Dalam khutbah jumaat hari ini, khatib menerangkan tentang kesyumulan agama Islam. tentang betapa mulia dan terperincinya Allah menggariskan amalan dan panduan kepada umatnya. Khatib menerengkan bahawa Allah menetapkan bahawa tiada yg diturunkan kepada umat Islam sesuatu yg sia2 termasuk Hudud.
Khutbah hari begitu menarik perhatian aku kerana dengan panduan yg begitu sempurna, kita masih dikalangan manusia yg lemah dan miskin. padahal Allah telah mewajibkan zakat ke atas mereka yg berkemampuan dan digunakan membantu si miskin dan yg memerlukan. secara logiknya, dikala umat manusia semakin kaya, lebih banyak zakat dapat dikeluarkan, dan jurang kemiskinan tidaklah sebenar mana.
realitinya hari ini jika diperhati dari pengamatan mata kasar disekitar kita, membaca akhbar atau mononton rancangan bersamamu di tv3; aku yakin semua bersetuju bahawa yg miskin itu adalah yg sebangsa dan seagama dengan kita.
dimana silapnya?
pertama, sebagai orang yg agak jahil aku mengaku bahawa kekurangan ilmu tentang kewajipan berzakat adalah punca utama. ikhlas, aku tak pasti berapa sepatutnya aku berzakat untuk simpanan, emas, pendapatan, harta, kwsp dan sebagainya. yg aku pasti ialah aku tau didalam bulan puasa, sebelum takbir raya aku diwajibkan membayar zakat fitrah yg wajib ke atas diri dan tanggungan aku.
kedua, aku secara peribadi merasakan pihak diamanahkan mengutip dan mengagihkan zakat tidak cukup cekap. di selangor misalnya merujuk website e-zakat; untuk tahun 2008, mereka bangga mengutip RM244.4 juta. namun hanya RM198.5 juta diagihkan. kira2 RM45.9 juta tidak dibelanjakan untuk asnaf yg memerlukan. sebelumnya pada tahun 2007, mereka mengutip RM202.1 juta, tapi hanya membelanjakan RM177.0 juta. terdapat lebihan RM25.1 juta. adakah ini model zakat yg kita banggakan? adakah kita bangga menyatakan bahawa kita banyak duit sedangkan duit2 itu bukan hak kita. ia ialah hak asnaf2 yang lapan. apa salahnya kalau duit itu diagihkan sehingga tidak berbaki? atau diselangor sudah tiada orang yg boleh diberi duit zakat tersebut? ya! mungkin data aku tidak tepat, tapi mari kita buat pengiraan mudah dengan data2 yg diperolehi dari website kerajaan selangor dan website zakat selangor
:-
Anggaran Penduduk bangsa melayu selangor tanpa mengira jantina dan umur = 2 Juta orang.
Anggaran Kutipan zakat selangor tahun 2008 ialah RM244.4 Juta / 12 bulan = RM20.36 Juta sebulan.
Anggaran penduduk miskin selangor = 1 % atau 20,000 orang
Anggaran Miskin tegar yg berpendapatan bawah RM350 = 0 % (tiada ?????)
Jika semua duit zakat dibelanjakan untuk membantu org miskin selangor = RM 20 Juta / 20,000 penduduk miskin. setiap orang miskin selangor akan dapat lebih kurang RM1000 sebulan.
Ya betul! aku tau kaedah mereka 'bagi pancing' bukan 'bagi ikan'. tapi beri pancing kalau mereka didarat apa gunanya. memberi tapi kalau tidak membantu apa gunanya jugak! aku lebih suka kalau duit zakat itu dibahagikan untuk membantu org Islam berniaga. kenapa agama lain boleh beri penganut mereka dan penganut agama kita pinjaman tanpa faedah atau beri terus tanpa syarat; dan kita yg ada banyak kutipan zakat galak nak bertanding zakat sape terkumpul paling banyak. sepatutnya JAKIM patut ajar mereka cara para khalifah mengagihkan zakat. cerita jugak dengan mereka betapa khalifah kita menangis bila tau masih ada rakyat yg kelaparan sedangkan negara kaya raya.
