Saturday, August 8, 2009

Apa Ada Pada Nama?

Alhamdulillah, saat memeningkan dah berlalu. semalam (07/08/09)adalah hari terakhir surveillance audit TS16949 bagi syarikat aku. 4 hari penuh teka teki dan debaran. kalau ditarik balik ts16949, mengamuk la boss aku. HR sepatutnya audit hari ketiga, tapi ditunda ke hari keempat sebab ada department yg mengmabil lebih masa untuk audit. auditor biarpun tegas, tapi banyak input berguna diberikan kepada kami sepanjang audit. dan kami berjaya mengekalkan TS 16949.

kepada yang aku janji nak call, nak reply sms, nak jumpa dan sebagainya; Insyallah aku akan segera kotakan. 1800 lebih mail belum baca dalam mailbox. yg tak penting tu nanti aku delete je. sape yg nak diaudit tau lah azabnya, bizi dengan pelbagai meeting, update file dan lain2 lagi. kalau department aku je senang, ini aku kena tanggung sama lain2 department. last2 minute ade je idea nak buat itu dan ini, ada je nak update itu dan ini dan secara tak langsung aku terbabit sama ibarat "seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau terpalit sama".

kepada kawan2 yang selalu datang nak dengar cerita dan berita terbari dari aku, maaflah sebab beberapa hari tak update. balik rumah kadang2 agak lewat, dan biasanya dah flat. tak inginnye mengadap komputer lagi. beberapa buah novel dan majalah masih tunggu untuk dibaca, langsung tidak dijamah. komik tu aku baca lah sebab ia lebih santai, he.3x... dan satu lagi, kawan2 yang ada aku memang tak kenal siapakah mereka, dan kawan2 internet dan kawan dunia nyata yg invite aku masuk facebook, friendters, tagged, jhoos, hi-5, dan macam2 yang aku pun payah nak sebut tu, aku mintak maaf. aku belum terbuka hati nak masuk menda2 tu buat masa sekarang. korang tau blog aku, tau email aku, dan ada yang tau nombor phone aku; just utilise semua benda tu. senang2, kita ngeteh.

dalam kesibukan kerja, wife aku sekarang semakin hari semakin dekat dengan tarikh melahirkan anak ketiga kami. kelengkapan dah ok, tapi nama belum pilih. kalau ikut scan kat klinik nor azian, anak lelaki. tapi mana tau anak perempuan yang keluar. scanpun bukan nampak jelas, kadang-kala jari tangan disilap tafsir sebagai 'bird'. so, kami sekarang masih mencari2 satu nama lelaki dan satu nama perempuan.

pilih nama nampak macam senang, tapi yang dah bergelar ibubapa tu taulah sukarnya. nama bukan sahaja mesti diterima oleh kedua ibubapa, tapi mesti juga sesuai maknanya. disesetengah kes, nama yang dipilih juga mesti direstui oleh makbapak merangkap datuknenek baby tersebut. lagi haru kalau kita dah pilih nama, dan mereka juga turut pilih suatu nama untuk cucu mereka. nasiblah....

aku bukanlah cerewet sangat (tolonglah percaya). dah beberapa buku nama2 anak dan carian internet, aku masih belum jumpa nama yang aku rasa berkenan dan dipersetujui oleh isteri. ada yang aku cadang, dia cakap tak suka, dan ada yang wife proposed, aku cakap 'no way'. dalam pilih nama ni, selain sebutannya sedap, aku nak jugak namanya ada makna yang baik atau nama2 tokoh2 Islam. tokoh2 politik? tak mungkin! bak kata kawan cina kampung aku "7 kali mati pun tak mungkin".

sebagai orang kampung, aku percaya bahawa nama ada kekuatan tersendiri terhadap anak. ada nama yang cantik diberi, tapi anak tak dapat terima menyebabkan anak selalu meragam atau selalu kencing malam, atau lagi teruk sakit2. malah ada kes yang aku kenal terpaksa dibuat majlis memberi nama baru untuk panggilan selain nama yang dah dipilih dan didaftar dalam surat beranak. contoh? nama azrin, tapi sebab meragam ditukar nama jadi aida. lepas tukar nama, Alhamdulillah dengan izin Allah dia dah tak sakit2 lagi.

