Thursday, February 26, 2009

Tag Abang Long : Warkah Cinta

Petang tadi tiba2 je dapat nota dari Abang Long tentang adanya tinggalan di blog beliau. dan aku mencanak ke blog beliau.

Pergh! entri tentang warkah cinta. dengan gelojoh aku mengunyah jemput2 pisang sambil bersulam kopi tongkat ali cafe sambil mata terus leka membaca. "abang long ni saje nak bunuh diri ke crita pasal cinta2 lama dia" kata aku dalam hati. dah abis baru aku tau ia sekadar imbasan kemanisan berchenta zaman dulu2. yang bestnya, abang long crita kisah dia sikit je, dan yg ditag nama dia kena jawab soalan atau bercerita pulak. Pandai! pandai!

sebab aku suka bercerita, aku critalah nanti kisah2 chenta aku dolu2. err... nak crita dulu ke, nak jawab tag dulu? kejab aku gi tandas kejab.

aku crita dululah yer...


KISAH WARKAH CINTA

1) aku tak tau dari mana aku nak mulakan, maklumlah banyak sangat kenangan cinta monyet masa sekolah dulu seolah2 memang aku pegi sekolah untuk jatuh cinta je. aku masih ingat kisah cinta pertama aku yg aku tak tau itu cinta atau suka ialah masa aku sekolah rendah. rosmawati (bukan nama sebenar) itulah idaman aku. budak sekelas aku, kulit kuning langsat, dan kurus tinggi. memang itulah taste aku dulu sampai sekarang (err.. sekarang??). namun semasa tu tiada warkah cinta dari aku kepada dia atau daripada dia kepada aku kerana kami masing2 belum tahu menulis surat, maklumlah darjah 2.

2) lepas darjah enam, paling tepat lepas bersunat. kegatalan aku mula meningkat sejajar dengan peningkatan hormon testeron dalam diri aku yg dah akhil baligh dan dah mimpi kebasahan itu. semua perempuan yg aku tengok macam gebu je, tapi bila tenguk perempuan yg gebu (gemuk) aku mula mengelupur (kesawanan). akhirnya setelah tidak henti2 belajar menekel, aku mula sangkut kat satu awek masa sama menghadiri ujian kemahiran bahasa melayu peringkat daerah. kami duduk semeja dan saling memandang. sebab aku lebih banyak memandang dia berbanding kertas ujian yg perlu aku jawab, aku tak dapat wakil daerah. menggunakan kawan pompuan se group aku, dapat juga aku tau nama dia. zarina (bukan nama sebenar). pada aku dialah cinta hati aku yang pertama (kali kedua). hubungan kami lebih kepada berkirim khabar melalui sepupunya yg sekelas dengan aku. tapi ia musnah apabila dia masuk sekolah teknik, dan aku masuk sekolah biasa di tingkatan 4. kesimpulan dia dalam perenggan ni belum ada lagi kisah warkah cinta.

3) masuk tingkatan 4, aku masuk sekolah lain. dalam beberapa minggu belajar tanpa berfikir tentang cinta akibat semua tak diterima, tiba2...... ada seorang perempuan memberiku surat dan pesan suruh baca diasrama. sebab aku agak lurus bendul, aku bacalah diasrama bersama2 kawan2 karibku yg lain. itulah warkah cinta pertama kot aku rasa. didalam surat tu tiada bedak atau minyak wangi, yg ada cuma kertas bertulis seseorang ingin berkenalan lebih rapat. dia minta aku membalasnya segera. aku tak membalasnya. 1 hari, 2 hari, 3 hari, dan hari cuti sabtu dan ahad. aku masih tak balas. group si gadis yg menghantar surat tu mula hilang kesabaran, dan mula mendesak aku membalasnya. aku cuma mengangguk kecil dan tidak berani mengangkat muka. bukan kerana aku takut, tapi dikelilingi perempuan2 cantik dan sedang ranum membuat aku terpana dan sering lupa diri. mereka menuduh aku sombong! sumpah bukan aku sombong. aku kalau boleh ingin segera membalas surat itu, tapi kerana aku dah lupa format surat kiriman surat tidak rasmi yg sepatutnya aku buat. diam2 aku dah ke perpustakaan mencari contoh balasan surat kiriman tidak rasmi kepada kawan karib.

