Tuesday, January 27, 2009

Balik Jerantut

Alhamdulillah perjalanan aku balik ke jerantut, pahang selamat pergi dan balik. aku kini dah berada ni klang, selangor. dah keje pun sekarang.

balik jerantut raya cine tu hari sabtu, sebab adik aku dan kawannya nak tumpang balik. alhamdulillah sepanjang jalan tak de jammed. itupun aku balik ikut hiway pantai timur dan keluar ikut exit temerloh menuju jerantut. kalau ikut jalan biasa yg lagi dekat iaitu melalui bandar bentong, raub dan benta; aku yakin jammed. biasalah kawasan bandar di pahang biasanya dimonopoli oleh orang depa. org2 melayu suka duduk kat kampung2, bukit2 dan tepi2 sungai.

majlis pernikahan anak sepupu aku berlangsung dengan meriah pd hari ahad. hari sabtu dah tumbang sekor lembu, dan hari ahad lagi 2 ekor. meriah giler, biasalah anak pompuan sulong, sorang pulak tu pompuan. gambar dan crita lanjut aku buat kemudian.

dikesempatan balik kampung tu, kena la jalan2 ziarah saudara mara. aku berkesempatan melawat saudara mara di hospital jerantut dan ada yg uzur di rumah.



di jerantut juga aku meluangkan masa pergi ke gerai gorai pisang berhampiran masjid lama jerantut. dah lama aku tak pekena goreng pisang ni. since teringat kerangupan dia, aku redah pergi beli. jarak perjalanan ke gerai tu dari rumah pada aku kira2 60km pergi balik. apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kesedapan goreng pisang dan kemanisan anak tokey warung tu. yg bestnya goreng pisang disini ialah goreng pisang nya digoreng dua kali. ia menjadikan ia ranggup diluar dan lembik di dalam. cuma ia elok dimakan semasa masih panas2, kalau dah sejuk ia lembik dan tak best lagi.




kalau sesiapa nak pergi situ, korang kena pergi bandar jerantut dulu, kemudian cari bandar lama, dan cari masjid lama jerantut. dah jumpa masjid, belok kanan menghala ke kg. mat kilau & taman LKNP. dari simpang tu, kedudukan warung tu cuma lebih kurang 100 meter je, sebelah kanan. jangan confius sebab jerantut ada 2 masjid besar, korang cari masjid ni ..

6 comments:

Kapten Luffy said...

first time aku dengar ada pisang goreng masak dua kali... harus dicuba ni... mana tau best

cendawanintim said...

tak langsung ke teganu ker?

Mak Su said...

hiihhihi, gelak plaks. mcm orang bukit plaks; tapi aku sendiri suka dok kat bukit, sejuk, syahdu :)

izman said...

monkey d luffy,
kalau ko dengar ada jual kat mane2, aku syorkan ko cuba. patu war2 kan.

izman said...

cendawanintim,
tak. aku plan gi bulan 4. kalau pegi, dan aka kesempatan Isyaallah aku nak jumpa ko sekeluarga. ko nak belanja aku makan kat mane?

izman said...

mak su,
aku tak malu mengaku orang kampung.