pegi dataran shah alam atau ronda2 sekitar shah alam tengok gelagat orang racing atau bercumbu2an.

untuk sambutan tahun baru 2009, aku langsung tak layan. aku langsung tak hingin layan mesej tahun baru dari pemimpin2 politik yg aku rasa mengarut. akupun tak de masa nak layan lintas langsung detik 12 malam dengan konsert atau percikan bunga api. aku dah muak. aku tetapkan channel 202, dan teruskan layan movie tamil 2 buah filim berturut2. start cerita 'santosh' dan sambung crita 'citizen'. aku layan crita tu sampai pagi 1 januari 2009. pastu aku buat solat kesyukuran kerana aku masih dihidupkan di tahun 2009, dan memohon Allah mempermudahkan urusan di tahun 2009.

bangun awal pagi. lepas solat subuh aku lepak sambil baca majalah mastika januari 2009. sebenarnya dah seminggu lebih aku beli, tapi banyak menda nak buat sampai lupa baca. aku kalau baca buku ni tak suka sambung2 baca. dah baca, abiskan satu buku. ulasan mastika? akupun tak tau apa yg menarik kali ni. biasa2 je....



dah cerah, aku keluar cari nasi lemak dan toti canai telur untuk sarapan. lepas sarapan, aku bergegas keluar untuk urusan peribadi hingga jam 12 tengahari di kg jawa. uruan ada yg masih belum settle tapi mengingatkan aku ada janji untuk perjumpaan group ex kolej eon uum kat puchong dan perjumpaan wife aku ngan member baik dia di alamanda putrajaya memaksa aku segera balik rumah. on the way balik, sembat gak beli 3 bungkus nangka kat tepi round about kg jawa untuk santapan anak2 yg menggemari nangka.

since wife dan anak2 dah bersiap, tinggal aku je terkial2 mandi dan berpakaian. member aku yg menjadi tuan rumah perjumpaan pula dah beberapa kali call dan sms mengingatkan. kena kutuk gile la kalau aku tak hadir setelah memberikan komitmen. kami tak makan tengahri disebabkan plan nak makan di perjumpaan group aku tu. tuan rumah, yg mesra di panggil 'same' telah memaklumkan supaya makan tengahari dirumahnya memandangkan telah menyediakan banyak juadah.

sayangnya, aku terlepas exit ke rumah baru dia yg belum pernah aku sampai. rumah lama dia tu dah banyak kali aku datang. wife pula dah bising kerana kawan dia dah menunggu di alamanda. lepas memaklumkan same, aku ke alamanda dulu utk hantar wife. dah la kena parking dulu, kemudian terpaksa cari kfc pulak. luqman pula tak nak tinggal dengan ummi dia, nak ikut aku jugak. melihat luqman yg agak kelaparan, aku tapau set kfc dan fun fries utk dia sementara nak ke rumah kawan aku tu. berselera benar luqman makan kfc dlm kereta, nanpak sangat aku dah buat luqman kelaparan. sampai roti bun yg tak pernah dia makan tu pun habis dimakannya. maafkan ayah luqman..





akhirnya setelah beberapa kali sesat dan berkali2 telefon tanya arah, akhirnya aku sampai. dah ramai kawan2 menunggu di situ seperti che ark & family, sham & family, fendi & family, razaman & wife. akupun lupa nak snap gambar, padahal aku bawa digital camera dlm kereta dan biasanya aku snap pakai henpon je. may be sebab gumbire jumpa kawan2 lama dan terkezut tengok juadah yg banyak. nanti dapat gambar perjumpaan tu dari member2 yg ambik, may be aku update sini. mana tau ada yg korang kenal.

dlm 430pm, majlis bersurai. kami semua balik dgn perut yg penuh. trima kasih same atas juadah dan layanan baik. ko peganglah title chairman sameropla group tu sampai bile2.

