Monday, January 19, 2009

Ketam Melayu vs Ketam Cina

Aku masih lagi dalam mood2 pening. 5 set of payroll yg perlukan sentuhan tangan aku berjaya membuat otak aku sedikit fening. namun aku bersyukur, tak kala org lain doq buang orang, aku masih maintain pekerja. production masih tinggi dan memaksa sesetengah line production jalan 2 shift. malah hampir semua department terpaksa kerja hari sabtu, ahad dan public holiday. malah buat pertama kalinya kami tidak umumkan shutdown sempena tahun baru cina.

aku bersyukur bahawa aku tak perlu alasan utk buang pekerja. tapi aku melipatgandakan usaha mendisiplin pekerja. biasalah, sebat overtime hari sabtu, ahad dan public holiday pastu liat nak kerja. silap besar la tu beb!

crita psl kerja buat aku loya dah. kita crita psl makan pulak. semenjak dua menjak ni aku jumpa tempat jual nasi lemak yg boleh tahan sedapnya dan sangat murah dekat area aku nak ke pejabat. kita layan gambar dulu yer...



biasalah sekarang aku jadi driver anto dan jemput anak aku sekolah tadika. jadi kena bangun awal nak mandikan anak dan sebagainya. luqman biasalah agak manja sikit, asyik2 nak ngan aku je. so, lepas anto luqman, bulehlah pusing2 cari gerai2 nasi lemak untuk dicuba. dan gerai makcik kat perumahan kampung pendamar ini tak mengecewakan.

nasi dia menarik, sambal tidak terlalu pedas dan rasanya sekata. kacangnya digoreng rangup dan ikan bilis kecik dan rangup tu buat ia lebih kick. cebisan daun pisang segar yg diletak sebagai alas nasi lemak tu membuat aroma nasi lemak lebih menyengat. untuk nasi lemak dengan telor goreng mata kobou cam diatas harege dia cuma rm1.30 sahaja. mane nak dapat! bila aku canangkan kat member2 opis, ramai pakat mintak aku beli. jawapan aku " norway". aku cadangkan tempat, korang belilah sendiri. aku tak suka terikat dengan janji dan pada satu gerai. may be next time aku akan usha tempat lain pulak. lagipun selera kita enggak sama.

itu crita makan. ni crita motivasi pulak. crita ni tiba2 je aku teringat masa upload gambar ketam nipah yg adik aku mintak beli semalam. sambil2 tengok dia timbang, aku ambik gambor ketam dulu yer. sape nak beli ketam nipah area port klang, korang pergilah area pandamaran. ala seberang jalan stesen pertonas taman pendamar indah 2. ketam dia gumuk2 dan boleh tawar menawar. rege dia dalam rm15-20 sekilogram. harge berubah tertakluk pada musim dan kehenseman ketam tu.

ok aku crita pasal ketam yer...

kisah ni aku dengar masa aku mengikuti kursus suatu masa dulu. akupun dah lupa kursus apa, tapi yg tentunya bukan kursus kahwin. sebab kursus kawin tak crita bab sepit, dia cerita bab sedap je. dipendekkan cerita, pencerita tersebut bercerita tentang kehidupan sosial dan perniagaan orang melayu.

di sebuah pasar, aku berjalan2 untuk membeli juadah (bukan haram jadah) untuk dijadikan lauk makanan tengahari. tiba2 aku terlihat seorang penjual ketam dengan jualannya. aku melihat dua bekas berisi ketam hidup; satu dibuka dan satu dalam bekas yg tertutup. mungkin lebih kurang begilah keadaan bekas2 ketam tu dengan satu terbuka dan satu tertutup....




aku jadi asyik dan mula bertanya penjual ketam tersebut.

aku : apek, apasal ini ketam ada dua bekat? lain2 jenis ka?
apek sayang : tak le'. same.
aku : kalau same. apasat, satu tutup, satu tak ade tutup?
apek sayang : same. tapi kita olang panggil ini tutup punya ketam cine. buke punya itu ketam melayu.
aku : ade me' ketam melayu, ketam cine?
apek sayang : lu sekolah punya olang mana tau ini ketam. kite sendili kasi nama maa..
aku : apsat lu kasi nama ketam melayu sama ketam cine?
apek sayang : lu tengok mutut2 a.... ketam melayu kalau kasi duduk kawan ramai satu bekat. musti dia mau panjat keluar. tapi bila dia sudah mau keluar aa, lain ketam musti kasi tarik dia masuk itu mukat balik oo... itu pasal wa tatak helan mau kasi tutup. itu ketam musti talak buleh keluar punye.
aku : ketam cine?
apek sayang : ketam cine. itu ketam cine, kalau dia mau keluat itu bekas aa... musti lain punya ketam kasi tolong dia keluar. itu pasat wa kasi tutup. kalau ta ate tutup, dia musti semua keluar.

aku jadi tak selera nak beli ketam2 tu. dan aku balik. dalam perjalanan aku terfikir, inikah realiti orang melayu. bila lihat sahabat melayu dia nak maju, mulalah dengki, dan mengadu domba. untuk2 kes2 kronik, siap ada santau mantau lagi. nak tolong? jauh panggang dari ayam panggang. tapi orang cina berlainan. mereka saling bantu bangsa mereka. kalau korang tak percaya korang lihatlah betapa ramainya orang cina yg datang dari tongsan hanya menumpang tongkang, tapi kini dah menguasai ekonomi kita. aku bukan racial, tapi nak ingatkan bangsa aku bahawa kita mesti menguasai ekonomi.

akhir kata, ketam2 yg aku gambil gambarnya diatas tiada kaitan dengan crita aku ini. kaitan ketam2 itu dengan aku ialah sebahagian ketam itu telah menjadi santapan aku. kuang.3x.