pasal nama juga, ramai cenderung memilih nama mengikut keturunan. yang keturunan raja, megat, nik, wan,tuan,daeng, tun, pengiran dan sebagainya memang aku yakin akan kekalkan nama keturunan mereka. tak salahpun. cuma dalam kisah aku secara peribadi, masa ingin menamakan anak pertama aku dulu, aku langsung tak mengambil kira pangkat 'nik' untuk nama anak aku sebab aku bukan keturunan nik. gelaran itu dari belah isteri yang rata2 masih mengekalkan nik atau raja even berkahwin dengan suami/isteri tanpa keturunan itu. pada aku biarlah anak2 aku tanpa pangkat itu sebab aku cuma orang biasa2, dan adalah janggal anak ada nama nik, dan bapanya tiada nik. semasa ingin memberi nama tu, papa aku nasihatkan aku letak nama nik. aku cakap, tak mungkin. pada aku nama anak mestilah berpaksi pada nama keturunan si bapa, bukan sebaliknya. Alhamdulillah, papa aku cakap terpulanglah pada aku.

10 comments:

scorpions said...

hehe..kluar jugak abe nih..uihh ade sebut gak tuh keturunan megat ek..bangganye den hak3.btul la abe mang mmg susah nk bagi nama anak nih.mau perah otak.pesanan den bg yg dh ade nama keturunan tuh eloklah diteruskan aje.mmg xde salahpun klau x kekalkan tp lihatlah betapa susahnya atuk moyang kita dulu kekalkan nick keturunan tuh xkan la kita ari ni x blh nk menyambung zuriat kita ni dgn salasilah keturunan yg tlh pun jd sejarah melayu..tepuk dada..

Nur a.k.a admansyah said...

Brp patah ko nak? Luqman & Pika tur full name apa? mesti lbh kurang si adik ni nama...

Aku X cerewet bab nama anak aku bro but criteria mesti :
1-Org Kg senang nk sebut (so Danish ke Darwisy ker... mmg takmo!)
2-Ada dlm kisah Rasulullah
(My 3A is Aisyah, Aiman & Adam... ok tak?)
3-Makna (itu yg ptg sekali...) Bg aku nama mempengaruhi attitude & kecerdikan juga!

Gud Luck Bro...

p/s: ko RAJIN, jwb TAG aku yea? ampuuunn...

Jard The Great said...

pada nama ade identiti.. ehehe

izman said...

megatz,
baguslah kalau ko fikir begitu. kalau aku yg berketurunan 'raja/megat/nik, ect.." mmg aku akan kekalkan, tapi bukan aku. so, biarlah tanpa gelaran.

izman said...

nur aka admansyah,
aku suka yg dua patah.

kriteria ko tu aku pon sgt setuju, yg penting aku dan wife sama2 setuju nama tu.

tag? kena lagi... ha.3x

izman said...

jard the great,
betul, ada segalanya pada nama. nama sebenar ko makna ape?

- G O R O - said...

Salam
Nabi sabda;
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,
maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
Riwayat Ibnu Hibban

Nabi kata bagi nama yang maksudnya baik.

Orang alim yang saya kenal kata, seeloknya anak itu kita panggil namanya penuh, InsyaAllah bijak jadinya. Sudah jadi trend, anak mesti 3 patah perkataan, dipanngilnya hanya satu..

- j o h a r i - said...

btul juga ek..aku pon x pikir lagi ni nk bagi nama ape nk baby aku krg bro..

izman said...

-goro-
ye la... nama panjang tapi panggil pendek je. may be kena ubah pendekatan ni.

izman said...

-johari-
carik cepat, tapi mak buyung ko bila due?