4) warkah cinta pertama tidak ku balas terus kerana sebab2 di perenggan atas. si gadis misteri menulis warkah cinta kedua. kali ni terus terang memperkenalkan nama penuh dia. riena (bukan nama sebenar). aku yg buntu, terus menyepi. melihat reaksi aku yg lembab, riena tekad menyapa aku dan mengajak aku bergambar kenangan. aku yg malu2 badak mengikut je, sempatlah posing 2 keping sambil2 malu. pada surat berikutnya kepada aku, disertakan gambar kenangan kami itu disamping gambar kenangan kami semasa xpdc di gua gunung senyum.

5) setelah berjaya mendapat cinta pertama itu (kali ke3)aku mula sedar aku berbakat dan ada keistimewaan tersendiri. aku meneruskan bakat2 itu dan dengan malu2 itu berjaya juga menyangkutkan beberapa kawan2 rapat perempuan dan adik2 angkat perempuan. semua pemberian mereka termasuk surat, kad ucapan, foto2 fotogenik dari jaman sekolah hingga kerja aku simpan dalam bilik aku. bila takde kerja, aku bacalah sambil menggelakkan kedunguan aku dulu2. warkah2 cinta terutama dari surat perkenalan, dengan biodata dan gambar aku simpan rapi dengan sampul asalnya. cuma setem aku cabut kalau yg dihantar pos sebab aku simpan setem dalam album setem. aku kan minat kumpul setem.

6) yg aku suka pasal warkah2 cinta ni ialah kekreatifan anak2 gadis yg dilamun cinta. mereka suka bermadah pujangga dengan kata2 cinta yg kadang2 aku tak faham apa maksudnya. mereka tak lupa menyelitkan lagu2 cinta, atau keratan sajak puitis yg dipotong dari URTV. ada juga surat2 yg menggunakan kod2 rahsia yg hanya kami yg tahu, dan tentulah bukan idea aku nak reka2 kod2 rahsia itu. dapat surat, bagai nak pecah kepala jugak nak pecahkan kod sebelum dapat baca surat. tak pasti pulak tarikh2 surat tu sebab dah lama dan tak simpan lagi.

7) warkah2 tu ada yg aku share baca dgn geng2 di asrama, dan ada juga aku share dengan adik lelaki aku. bukan menunjuk2 tapi aku ingin menunjukkan kepada adik aku macammana nak tulis surat yang betul supaya dia tidak mendapat markah teruk dalam ujian bahasa melayu dia nanti.

8) sekarang, semua tu hanya kenangan terindah dalam diri aku. aku dah berkeluarga, dah ada anak dua pun. cinta dulu2 mengajar aku menjadi manusia bertimbang rasa, menghormati perempuan, dan faham sedikit2 tentang faktor kejiwaan wanita yg sering berubah. cinta dulu juga mengajar aku lari keluar asrama, cara menyorok surat dan membuat madah berhelah. aku masih ingat dua hari sebelum majlis pernikahan aku, aku mencangkung dibelakang rumah papa aku dengan seraga warkah2 cinta lama. dalam berat hati aku membakarnya satu persatu, dan aku katakan pada diri, aku tak mungkin berpaling lagi. aku redha dengan jodoh yg aku pilih ini dan aku akan bersamanya hingga akhir nanti.

sekian.......



Gambar Hiasan : Aku (kiri) bersama sahabat baik aku, Ganesan masa form 5.


PERSOALAN DARIPADA ABANG LONG UNTUK DIJAWAB :-

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Rujuk PERENGGAN 3 dalam kisah warkah cinta.

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
Rujuk PERENGGAN 6

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
Rujuk PERENGGAN 3

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
Rujuk PERENGGAN 8

5 - Ada disertakan gambar ?
Rujuk PERENGGAN 4 & 5

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
Rujuk PERENGGAN 5

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
Rujuk PERENGGAN 7

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
Rujuk PERENGGAN 6.

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
Rujuk PERENGGAN 7.

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
Pendapat tentang debaran paling hebat antara warkah cinta, email dan SMS? dah tak debaran dah. Tak de fikir2 lagi dah. FULL STOP!



IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------------



Berminat dengan produk-produk berteraskan minyak kelapa dara untuk jalinan suami isteri yang romantis? Keterangan lanjut sila KLIK DISINI.

20 comments:

Abang Long said...

Jawapan yang SANTAI habis !

Siapa kata kita tidak boleh bercerita kisah silam, memang menyeronokkan.

TERIMA KASIH.

