Wednesday, January 21, 2009

Jammed

Pagi tadi (21/01/09) disebabkan ada urusan di maybank port klang, dlm jam 1050am aku dah keluar. masuk je area tepi taman teluk gedung indah je jalan jammed. aku heran, mana mungkin port klang jammed. kecuali ada kemalangan atau roadblock je jammed. since dah tak de jalan alternatif nak lari, aku follow je dengan kenderaan merangkak cam siput.

naik atas jambatan, lagi kurang 500 meter nak sampai port klang; kenderaan ke port klang langsung tak gerak. kenderaan ke pelabuhan utara gerak la tapi slow gile. malas nak ikut situ takut lagi jammed kat depan dan terpaksa pusing lagi jauh.



lebih 30 minit terperangkap, aku mula gelisah sebab takut stranded lama. aku nak kena ambik anak aku kat tadika lagi jam 1115am. tadika keluar jam 113oam, tapi aku biasa datang awal. nak tenangkan hati aku saje baca majalah gila-gila januari 2009 yg aku dah baca beberapa kali.



walaupun begitu hati aku masih tak tenang sebab tak tau apa terjadi dan sampai bila jammed tu. aku risau nanti anak aku nangis kalau aku mintak kawan aku gi ambik. walaupun kawan aku luqman kenal, tapi payah la dia nak baik. aku mula menelefon balai polis berhampiran.

aku call 03-31686222 (balai polis port klang). anggota pulis lelaki yg jawab menyatakan dia tak tau apa terjadi kerana tidak dimaklumkan atau adanya aduan. so, aku pun mengadulah kat dia. aku perkenalkan nama, aku jammed kat mane, arah mane, dah berapa lama. anggota pulis tu cakap dia akan maklumkan kepada bahagian trafik.

dlm 10 menet langsung tak de apa2 perubahan. padahal balai pulis port klang dengan kawasan kejadian cuma jarak kureng 1.5 km. aku cuma mintak diorang clearkan trafik di trafik light taman kem je.

aku masih cool. aku call pulak talian 03-33712222 (balai polis daerah klang). anngota pompuan jawab dia tak ada laporan maslah kesesakan trafik dari mana2 anggota pulis atau org awam. since dia pun jawab baik aku tanya macamane nak mengadu. dia mintak aku call balai trafik klang.

ok, aku call 03-33722222 (balai trafik klang). anggota pompuan jugak yg jawab. jawapan standard "tiada laporan oleh anggota atau org awam berkaitan kejadian tersebut". tak pe, aku ceritalah kejadian tersebut selayaknya. dia memberi jaminan akan menghantar anggota trafik dengan segera. 5 menit, 10 menit langsung tiada apa2 perubahan. makin teruk ada la. tambahan pula kereta kancil depan aku tu (lihat gambar pertama) suka sangat amal jariah bagi orang masuk depan dia. pastu dia masuk lane kiri menghala ke pelabuhan utara. mangkuk hayun betul la... nak jariah pun tenguk tempat la. mintak la ijin dari kereta2 belakang dulu. tak kan sekolah dulu tak belajar.

aku call balik balai trafik klang tanya status. anggota pompuan sama yg jawab. dan aku rasa hangin satu badan sebab jawapan dia sama masa aku call kali pertama "tiada laporan pun. aku masih berjaya kawal emosi aku dengan menyatakan bahawa "cik, tadi dlm 10 minit lepas saya ada call cik bagitau tentang kejadian tu. cik janji nak hantar trafik pergi tengok". diam. kemudian dia janji akan uruskan.

dan sampai akhir, langsung tiada satupun pulis atau pulis trafik yg datang atau kelihatan disepanjang jalan hingga aku berjaya sampai ke trafik light taman kem. andaian aku may be pulis terlalu sibuk atau terlalu tak ada apa nak dibuat. cuma dalam hati aku gembira juga kerana dalam kes2 serius macam ni sebenarnya kita cuma harap takdir membantu, pulis tak ada pun tak ape. biarlah mereka selesaikan kes jenayah besar2 sementara kes2 kecik macam ni kita selesaikan sendiri dengan azab.

aku cuma gembira dengan ketiadaan pulis disepanjang jalan itu menunjukkan bahawa tohmahan bahawa malaysia adalah negara pulis oleh sesetengah ngo atau pemuda mata sepet yg nyanyi lalu negara kuku itu tidak betul. kalau betul ini negara pulis dah tentu dia kena tahan macam RPK. ura2 nak tangkap dan hukum dia masa isu lagu negarakuku dulu sekali lagi sekadar retorik parti politik pemakan semut yg suka memaafkan walaupun agama mereka dipermainkan. aku mula berfikir bahawa zaman tun dr. m adalah lebih baik.

akhirnya aku tak jadi ke bank. anak aku lebih penting. lepas hantar anak aku ke rumah, aku ke jucso bukit tinggi klang utk selesaikan urusan perbankan aku.