18 comments:

jane said...

salam incik,

ketam nipah ni sama ke ngan ketam batu ? x pernah makan lar...

vimmiyasmin said...

salam mr izz

nak tanya ni.
org Jerantut ke?
iskk iskk
bangga gila ada org tulis pasal jerantut!

rumah WAN saya yg on the way nak g Benta. No 17 Kg Baru Jerantut.

Saya tgh berfikir2 nak balik kg for good.

Salam kenal!

izZti.izztiHa ;-) said...

pandai lak org cina tu wat term baru lps tgk perangai2 ketam tuh...kesian kt org melayu kena pndg mcm tu oleh taukey cina tuh..asmua mcm tu lo..ade jugak org melayu sggp tlg org nk suh maju even dia sendiri terkorban xle nk maju sbb kena pijak ngn org yg da perasan maju..

izman said...

jane,
tak sama. ketam baru kita buleh makan, ketam batu tak boleh. sedap! kat seafood kebnyakannya adalah ketam nipah.

izman said...

vimmiyasmin,
yup. org jerantut.

salam kenal.

ada org kata jerantut tu tempat ulu, tapi apa nak malu.

kg baru? dekat la rumah family saya. kat damak.

izman said...

izZti.izztiHa,
ha.3x terms tu siap buat tak kisah, pngajaran yg penting. kita akan terus jadi mangsa pergaduhan sesama bangsa kita, dan tak kan maju sampai bila2.

vimmiyasmin said...

Damak / Benta ramai sedare mare! nama aki saya Pok De Hamzah. Nama Wan saya Siti Aishah.

vimmiyasmin said...

Damak - Kg Bharu dalam 15minit ker agak2?
Ulu Cheka ramai sedare mare jugak!Sekampung rasanya! hahaha
Nnt saya beritau bila bebetul ada kt kg.
29/1-1/2 ni kompom rasanya.
09 2662573 no rumah WAN
016 3411273 saya Vimmi
016 9092821 husband Farid

Nek Cun said...

Izman, to be frank citer ketam Melayu vs ketam cina ni adalah favourite nekcun bila beri ceramah motivasi atau teambuilding... sbb dia memang contoh yang terbaik... hehehe... sape tak faham... sori ler... hehehe...

Fakhzan Marwan said...

Salam,

Wah wah wah, sedap nya! Ehm, disini, walaupun ada makanan msia di msian hall, masih tidak dapat menandingi kesedapan makanan di msia,

nak masak malas la plak..hehehhe

Anonymous said...

Opps bukan nak membela bangsa sendiri (Melayu). Tapi dah jadi lumrah alam.
Contohnya:
Kisah Habil dan Qabil. Nabi yosuf dan saudara-saudaranya.
Cuma bangsa Melayu ni lambat mengambil iktibar dan pengajaran. ..
Wah.. jadi Ustz jap.

izman said...

vimmiyasmin,
yup, damak dengan kg. bharu tu mmg dekat je. kurang 15 minit.

saya kurang2 kenal sikit org2 yg pangkat datuk/nenek area sana; tapi family saya may be kenal.

trima kasih atas contact no. apa2 buleh email saya di damak_76@hotmail.com

izman said...

nekcun,
ye ke... kiranya crite ketam ni agak famous jugak le. alangkah malangnya jika org kita masih tak faham dengan ikhtibar crita ketam ni.

tahniah atas terbitan novel terbaru. Insyaalah saya akan usaha ke shah alam utk dptkan buku tu dan tanda tgn nekcun.

izman said...

Fakhzan Marwan,
trima kasih sudi jenguk balik.

study time nak bermalasan masak mmg ok, jadi wife org nanti tak leh cam tu cik adik ooi...

izman said...

Anonymous,
he.3x. bukankah bangsa kita mudah lupa. kita tak pernah belajar dari sejarah.

jadi ustaz? tak kisah... bukankah ingat mengingat itu seharusnya jd amalan kita semua.

ILA said...

cerita pasal kerja,
tak pe lerrr..kau izman.Nasib kau baik cos kerja kat big factory.so kau bantai tenaga mat bangla2 tu..hehe:p

cerita pasal makan,
oleh kerna sbelum ni dah pesan supaya jaga diet..tapi dah tukar fikiran skrang..sebab dah sedar..kau mmg tak leh elak kat bab 'makanan' ni.
Jadi saya suggest kalau bab roti canai & nasi lemak yg punya sambal sedap tu kat dpan econmart teluk pulai.pagi2 kul 8am smpai 10am dia bukak.Errmmm..suka banget dgn kuahnya:D
tapi dah bertahun saya tak jenguk ke sna.Kau cuba jenguk kan..bley??:p

izman said...

ila,
aik dulu nasihat aku kurengkan makan, ni ko suggest tempat makan lak. ape kes?

nanti aku layan.

cendawanintim said...

memandai ajer apek sayang ko tu kasik nama...huhuhu