Monday, January 12, 2009

Cara Habiskan hari Sabtu/Ahad

Lantaran protes aku mengenai kenaikan harga gunting rambut, aku sengaja membiarkan rambut aku panjang sikit. sape nak tegur aku kan? lagipun tak de le panjang mane pun. bagaimanapun akhirnya sabtu lepas (10/01/09) aku akhirnya mengakhiri mogok rambut setelah rimas dan mendapat kedai gunting rambut yg murah.

ia direkomen oleh kawan botak aku, si khairul yg sebenarnya pelanggan setia kedai gunting ni bertahun dulu. aku je lambat tau. kedai ni pun terletak tak jauh dari kedai gunting rambut maple' tu; kurang 1000 meter. since aku pegi tu tak ramai orang, aku tunggu je lah. orang melayu, umur dlm 50+ kot. kedai tak sesak, ada air cond, dan paling best harga cuma rm5 hengget je. Alhamdulillah walaupun murah, outcome diapun memuaskan hati aku. bagi aku cukuplah sedap mata memandang. kalau ikut stailo aku masa bujang dan universiti dulu, rambut memang boleh diikat tocang. Ni rupanya kedai gunting rambut tu, nampak kureng cantik diluar, tapi didalam adalah bersih dan teratur.


sebelum aku lupa, trima kasih pada izzti untuk award friendship (sahabat) ni. aku hargainya. dan mana2 pembaca blog aku ni dipersilakan ambik award frienship ni. ambik je, jangan malu2. bukan kena bayar. cuma bayar bil internet sendiri je kalau layan kat cc atau dirumah.



since lama tak de crita makan2, aku stori sikit psl kami makan mee bandung muar. bukan makan kat muar, makan kat rumah je. ini gara2 adik aku (imran) hari dia datang nak ke melaka hari tu, dia ada bawa perencah mee bandung muar untuk aku rasa. dia buat part time jadi pengedar perencah2 jenama adami kat area kuantan secara sambilan. pada aku secara peribadi perencah mee bandung muar adami memang sedap. aku dah siap order lebih untuk kegunaan sendiri dan kawan2, aku suruh adik aku bawa balik sempena perkahwinan anak saudara aku 24/01/09 nanti.



apa! aku salah tulis perkahwinan anak saudara? tak lah, memang aku ada ramai anak saudara. cucu saudara pun dah ada beberapa orang. muda2 lagi dah ada orang panggil aku 'tok ngah'. nak buat cam ne, family aku memang besar. datuk belah mami aku ada 3 isteri. datuk belah papa aku ada 2 isteri. papa aku ada 2 isteri (menikah baru bila mami aku meninggal dunia) dan bapa mertua aku ada 2 isteri (berkahwin lain setelah bercerai). setiap keluarga, anaknya meriah. wife aku sahaja ada 10 adik beradik seibu sebapa. tu wife aku risau kalau kenan kawin ramai melekat kat aku, cakap nak kuruskan badan (perut?) sikit dia dah risau. jangan risau sayang, abang kuruskan badan untuk kesihatan. bukan untuk menikah lagi. kalau nanti ada jodoh baru, itu takdir!. bukan orang lain, madu kau jugak. buleh ringankan penat buat kerja rumah ayang jugak. kuang.3x (mampos aku kena puasa muharam sebulan ni..)

malam semalam, lepas layan berita, member ajak aku pekena teh tarik di warung berhampiran. aku on je sebab wife dah mintak nak tengok majlis persandingan mawi ekin kat palace of the golden horses secara live. wife dan anak2 layan dari petang lagi, tapi aku stop kan ketika berita. since ada kawan ajak minum, aku bagi balik channel kat diorang.



sesi teh tarik cuma 2 org. aku dah kawan aku si shahrul. dia dulu sama kerja ngan aku di apm dan tkh. sekarang dah joint company lebih besor. aku saje borak ngan dia pasal unit trust sebab aku ada labur sikit dulu, dan dia juga adalah agen unit trust. saje nak tanya dia patutkah melabur unit trust dlm keadaan begini. jawapannya ialah mesti labur sebab inilah masa terbaik melabut unit trust.

dlm doq crita tu, dia ajak aku jadi agen unit trust. bab dapat duit sampingan, memang aku nak. tapi bab kena bayaq yuran beratus hengget dan kena exam tu yg aku maleh sikit. nak2 pulak exam ada pengiraan, aku ni math failed la... nantilah aku fikirkan.

12 comments:

Tirana said...

Izman, murahnya harga potong rambut. Anak2 lelaki saya potong rambut kena rm10..

Saya amik ye reben putih tu..hehehe..buat koleksi untuk tahun ini...

Anonymous said...

kalo mcm tu aku pon nk gunting c tu la man...myk murah woooo

Anonymous said...

Bro,
Bukan nak tunjuk pandai tapi berkongsi ilmu saje.
Unit Trust - Tengah Recession ni sekarang bro. Ramai remiser dah cari kerja lain sekarang.
Makan - sebab itu le aku selalu follow blog kau - Lubuk kedai makan mana pun kau tahu ... Boleh dah jadi tauke kedai makan ni bila dah pencen. He he he

izman said...

tirana,
cari yg murah2 je, budget sikit. ekonomi meleset.

award tu? ambiklah. silakan.....

izman said...

limbong,
banyak la ko nak dtg gunting situ. perjalanan ko dr puchong dah abis berpuluh hengget. lagi rugi da...

tapi kalau datang sini, aku belanja teh tarik.

izman said...

Anonymous,
tu yg aku suka berblog dan berkawan; share je pendapat korang, aku hargai. aku pun terfikir begitu, tu aku tanya pendapat kawan2. member tu bg pendapat sbg agen unit trus, aku kena tanya member2 lain jugak. thanks.

ha.3x, baguslah kalau ada input blog aku ni berguna. kalau ko ada blog, link la ngan aku. kalau ko doq area klang/p.klang, email aku. may be ada masa boleh makan sekali. no harm for friendship.

Mak Su said...

husband aku suka gi kedai gunting anney, kemas. kedai gunting bangsa kita? ada boleh dia gunting siap berbelak-belak, giler pelik.

izman said...

mak su,
kedai apa pun sebenarnya ok, cuma aku sajer tukar haluan. biasa asyik2 org dia, cari org kite pulak.

jane said...

salam izman,

haha...unit trust ? carilah part time lain dulu bro. member opis lama pun dah sibuk jual popia. remisier banyak client kaya tuh!!

**abang saya dan wifenya di klang buat part time bisnes cadar terpakai dari obesi. cantik dan murah.

izman said...

jane,
aku tgh pikir psl jd unit trust agent tu, aku malas nk exam dan cari org.

cadar terpakai dr oversea? ada org beli ke? baru first time dgr. bajuseluar terpakai biasalah... buleh pilih cadar paris hilton tak??

ita.itu said...

alahai comel je kedainye..murah gak ek..jrg jumpa kedai mcm tu kat kl nih

izman said...

ita.itu,
ha.3x memang comel. ok lah, yg penting kemas guntingannya dan MURAH regenya.