then, aku rushing ke alamanda utk fetch wife aku. biasalah... kena parking dan berjemput dulu isteri kesayangan aku ni. since kawan baik wife aku ni datang ada kwan dia hantar dan kami dah janji nak hantar dia balik ke bandar baru bangi, kena hantarlah. kawan wife aku nipun aku dah lama kenal. masa kahwin dia dulu kami hadir. masa suami dia meninggal beberapa bulan lepas pun kami hadir. so, aku tak kisah pun dia jumpa wife aku, aku saje bagi mereka borak puas2, bukan selalu jumpa pun. lagipun hari tu ialah hari jadi kawan wife aku tu. kami harap dia tabah menjalani hidup selepas kematian suami di usia yg terlalu muda, disamping kehadiran seorang anak.

disebabkan rumah dia dekat dgn ukm, aku konon2 nak guna hiway je. disebabkan tak biasa guna jalan tu dan hari dah gelap, aku redah je jalan dan masuk hiway. tiba2 aku nampak sigboard tulis "Nilai 20km'. aik! aku kat mane ni. kereta aku ni macam tau2 aku dah gaji, dan saje nak bawa aku gi shopping kat nilai. satu exit sebelum nilai tu aku keluar dan patah balik dan mecari sign ke kuala lumpur dan putrajaya. exit putra mahkota kot.

kami terpaksa ke putrajaya sekali lagi sebab aku dah janji dengan makcik aku kat presint 11 nak makan malam dengan dia. sebelum jam 8pm kami selamat sampai ke rumah sepupu aku tu. actually, makcik aku tu datang rumah anak dia yg kerja polis di putrajaya. hari esok (sabtu) dia dah nak balik pahang. since, ada kesempatan dia ajak aku makan malam. dia cah masak makanan yg aku suka iaitu ikan bilis petai dan gulai ikan aye' (ikan tongkol). lepas solat manghrib, kami pun makan malam berjemaah. sedaapp!

lepas mkn, kami sembang2 sambil layan rona roni makaroni. bila dah jam 1030pm, akupun bertolak balik ke port klang.

18 comments:

cendawanintim said...

perghhh..sangat terisi aktibiti nuyer ko...

aku keje maaaaaa!!

MOLY said...

selamat tahun baru bang
:D

Anonymous said...

wei man ko dtg puchong bkn nak kol aku...kurang2 aku nk tgk rambot ko tu..hahahahahha..LIMBONG

izman said...

cendawanintim,
nak pro aktif sikit thn baru ni.

kerja 1/1/09? woitt... bangla aku pun reti cuti.

izman said...

lily.lulu,
selamat tahun baru utk kamu juga.

izman said...

limbong,
aku rushing la kawan. nanti set satu masa kita pekena teh tarik.

rambut aku dah tak simpan panjang lagi la...

@LiYaNNuaR ツ said...

salam tahun baru bro... moga ceria selalu...

ILA said...

Ternampak perkataan ALamanda ,terus teringat sabtu lepas kita orang dari sana..gara2 nak lepaskan geram x smpat naik cruise boat kat tasik putrajaya.
so how mastika terbaru..isu pasal apa kali ni???..aku blum beli lagi;)

Anonymous said...

Greate article,thanks for sharing!

Anonymous said...

cara yang baik untuk celebrate tahun baru...penuh dengan aktiviti berfaedah..kita tak perlu terkinja2 dalam meraikan tahun baru..

izman said...

@LiYaNNuaR,
selamat tahun baru. moga bahagia selalu.

izman said...

ila,
aku tak penah naik cruise tu, best ke??

mastika jan 2009? sempoi sgt, malas nak ulas.

izman said...

tarots reader,
thanks for drop by.

izman said...

jejakakindi,
dah tua rasanya, tak nak dah terkinja2.

Mak Su said...

putrajaya? kalau aku ler, konpem sesat.. hahahaha

izman said...

mak su,
kalau sesat jalan, yg penting jgn lupa baca signboard atau malu bertanya.

- G O R O - said...

Salam

Selamat Maal Hijrah 1430H.

izman said...

-goro-
selamat tahun baru hijrah kembali.