Wednesday, January 14, 2009

Ponggal & Isu2 Semasa

hari ni (14/1/09) ramai pekerja india kat tempat aku bercuti kerana menyambut perayaan ponggal. aku dah beberapa tahun tidak meraikannya bersama2 teman india, maklumlah kerja. utk pengetahuan semua, aku amat rapat dengan kaum india selain kaum aku sendiri. dari jaman sekolah lagi aku ramai kawan india. pekerjaan pertama aku dulu pun kat company orang india. pekerjanya cuma org melayu dan india, serta org asing. sebelum terlupa aku ucapkan " Ponggal Vartikel " (selamat hari ponggal) kepada semua kawan2 yg meraikannya. aku masih terbayang kesedapan nasi yg dimasak dengan susu dan keenakan kacang kuda rebus yg dimasak dengan pelbagai jenis rempah.

di company india ini juga aku berkenalan dengan pelbagai budaya dan adat resam india. termasuk makanan la... ko sebutlah apa saje makanan india, kecuali menda haram aku dah cuba. udumbu curry tak kan aku nak bedal jugak. restoran2/warung india yg famous amos sekitar klang/shah alam hampir semua aku cuba bersama2 boss aku dan kawan2. antara yg masih melekat kesedapan di mulut aku ialah restoran elanggo, santa marray, dan daun pisang raj (ni yg selalu aku makan nasi daun pisang kat komuter klang). kadang2 aku disalah tafsir sebagai orang india jugak. ishh.3x.... maklumlah kulit aku gelap, dan ditambah pada masa tu aku suka pakai rantai dan gelang tali. may be sejibik org india, tak kisahlahkan. actually pemakaian rantai dan gelang itu berterusan hingga aku berkahwin. dah kahwin semua itu stop, disebabkan wife aku sorok/buang menda2 tu semua. ok lah.... dah kawin, kenalah berubah jd lebih baik kan!
(aku still cari kat mane wife aku sorok, tapi sampai sekarang tak jumpa2. wife aku kata dia tak buang sebab gelang2 tu cantik2. mau tak cantik, aku beli mahal tu terutama masa kat thailand).

ok stop psl tu ponggal. kita crite tajuk panas skarang.

1) pilihanraya kecil parlimen k.teganu
sebenarnya pd aku menda ni isu kecik, tapi ia jadi hebat sebab semua jentera BN ditumpukan ke sana disebabkan inilah medan ds najib ingin tonjolkan kemampuan sblm ambilalih kuasa dari paklah. ds najib kalau tengok dah beri macam2 janji manis, termasuk lebih benefits kepada kakitgn gomen bila sampai masanya (bila dia jd pm la tu..). isu2 wang royalti, kemiskinan pd aku itu isu basi. cuma aku suka mat said jd mb sebab keceluparan dia tlh membawa balik wang royalti minyak ke terengganu.

2) isu palestin di bom yahudi
ini sebenarnya bukan isu baru. dah berzaman kita dengar. mereka dibom, di tembak dan disiksa setiap hari sejak jaman dahulu, dan lebih teruk selepas peristiwa al-nakbah. kita dan seluruh umat Islam lain didunia ini hanya nganga dan bersimpati je. lebih2 pun kita kutuk, demostrasi, boikot separuh jalan, dan menderma. cuma aku tak nafikan bahawa rakyat palestin sangat2 memerlukan doa2 kita agar Allah merahmati mereka dan menghancurkan yahudi keparat tu.