Nek Cun said...

Izman, hai tak sangka mu pun boleh tahan gak casanova nya yek!... Esok-esok kalu anak2 ikut perangai mu, tak leh nak marah dah!...hehehe...

nadinezuharra said...

berbalas kunjungan sdr izman.. : )

wah..express ye menjawab warkah berantai dari abg long ni..hehe..
*jalan cerita yang menarik..saye pun masih duk berfikir2 nak jawab soalan ni mcm mane..nak jwb pendek ke panjang..sbb dah tk berape ingat dah kisah cinta dolu2.. :D

Anonymous said...

kahkahkah................
kelakar macam opah de juga. jaga kau kalau bini tau.

izman said...

abang long,
he.3x. merapu sikit2 tu. otak berkecamuk lagi pening kerja.

izman said...

nekcun,
err... dulu. tu dulu! bujangan. sekarang dah insaf.

izman said...

Nadine Zuharra,
trima kasih kunjungan balas.

kalau langsung takde idea, copy je crita tu. kuang.3x

KTS said...

zmn warkah cinta dah berlalu...

skrg ni SMS je.. takpun e-mel... klu byk kredit, calling2...

pssssttt... rugi bakar seraga warkah cinta tu... klu tak, bole pamerkan kat muzium satu hr nanti...
kihkihkih

izman said...

kak ila,
maaf tak tau nak bagi gelaran apa pada puan sama ada kak ila atau opeh de. tengok gambar kat blog nampak menawan sangat lagi (ayat bodek nak buku2 free).

trima kasih datang bertandang.

wife saya banyak dah tau.

izman said...

ku tak sempurna,
takpe dah bakarpun. ish.3x.

kalau masih simpan, gerenti wife yg bakar. kuang.3x.

teknologi dah berubah. zaman surat dah agak ketinggalan.

Anonymous said...

Seronok ye ingat zaman cintan2 dulu. Memang lah semua dah berlalu tapi memori indah dan pahit tetap menjadi kenangan sampai bila2. Tak sangka pulak awak ni darjah 2 dah mula ada perasaan tu, bebudak lelaki memang cam gitu gamaknya yek...patutlah anak akak si Ako tu masa darjah 1 lagi dah tulis2 surat kat girlfren..erm...tak boleh jadi ni...

suzieapai said...

hahaha...patutla ala2 glamer kt skolah,ramai peminat..duk berkwn ngan mamat yg dlm gambo tu..(ganesan eh ke aper namer tadi..). tentu2 la, antra dua tu ko jd pilihan gadis melayu/....hehehe...

sajer gurau senda!!

cendawanintim said...

kisah silam memang menarik tuk dikongsi bersama...

**dah jumpa ker FM aku yang bertulis KLANG tuh??!

izman said...

secangkir madu merah,
anak akak darjah satu hantar surat cinta? lelaki memang cepat matang kot?

izman said...

suzie apai,
shhh... itu rahsia. orang kata kalau nak kelihatan kacak, berkawanlah dengan orang tak kacak.

perasan kacak pulak.

izman said...

cendawanintim,
he.3x.

FM klang tu masih belum jumpa. smpat cari kot sementara tunggu bulan 6 nanti.

Mak Su said...

wah, izman, very sporting, no need to cover2 :)

izman said...

maksu,
ee...ee... malulah saya! (sambil terus menyungah karipap panas)

NURAZZAH8 said...

izman, wow...cepatnya jawab...akak tak tahulah nak jawab ke idak...sebab rasanya tidak mahu mengingati kisah lama2, 'biarlah rahsia...' ewah....
anyway...dah kahwin dah ada anak 8, dan usia perkahwinan akak sudah masuk 23 tahun...macam malas nak ungkit kisah dolu-dolu....
ngak mahu bila hubby baca blog akak, takut nanti dia kecil hati ke...ish...tak mahulah....

nak tanya sikit... awatlah gambar masa muda tu dgn gambar sekarang tu lain sangat-sangat..???? kalau tanya akak, mmg mati-mati akak cakap itu bukan Izman....hehehe...

izman said...

nurazzah8,
itu nama dia tranformer atau tranformasi bentuk badan. dulu memang saya agak fit, dek kerana pernah disihir 2 kali, saya menderita. then, bila sembuh saya dah tak kisah psl jaga2 badan. dan itulah saya sekarang. cuma sekarang dalam proses nak kuruskan perut.