16 comments:

Mak Su said...

bab2 masalah di atas jalan, kekadang rasanya polis kena proaktif gaks, jangan ler asik tunggu report kot. entahlah, maksu ni bukan polis :(

Tirana said...

Itulah polis kita...jika yang melaporkan hanya kita orang yang biasa2..takkan dilayannya.. kalau yang lapor tu orang high profile..cepat aje diorang melompat..double standard betul... time nak saman kita cepat lak tu..hehehe

ILA said...

pagi ni pun..saya dtg ofis di smbut dgn jamed gakkk..
akhirnya smpai kul 9.40am.Lewat 1 jam lebih sampai ofis.

biasanya kalau problem ni berlaku sebab bawah tu..jln nak mnuju nortport di banjiri air..ataupun di panggil sbagai air pusing keling.tapi skrang dah january..mana ada lagi benda tu..ontah lerrr..
yg kaupun sesekali dtg ke PK, dah bengang.Saya ni....yg selalu dok ulang alik jln tu....apa rasaaanya..
'mengucap' je lerrr..huhu~~

izman said...

mak su,
ye, kerja apa2pun perlu proaktif dan amanah pd tugas. pulis pun tak terkecuali.

izman said...

tirana,
mmg la kita org kelas biasa, kureng dilayan. ingatlah suatu hari diorangpun akan jadi mcm kita jugak.

ala la latuk, jangan saman.

izman said...

ila,
apsal ko tak ikut pekan cina pendamaran. aku dulu masa kerja apm suka ikut situ.

930am tu dah kira lewat ke? utk aku itu time standard baru. utk pekerja lebih 8am dah lewat. mengadap aku ler. kuang.23x.

alhamdulillah sebab hadapi dugaan begitu ko mengucap, ada orang mencarut. kira ko ni tahap iman tinggi jugak le.

ILA said...

Iman tinggi???
Insyaallah;)
Setakat dlm keta sndiri @ mjadi driver,saya masih bley 'tahan'
tapi maaf...jgnle naik keta dgn lelaki.Mostiiiii..tak pasal2 tinga jadi panas dgar 'serapah' dr mulut mereka..ngeh..ngeh...

eh..izman!!err..kau lelaki kann??
larikkkk!!

ILA said...

Err..pekan cina ye?? aku takutlah lalu sana.Cos penah ampir terlanggor nyonya cina kat betul2 restoran cina tu.lagi satu bau sup kat situ mengiurkan..ciiittt~~

ehem..actually..aku di beri kuasa kbenaran utk dtg lambat oleh pihak pengurusan.Tapi tak manislah yeakk..kalau tiap2 hari buka pintu nmpak staff lain pndang aku semacam jerkkk...adehhh..dah tentu dia orang thinking mcm2:(

Abang Long said...

Lumrah alam. Kalau satu kereta kancil rosak, sepanjang jalan jam. Eh, ofisnya dimana ya ?

izman said...

ila,
aku lelaki? tah la kadang2 aku rasa aku jantan, terutama lepas minum kopi tongkat ali atau kopi jantan. bab jd pon2 tu tak fikir pulak.

eleh, risau naik ngan lelaki konon. aku paling risau kalau naik kreta pompuan bawak.

izman said...

ila,
kau lagi..... kuang.3x.

aku suka lalu situ sebab meriah. amoi2 lalu lalang pergh... seksi. mulat2 montot. ish...3x.

bab bau tu lebih2 lagi nak raye dia ni toksah lalu lau... memang bau daging babi salai.

izman said...

abglong,
biasalah pekai koboi.

saya kerja kat telok gong. company kecik je. ala2 kilang kicap gitu....

saya pun nak jugak jumpa abglong, agak2 bila buleh pekena teh tarik.

ILA said...

Eh..kilang kicap ke ??
kilang tu ada buat import n export right?? so tak sesuai di panggil kilang kicap okesssss:p

note: meja aku blum ada table calendar lagi.tunggu import dari tel.Gong.huhu

izman said...

ila,
dari teluk gong? nasib baik tak de nama aku, so aku tak tau dirujuk pd siapa.... kuang.3x

ye company kecik je....

Monkey D Luffy said...

bagus tindakan kau... tapi polis lembab sikit lah...

harap dapat diperbaiki lagi

cendawanintim said...

tak kira pape keje pon..proaktif tu pentingggggggggggg...