3) lcct@labu
konglomerat yg bekerjasama utk bina lcct@labu ni sekarang agak panass bontot disebabkan byk pihak mula mempersoalkan kewajaran pembinaannya. pada aku secara dasarnyapun tak setuju disebabkan lcct sekarang masih boleh diperbesarkan. tapi aku sokong pembinaannya kerana ia adalah modal swasta, dan mengambilkira kedaifan lcct yg menunjukkan ianya sikap double standard gomen terhadap airasia. aku yakin tun dr. m benar bila mengatakan bhw lapangan terbang antarangsa sepang masuk banyak kapasiti yg boleh diterima kerana ia dirancang utk keperluan 100 thn. tak kan baru beberapa tahun dah sesak. pembinaan lcct sebenarnya utk menekan airasia agar tidak berkongsi fasiliti airport yg canggih itu. dan dari situ terbentuklah lcct yg bukan sahaja utk penerbangan tambang murah, malah lapangan terbang itu sebenarnya adalah 'murahan'. pada airasia dan sime darby, korang teruskan je, biar lcct sekarang akan jadi pusat ternakan kambing bila tak digunakan nanti.

4) pembelian komputer melalui skim kwsp
ini baru ura2, atau cadangan dari industri komputer. aku sokong, malah kalau dibuka nanti akupun bercadang nak tukar laptop aku. masa dibuka suatu masa dulu aku tak gunakan sebab aku masa tu pun dah ada pc sendiri yg masih baru. cuma aku berharap kwsp dan pihak2 berwajib dpt pastikan bahawa kebocoran duit kwsp kearah sia2 tidak berulang. aku rasa korang masih ingat ramai yg tipu beli komputer melalui skim ini sedangkan mereka cuma ambil wang, itupun setelah membayar kos bekerjasama menipu yg mahal harganya dgn sykt pembekal komputer tertentu.

9 comments:

Mak Su said...

kwsp, ada balik skim tu? aku rasa ralat ler dulu, pc mahal kemain, tapi kalu kita cari sendiri, dapat gaks dalam 3 ribu lebih, tapi sebab kan kwsp, semua rega 4999.90. giler buat duit..tapi suka ati lah, kalau aku nak laptop/desktop, mungkin aku pun apply gaks skim ni :p

izman said...

mak su,
mmg mahal, cuma harap kwsp dpt control pengeluaran supaya tak membazir duit pencarum.

dulu tak beli, kali ni kalau ada ingat nak jugak.

cendawanintim said...

election kat teganu memang panasssss sekanggggg...aku berbelah bagi nak blog out ke idak...!

jane said...

salam izman,

udumbu kari ? haha....teringat dulu2..selalu ada kawan arwah abah datang ke rumah. sebab nak cari udumbu wat kari. mintak izin tau. sangat baik orang itu. nanti dah dapat, dia siap tunjuk berapa ekor dia dapat....x amik duit pun. tapi, dia nak jual. abah kata, kalau ambik duit, nanti lidah kami pun bercabang juga macam udumbu....hahaha!

ko ni betullah, nostalgia tuh !

dah panjang nih. tapi lasi satu, skim komputer tu aku dulu pun ambik. x beli pun sebab dah ada masa tuh. tapi, kami buat awning porch dan tambah sikit lagi buat slap kat dapur basah.........

izman said...

cendawanintim,
panasss! yg tak sensitip tu ko blog je la. yg sensitip jgn blog, kang masuk under ISA.

izman said...

jane,
ha.3x, ko pun ada nostalgia udumbu. lawaknya.

Nur a.k.a admansyah said...

Selamat Hari Ponggal... tau ker ekk perayaan dieorg? yg aku tau Deepavali jer, tu pun coz my doter lahir hr tu 7 thn lepas! eke..keh

Sorry ler beb... aku lama tak jengah blog ko. Aku br tukar dept.. dah xleh aktif cam dedolu. ok ler Bro... Wish me all d best yea coz dept nie lagi nyk cabaran gue!

izman said...

nur aka admansyah,
ha.3x, jangankan hari perayaan, cakap tamil pun aku boleh sikit2. nasib baik tak dpt awek tamil, kalau tak dah confirm speking tamil aku. tapi aku mmg peminat filem tamil channel 202.

tukar dept? reshuffle ke? moga ko success di dept baru

materials said...

louis vuitton handbag
louis vuitton handbags
vuitton
louis vuitton bags
louis vuitton bag