tiba2 aku teringat nenek aku, hajjah che yam. biarpun nenek aku dah berusia lebih 80 tahun ingatan dia masih kuat dan masih boleh berjalan, cuma mata kurang nampak. semasa aku balik kampung raye cine lepas, nenek aku bertanya aku adakah aku mengeluarkan zakat? dengan malu2 kucing aku jawab, zakat fitrah ada la.. nenek aku dengan lembut menasihat aku agar mngeluarkan zakat untuk pendapatan, dan simpanan. "emas bini tu kalau dah cukup haul, kenalah bayar zakat" kata nenek. aku angguk je. nenek pesan lagi "kalau boleh tak payah la zakat kat opis (pejabat zakat), bayar je kat sedara mara kita yg susah. kalau bayar zakat kat keluarga yg susah, kita boleh tolong dia hidup, anak2 dia boleh sekolah seperti orang lain. hubungan keluarga pun erat". aku angguk lagi. nenek terus berceloleh tanpa sepatah jawapan dari aku kerana dia tau aku memang susah menyampuk bila org tua bercakap. aku sedar nenek aku bukan cakap orang nyanyuk kerana bait2 kata nenek berisi fakta dan nas Al-Quran. nenek buka orang jahil untuk mengarut pasal agama kerana nenek dah beberapa kali ke mekah sejak jaman ke mekah naik kapal laut lagi. dan nenek juga dahulunya adalah guru mengajar Al-Quran dan orang yg memandikan jenazah perempuan.
dah teringat bab zakat lepas jumaat tadi, tiba2 teringat kata2 nenek aku; akupun buat sedikit officework (sebab buat kat opis) tentang boleh atau tidak memberi zakat kepada orang tanpa melalui pusat zakat. aku tertarik dengan majalah asnaf keluaran tahun 2006 yg keluarkan oleh pusat zakat selangor hasil temubuat dengan beberapa tokoh agama termasuk Ustazah mashitah, dato harun Din dan datok mufti selangor. kesimpulannya ialah tak salah! intipati zakat untuk membantu orang fakir dan asnaf lapan. pada aku jika kita dapat memberi sedikit bantuan kepada golongan sasar secara terus lebih baik. jangan sombong cakap nak bantu kesemua asnaf sekaligus kalau kita tak mampu. beri setakat keperluan zakat dan kemampuan kita dah baik pada aku. sapa yg nak baca hujah tokoh2 agama tu korang baca disini
rupanya dok sembang dengan member seopis pasal zakat ni, ada jugak rupanya kawan yg dah lama berzakat secara terus; bulanan pulak tu. aku respek dengan dia dan keluarga dia. dan insyaallah aku akan start berzakat cara itu. biarlah sedikit sumbangan aku nanti membantu mereka setakat makan sehari, at least itu je aku mampu dan kewajipan ke atas aku. Allah maha mengetahui.
8 comments:
betul..betul..betul...(gaye Upin&Ipin) Masih ramai yg belum buat even kesedaran sentiasa ada!
Aku pun baru start last year.. kalo x silap cuma 2.5% dr gaji bersih or boleh tolak perbelanjaan wajib, kan? aku kalo tolak sumer.. of course ZERO. Jadi aku ikhlaskan hati utk zakat... tak byk asal ikhlas!
Alamak! bln Feb aku lom byr-lahhh...heh..heh..
maksu berzkt secara terus online dah lama dah, sebelum tu pos cek. tu pasal ler dapat beberapa buah buku dah dari pusat zakat. kalau ikut konsep asal, zakat kena mula dari keluarga saudara mara yang susah, kendian baru ler passing kan kat amil (kutipan) kalau kita tak jumpa target.
dan, ikut dalam quran, setengah dari harta untuk dikeluarkan... tapi... tang tu maksu pun tak mampu :), ikut setakat kemampuan
Sama jugak dengan kakak, Izzi. Kakak memperuntukkan sejumlah wang utk disedekahkan tiap2 bulan. Kiranya Kakak tak dapat dispensekan duit tu utk bulan tersebut, jumlah tu akan roll over ke bulan yang depan dicampurkan dengan jumlah diperuntukkan utk bulan tu pula. Kakak memang pegang teguh dengan konsep zakat ni where sebahagian dari wang pendapatan/harta kita belongs to the needy, jadi rasanya berdosa utk kita simpan. Selalunya sedekah ni Kakak untukkan untuk orang luar. Pada keluarga terdekat Kakak tak panggil sedekah, it's more of a tanggungjawab, so duit sedekah/zakat tak terusik.
nur aka admansyah,
yg aku baca pon 2.5%.
yup, ikhlas penting. dan kewajipan lagi penting.
mak su,
nampak gaya saya je ketinggalan bas. org dah online, kite baru nak start konvensional.
kakak,
itu saya sokong. balik kampung jumpa sedara mara susah biasanya saya hulur duit atau barang just niat jariah je. kadang2 langsung tak de niat, teringat dan bagi je sebab pk nak bantu.
nampak sgt saya ketinggalan dan jahil. ish.3x
BAGUS. Entri pembuka minda.
Blog Abang Long tidak pernah ada entri bertaraf ilmiah.
Yang pasti Abang Long tidak akan menjejakkan kaki lagi ke LZS. Menjatuhkan maruah sebagai seorang muslim yang memerlukan !
abang long,
ilmiah? ish.3x malu saya. ini sekadar entry meluah rasa hati.
Post a Comment