Sunday, February 22, 2009

Sesi Berlawak Dengan Senior Teganu

sementara tak de kerja nak buat ni, aku stori pasal kisah aku dengan senior masa kat uum dulu. masa ni kelas bebudak HR je, dan ada la dua tiga super duper senior BBA majoring HR yg masih belum grad buat muka eksen otai dan senior dalam kelas aku tu. senior ni budak teganu gak. kisah ni kisah melihatkan seorang perempuan cantik yg nama pangkalnya wan (bukan nama sebenar) yang turut aku dan geng panggil sebagai gadis 'biru mata hitamku'.

kenapa panggil dia macam tu? dari awal semester satu aku dan group banyak kali sekuliah dngan dia tapi tak tau nama, dan kami gelarkan dia sebagai 'biru mata hitamku'. ia sempena lagu yg famous amos masa tu, dan kerana dia suka sangat pakai sepasang biru. kalau seminggu kuliah bersama, kurang2 3-4 kali baju biru dia pakai. bukan baju sama yerr, warna dia yg sama iaitu biru. baju tu memang kena pulak dengan kulit dia yg putih melepak, bertudung ayu dengan lesung pipit. pergh! comel amat! budak perak dia ni.

apa tajuk tadi? ooo... psl senior aku tu. suatu hari senior aku tu nama junaidi (memang nama sebenar), orang kuala berang rasanya cuba mengusha awek biru mata hitamku. aku dah beberapa kali tengok dia terjojoi bijik mata melihat si wan tu. aku buat tak heran je, "kalau jodoh tak kemana" kata hati kecil aku. cuma meluat la tengok si junaidi tu yg asyik buat bunyi mulut dengan muncung yg serupa beruk mat yeh kat kampung aku. dah senior universiti tapi ngorat stail budak pusat serenti ngorat pompuan tepi jalan dari atas lori pusat serenti. sape nak layan.

apsal lama betul intro aku ni. kita masuk isi penting pulak... suatu hari senior tu bertanya geng2 aku si wan tu dah berpunya ke belum. geng2 rapat aku kat sana dulu ialah shahrunnizam (karamjit), hardy rose (dayak), ganthy (gandhi), roslan (lang), hairulnizam (limbong), rashid (shid) dan shamsuhaime (shahidan kassim). aku yg duduk dihadapan mereka didalam kuliah saje buat tak dengar. masa tu dia tanya kawan aku jugak budak teganu (marang) bernama roslan (kami panggil dia lang).

junaidi : lang, mu tau dok budok puang tu ada balok ke belung? (sambil menuding jadi ke arah wan)
lang : ade doh!
junaidi : sape die?
lang : saing kite la... mang.
junaidi : mang mane?
lang : si izmang (sambil menunjuk ke arah aku yg pura2 tak dengar)
junaidi : mang, makwe come' tu makwe mung ke?
izman : bakpe?
junaidi : aku tanye' jah.
izman : kalu ye?
junaidi : aku dok kisoh makwe mung ke sape'. selagi dok kawing sape2 buleh rampah.
izman : (hanya senyum)
junaidi : (tercabar dengan senyuman aku yg mengejeknya)mang, mu tak dok, mu pernoh tengok ke dengo' crita kapal terbang atah udare pong orhgang buleh rampah. ini kang pulak manusie atah darat.
izman :(berdesing telinga bila senior cakap camtu dan member2 kat situ pakat gelak.). itu aku tau. tapi mu tau dok, semua orghang yg rampah kapal terbang atas udare tu semua mati kena tembok sebelum sampai ke darat. mu sanggup?
junaidi : (suara gelak kat dia lagi hebat. dan dia angkat kaki dan keluar dari kelas).


Gambar Hiasan : Bersama kawan2 kursus pengurusan sumber manusia (BHRM) masa majlis bbq perpisahan. aku berbaju putih admiral kat depan sekali.



nota kaki :
pada masa kejadian ni, si awek biru mata hitamku belum jadi awek aku lagi. ngorat pun belum. cuma cop2 bodoh ngan kawan2 aku. sampai semester akhirpun aku tak pernah ngorat awek tu dan lepas grad baru aku tau sepanjang di kampus memang dia tak pernah ada pakwe. berita terakhir aku dengar beberapa tahun lepas, dia berkahwin atas pilihan keluarga.



IZZI ADVERTIZING------------------------------------------------

8 comments:

KV said...

slim nya mang mu masa tu!!
si biru mata hitam ku kat sebelah mung tu ker?

Kapten Luffy said...

erk! beza sungguh berbeza... slim giler mcm aku... hahaha

p/s: kesian kat awek tu.. hehehe

izman said...

kv,
he.3x.... skarang mmg tgh cuba kempes perot, tapi wife kata nak menggatal la tu...

dia tak joint masa ni. nak bergambar pun payah walaupun masa xtvt kelab, pemalu betul.

izman said...

monkey d luffy,
dulu agak slim dan fit sebab hampir setiap hari jogging kat tasik uum area kolej petronas. hari cuti gi camping (kalau tk date la..)

ko slim ye... kawin dua tahun tengok!

patut ko kesian kat aku sbb tak tackle awek tu.

suzieapai said...

lerrrr.....slim giler!!! hiks, cam pnh tgk muka2 dlm gambo tu..

Abang Long said...

Laaa ... dulu hang slim river noooo

izman said...

suzie apai,
tu batch aku course bhrm dulu. dulu agak slim, sekaram agam plume.

izman said...

abang long,
dulu bujang, skarang dah ada org jaga sepenuh hati dan masa. berisi banyak la...