Thursday, January 22, 2009

Antara Isu Hangat dan Kehangatan Chicken Biryani

dah lama asyik2 crita psl diri, keluarga dan kerja. serta kadang2 makanan. kita crita bab yg serius sikit.

1)skim pencen swasta
aku memang tak sokong. kwsp pernah offer kepada pekerja swasta untuk memberi mereka pencen setiap bulan mengikut jumlah simpanan mereka. bagaimana sambutan? dalam kursus yg pernah aku pergi, pegawai kwsp beritahu sambutannya adalah sangat kureng. mentri baru tu harus sedar bukan senang nak ubah suka2 hati tanpa menerima pandangan pelbagai pihak swasta. jgn pandang dari sudut gomen aje. mentaliti staff gomen dan swasta berbeza banget. kalau bagus mcm pencen gomen aku confirm nak.

walaubagaimanapun aku faham bahawa niat mentri baru tu bagus. semua org tau penerima kwsp swasta lepas 55 thn berjaya habiskan duit sebesar rm200 ribu dlm masa kurang 2 tahun. tak perlu contoh jauh2, ayah aku sama. setelah dpt duit persaraan kwsp lebih kurang rm200k, papa aku beri semua anak2 termasuk anak tiri sorang rm8k. sebahagian diberi kepada mak tiri aku atas harta sepencarian, termasuk membeli tanah dan buat rumah. maklumlah status emak tiri, korang kena faham lah situasi. alhamdulillah, papa aku ada buat pelaburan hartanah, saving, dan paling penting dia dah invest pada anak2 termasuk pendidikan. tak dinafikan masa papa aku dapat epf tu aku baru grad, so aku dapat lebih sikit lah. papa aku bagi modal utk aku mencari kerja dan berdikari.

2) Obama sebagai presiden US terbaru
tak ada ape yg aku nak harapkan. meskipun dia pernah berayahkan seorang muslim, dan tinggal dan dibesarkan di negara yg dikatakan penduduk Islam teramai didunia; so what? Obama masih tertakluk kepada tindak tanduk yahudi dan itlah facts yg semua org tahu. semua presiden USA mesti patut kepada doktrin yahudi.

3) Penggunaan nama Allah sebagai gantinama Tuhan org kafir
Isu ni aku nampak gomen mcm tak berupaya. apa ke jadahnya hadhari kalau soal konsep pun tak buleh nak bela. mana dia suara ngo Islam, parti politik Islam dan umat Islam? semua doq nganga lagi kah. ada suara2 kata apa salahnya org kapir gunakan nama Allah, itu sebagai suatu credit kepada agama Islam. may be ada org kapir akan tertarik dengan Islam nanti. Argh! malas aku nak debat pasal tu, tapi yg aku tau umat Islam di malaysia ni memang penakut, tak macam saudara Islam kita di Indonesia. mereka tak beri peluang org permainkan Islam. aku tak suruh korang merusuh, membakar atau buat perkara ganas, tapi at least aku nak dengar ada suara menentang. biar si kafirun itu tau bahawa orang islam di malaysia ni ada maruah dan sayangkan agama. kalau mahkamah kata buleh guna sekalipun dan semua umat Islam di malaysia menentang, korang ingat diorang akan berani gunakan ke?

4) isu kenaikan harga gula
ini satu lagi aku tak faham. tak silap aku antara org2 terkaya di malaysia adalah org gula. apsal nak naik harga lagi. kita ni suka sangat mengikut. masa orang naik harga kita naik harga. tapi bila harga turun tak pulak mau ikut. percayalah kalau harga gula naik 5 sen sekilo sekalipun; harga air bergula segelas akan naik at least 20 sen. dan harga menda lain yg tak ada kaitan dengan gula seperti mee goreng dan nasi lemak sekalipun akan naik harga lagi. kepada gomen tolonglah jangan seksa lagi rakyat marhaen mcm kami lagi. kamu mungkin buleh bermanis mulut berkata ia tak dapat dielakkan, tapi hati kami amat pahit untuk menerimanya.

oklah crita bab2 serius ni buat aku pening dan lapar. aku stori pasal makan sikit. rehat tadi (22/01/09) ada kawan ajak pergi makan. member ni baru balik dari luar negeri, Laos.

aku dah agak lama tak datang ke restoren ni, ada la dah beberapa bulan. masa member tu call ajak makan, aku dah fikir tak kan western atau fast food lagi. dengan member ni asyik2 windmill dan kenny rogers je. aku cadangkan indian foods. dia setuju je. as my wish!

Nama restorente : TETRA BIRYANI HOUSE
Alamat : Bukit Tinggi, Klang
Landmark : Berdepan dengan stesen minyak petronas bkt tinggi
Speciality : tetra chicken, chicken biryani, lassi juices

untuk kawan aku tu, dia suka hati la makan apa. aku cuma beri cadangan je. untuk aku inilah menu aku pilih tadi :





dah tengok gambar kan. untuk set nasi aku pilih chicken biryani. harga dia dalam rm10.50 satu set. yg best dia lauk dia disembunyikan didalam nasi. dah chicken biryani mestilah ada lauk ayam, tak kan daging itik pulak. lagi best dia bagi telur ayam rebus sekali. ada kuah, papadum sekali. kalau nak makan nasi dalam bekas nasi tu pun buleh, tapi lebih baik makan dalam pinggan alas dengan daun pisang tu. aroma dia pergh! menyengat. untuk air, kali ni aku minum manggo lassi. rasa air dia memang best. memang rasa manggo lah. kombinasi chicken biryani dan manggo lassi kali berjaya mengenyangkan perut aku dengan rasa yg memikat.

sebelum balik dia bagi aku cenderahati yg dia beli kat laos. bekas letak gelas. cantik. thanks mr. sara. lain kali kalau jalan2, beli lagi yer. inilah rupenya hadiah yg diberi untuk aku.

18 comments:

Mak Su said...

ayam nyorok dalam nasi? serbu! serbu!

pencen epf, tak brp setuju, lagi selesa kalu terus amik duit masa pencen kelak.

malangnya tak pasti cemana nasib duit itu kelak, moga aku akan beringat-ingat, aminnn...

izman said...

mak su,
ambik duit lumpsum lagi syiok. boleh melancong. dah kerja bagai nak gile, masa pencen inilah masa nak honeymoon ngan wife kan?

SUZIE APAI said...

dlm byk2 citer tu kan....part yg cenderahati tu yg best...freee... Tang isu2 kt atas mmg menyesakkan dada kita!

izman said...

suzie apai,
ha.3x, aku pun bab2 pt adiah free mmg suka gak.

Monkey D Luffy said...

ada jugak pasal cadangan nak kurangkan potongan kwsp... berapa sangat nak tambah gaji...

kebanyakan kami biar pada kadar lama. company pun galakkan potong pada kadar lama... save tu penting daripada nak tambah sikit daripada pengurangan potongan

Shifu67 said...

gula nak naik harga ke?.... aku dah lama minum teh o kosong..... ni cara gomen nak kawal penyakit kencing manis la kot.... :)

izman said...

Monkey D Luffy,
cara tu tak membantu langsung. calculus mudah gomen ialah kalau sorang pekerja kurangkan potongan caruman epf, lebih duit poket pekerja dpt sumbang ke dalam ekonomi. kalau paksa semua pekerja walaupun just rm10 hengget sorang, berapa byk ekonomi dpt digeneratekan.

utk ekonomi biarlah gomen urus. utk kita, kita rancang sendiri.

izman said...

Shifu67,
mungkin jugak. kalau itu niat gomen, kita patut pakat sokong. ha.3x.

Anonymous said...

Isu lapuk le menteri tu dok sibuk-sibuk.Kalau betul Gomen nak tolong rakyat Hadiahkan RM1 juta seorang kepada rakyat Malaysia.
Lepas tu hospital semua free. Sekolah free. Toll tarak bayar. Bak kata Pakcik den kat Arab Saudi tu ..Pak Arab yang Kerja potong rumput kat sana pakai Mercedes 2 pintu. Kita yg kerja separuh nyawa kat sini Swasta or Gomen mampu beli Proton je..

ILA said...

Owhhh..isu seriusssss niii..
mosti kau ambik masa nak draft.Tu pun berdasarkan cara pyampaian kau.
ermmm...really tak reti nak komen mcm mana..cos minda saya skrang sedang ke arah 'bank reconciliation'.Di buatnya jadi tak stabil semata2 nak pikir isu ni,mcm mana??so sapa yg susah..huhu

:P
PEACE!!!

cendawanintim said...

tengah syik2 aku baca info serius tiba2 kat bawah tu ada nasi...oh tidakkkkkkkk!!

BurungBelatuk said...

dalam byk2 isu tu aku suka isu makanan ko tuh...menyelerakan aku...

izman said...

Anonymous,
yup, may be diorang sibuk pk isu ngundi dan isu global sampai lupa nak bela nasib rakyat cam kite.

izman said...

ila,
apa hal pulak ko nak pk psl bank2 ni, ko bukan sektor forwading ke?

pd aku pk cukup makan pakai diri dan keluarga dah cukup baik. ada lebih tu baru pk nak sedekah jariah mane patut.

izman said...

cendawanintim,
isu2 serius cepat membuatkan aku kelaparan. salah ko la ajar aku buat n3 makan je...

izman said...

burungbelatuk,
ye...siapa yg bisa menolak bab2 makan ni.

ita.itu said...

minyak dah turun skit..x kan gula naik la..alahai..tp elok gak..kurang kencing manis kan

izman said...

ita.itu,
org kencing manis may be menurun, tapi org darah tinggi dan panas baran akan meningkat.